JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Wednesday, September 23, 2009

ADUN BN DISAMAN 15 JUTA

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) cawangan Sibu berkata tindakan menfailkan saman sebanyak RM15 juta terhadap Datuk Dr Soon Choon Teck terpaksa diambil kerana beliau didakwa berulang kali memburuk-burukkan para pemimpin serta ahli-ahli Bumiputera SUPP cawangan Sibu.

Pengerusinya, Dato Sri Wong Soon Koh menjelaskan tindakan menyaman Dr Soon itu sememangnya patut dilakukan agar Dr Soon ‘merasakan akibat daripada tindakannya sendiri’.

Ini kerana, tambahnya, Dr Soon juga sering kali mengheret hal berkaitan cawangan parti itu ke mahkamah.

“Beliau (Dr Soon) telah menyaman SUPP cawangan Sibu dan pemilihan cawangan kecil Naman…Beliau juga membawa isu papan tanda cawangan Dudong ke mahkamah,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Kerajaan Negeri di Stadium Perpaduan, Petra Jaya, Ahad lepas.

Wong menambah, Dr Soon juga bertindak membawa kenyataan yang dikeluarkan parti (Supp Cawangan Sibu) baru-baru ini ke muka pengadilan sehingga menyebabkan pihaknya dan ahli-ahli Bumiputera parti itu mengambil kata putus untuk menyaman beliau.

“Kami mahu saman beliau (Dr Soon) sebanyak RM15 juta atas perbuatannya. Sekiranya kami (SUPP cawangan Sibu) memenangi kes ini, kami akan mendermakan wang tuntutan itu kepada pertubuhan-pertubuhan kebajikan.

“Ini kerana kami melakukan sesuatu bukan kerana wang, tetapi kami melaksanakan tugas atas nama kewibawaan,” tegasnya.

Para pemimpin SUPP Cawangan Sibu dan ahli-ahlinya beketurunan Iban telah menyaman Datuk Dr Soon Choon Teck atas dakwaan fitnah dalam dua kes saman berasingan.

Pemimpin cawangan berkenaan telah menuntut ganti rugi sebanyak RM10 juta, manakala ahli-ahli Iban menuntut RM5 juta.

Kumpulan plaintif pertama dianggotai Pengerusi SUPP Cawangan Sibu, Dato Sri Wong Soon Koh, Timbalan Pengerusi Datuk Robert Lau, Setiausaha Datuk Tiong Thai King dan Naib Pengerusi Vincent Goh.

Manakala kumpulan kedua seramai 25 plaintif, diketuai seorang Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Andrew Silling Banggit.

Kesemua plaintif memfailkan tuntutan saman mereka pada 2 September lepas, selepas Dr Soon membuat kenyataan yang diterbitkan oleh tiga akhbar berbahasa Cina pada 17 Mei 2009.borneopost

berita berkaitan di sini

No comments: