JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Wednesday, September 9, 2009

BAGAN PINANG : PRK 999 ?

Oleh MASDARWAHID


KUALA LUMPUR 9 SEPTEMBER – Pilihanraya kecil (PRK) datang lagi. Suatu yang menggemberikan bagi sesetengah pihak dan meresahkan bagi pihak lain.


Mahu atau tidak, dari segi undang-undang, ianya tetap perlu diadakan selewat-lewatnya 60 hari dari tarikh kekososngan sesuatu kerusi itu.


Menariknya kali ini, Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Penang merupakan PRK yang ke 9 pada bulan 9 di negeri 9 atau juga disebut PRK 999. Kecemasan ?


999 lazimnya kita ketahui sebagai talian kecemasan. Ianya juga boleh dilihat sebagai PRK yang cemas samada buat BN atau Pakatan.


Dari sudut BN, ianya cemas dalam pelbagai aspek kerana jika kecundang juga kali ini ianya suatu yang mengerikan dan menggoncang hebat gabungan itu yang sejak akhir akhir ini bercelaru dalam setiap sekutunya.

Lihat sahaja MCA, MIC, PPP, Gerakan dan sekutu bermasalah di Sabah dan Sarawak yang sibuk merebut kerusi antara satu sama lain. Alahaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii


Bagi gabungan Pakatan pula, ianya cemas kerana ini peluang PAS untuk menambah koleksi kerusi di negeri itu yang diakui ramai sukar ditembusi. Adun tunggal PAS ketika ini ialah Mohd Taufek Abdul Ghani yang memenangi kerusi Dun Paroi buat pertama kali 8 Mac lalu.


Namun, perkembangan semasa politik negara menunjukkan peluang parti Islam itu menawan Dun Bagan Pinang amat cerah khususnya selepas beberapa siri PRK yang menyaksikan PAS menang berturut-turut termasuklah menawan Parlimen Kuala Terengganu yang sebelum itu merupakan kerusi Umno.


PRK lain yang dimenangi PAS ialah Parlimen Bukit Gantang di Perak, Dun Manik Urai, Kelantan dan Dun Permatang Pasir Pulau Pinang yang sehingga kini kemenangan itu masih dirasai.


Dari sudut lain, ianya sesuatu yang pasti ditunggu-tunggu oleh rakyat di negeri itu yang sejak Mac tahun lalu menanti tumbangnya kerajaan rapuh BN yang kehilangan majorirti 2/3 dalam DUN itu.


Kedudukan kerusi dalam Dun kini amat dekat dengan BN memantau rapi mana-mana Adun nya yang mahu berhijrah ke kem Pakatan.


Ini kerana BN hanya mempunyai 20 kerusi iaitu kelebihan empat kerusi berbanding 16 wakil Pakatan.

Dari segi hakikat suara dalam DUN Negeri Sembilan, hanya 19 wakil rakyat BN boleh mengundi.


Ini kerana seorang lagi ADUN, Datuk Razak Mansor dilantik sebagai Speaker DUN yang hanya boleh memberi undi pemutus ketika keputusan seri.


Sebab itu, peringatan kepada BN ialah jika kalah di DUN Bagan Pinang, Pakatan akan meningkat suaranya kepada 17 undi dalam DUN manakala suara BN kurang satu kepada 18 undi iaitu hanya kelebihan satu undi.


SPR akan bermesyuarat Isnin ini untuk menetapkan tarikh penamaan calon seterusnya pengundian yang djangka berlangsung selepas aidilfitri.


Pas menerusi calonnya, Ramli Ismail telah membuktikan parti itu semakin diterima di Bagan Pinang apabila memperoleh 4,097 undi. Undi majoriti untuk BN merosot berbanding majoriti 4,411 undi pada PRU11.


Perlu dinyatakan bahawa, tiga daripada lima kerusi DUN dalam Parlimen Teluk Kemang pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) iaitu Chuah, Lukut dan Port Dickson di menangi Pakatan berbanding dua termasuk Bagan Pinang di menangi BN.


Bagi pengundi dan bakal pengundi di Dun Bagan Pinang, jika anda masih sukar dan ragu-ragu dengan PAS, anda bolehlah menilai Adun tunggal parti itu di negeri 9 iaitu Mohd Taufek Abdul Ghani.


Beliau bukan sahaja Yang Berhormat tetapi layak dinobatkan sebagai YANG BERKHIDMAT banyak masa, tenaga dan harta beliau lebih diutamakan kepada rakyat di kawasannya berbanding diri dan keluarga.


Beliau melakukannnya bukan semata-mata untuk pilihanraya tetapi itulah yang ditarbiyah dan dididik dalam PAS. Bekerja untuk Islam Kerana Allah. Semua perkara yang dilakukan adalah ibadah.


Perkara ini diakui sendiri oleh Pimpinan KEADILAN yang juga calon MP Rembau dalam PRU 12, Che Gu Bard yang mengakui tokoh muda itu lebih suka merendah diri pada sesiap jua sehingga beliau dihormati samada kawan mahupun lawan.


Atau setidak-tidaknya kita juga boleh menilai Adun tunggal PAS di Pulau Pinang yang walaupun berseorangan mewakili PAS di negeri itu.


Beliau berjaya memimpin rakyat di kawasannya kepada Islam.


Penduduk mendakwa, beliau sering makan bersama rakyat di kawasannya dengan membeli sendiri makanan dan makan bersama-sama di rumah penduduk.


Ini dilakukan tidak mengira musim samada wujud PRK atau PRU. Apa yang pasti berkhidmat untuk rakyat itulah yang diutamakan.


Buat petugas, penyokong, pendokong, pemerhati, pemimpin, pimpinan atau sesiapa jua yang pro Pakatan, penulis menyeru agar kita sering membaca dan melayari laman Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad bagi menyatukan fikiran serta berusaha mungkin terpengaruh dengan propaganda murahan BN yang disebarkan khususnya menjelang pengundian kelak.


Ianya penting agar kita mudah menghadam dan memahami sesuatu isu dari akarnya dan bukan emosi semata-mata.


Juga yang perlu dilayari laman seperti Harakahdaily, Tranungkite, http://chegubard.blogspot.com/ dan laman-laman Pakatan N9. koleksinya di sini - http://mohdtaufek.blogspot.com/.


Bagi penulis, kita boleh membaca akhbar BN tetapi bookot pembelian.


Baca dengan matang dan bukan dengan emosi bagi mengembangkan minda kita.


Fakta menarik PRK Bagan Pinang


  1. PRK ke 9

  1. Bulan ke 9 (September)

  1. Tahun 2009

  1. 999 = PRK Kecemasan BN ?

No comments: