JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Tuesday, September 29, 2009

Malaysia, AS saling memerlukan - Anifah


NEW YORK 28 Sept. - Hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat sememangnya berdepan cabaran namun hubungan itu turut sama menyediakan peluang, kata Menteri Luar Datuk Anifah Aman.

"Amerika Syarikat terus menjadi rakan dagang terbesar kita. Hakikat bahawa saya dapat bertemu Setiausaha Negara Hillary Clinton hanya selepas sebulan saya dilantik sebagai Menteri Luar membawa banyak makna mengenai hubungan kita (dengan Amerika Syarikat)," katanya ketika ditemui dalam satu perhimpunan bersama warga Malaysia yang tinggal di pantai timur Amerika Syarikat.

"Pendekatan kita terhadap hubungan kita dengan Amerika Syarikat digambarkan melalui kesediaan kita untuk bekerjasama dan bukannya bersikap konfrontasi. Kami berasa selesa dengan pentadbiran semasa," kata Anifah yang berada di sini bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Mengenai cabaran mendatang, beliau berkata, kedua-dua negara berdepan isu bersama yang turut merangkumi perubahan iklim, satu daripada perbahasan paling hangat di PBB, selain keganasan dan jaminan makanan.

"Kami (Amerika Syarikat dan Malaysia) saling memerlukan satu sama lain lebih daripada sebelum ini," katanya.

Anifah diiringi isteri, Datin Siti Rubiah Abdul Samad dan delegasi terdiri daripada pegawai serta dua anggota Parlimen. - BERNAMA

No comments: