JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Saturday, September 19, 2009

Pantau harga tiket


ORANG ramai berebut-rebut menaiki bas untuk pulang berhari raya di Hentian Duta, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 18 Sept. – Orang ramai yang ingin pulang ke kampung sempena cuti Aidilfitri kecewa dengan sikap syarikat pengangkutan awam mengaut untung berlebihan dengan mengenakan tambang berganda daripada biasa.

Rata-rata mereka tidak dapat menerima kenyataan itu dan meminta pihak berkuasa memantau harga tiket pengangkutan awam sama ada bas mahupun kapal terbang.

Salah seorang penumpang bas, Moses Xavier, 25, yang memulakan perjalanan dari Terminal Pudu Raya ke Ipoh terkejut apabila tambang yang dikenakan berjumlah RM45 berbanding RM17 sebelum ini.

“Walaupun mahal, saya tiada pilihan dan terpaksa membeli tiket bas itu kerana mahu memanfaatkan cuti bersama keluarga di kampung,” katanya yang mengambil peluang cuti sempena hari raya.

Anggota tentera yang bertugas di Sabah, Fafan Ramli, 31, pula berkata, beliau terpaksa menggunakan wang simpanannya kali ini untuk menampung kos pengangkutan.

’’Saya menggunakan wang simpanan untuk membiayai kos pengangkutan penerbangan, bas dan teksi bagi menyambut Aidilfitri pada kali ini.

‘’Berbanding tahun lalu, saya ada membuat sedikit simpanan kerana tambang pada ketika itu agak murah berbanding sekarang,’’ katanya yang pulang beraya di Perlis.

Menurutnya, dia terpaksa membayar tambang bas dari Pudu Raya ke Perlis berjumlah RM59 berbanding RM37 pada tahun lalu.

Sementara itu, bagi Syazwani Nurjayadi, 21, dari Sarawak, peningkatan tambang penerbangan pula kali ini cukup membebankan.

“Saya terpaksa membelanjakan wang yang lebih dengan membayar RM490 bagi penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kuching berbanding perjalanan yang sama pada tahun lalu iaitu RM200.

“Bagi penerbangan ke Sarawak tahun lalu, saya menempahnya sebulan lebih awal berbanding kali ini yang tiga bulan lebih awal, tetapi lebih mahal” katanya.

No comments: