JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Tuesday, September 29, 2009

Pencuri tembaga kabel sasar Kampung luar bandar

TembagaCuri pic1 28.09.09

Penduduk Kampung Punggu dalam daerah kecil Pantu, Sri Aman keresahan berikutan kehadiran kumpulan pencuri kabel di desa mereka semenjak bulan Ogos lalu.

Kumpulan terbabit mencuri komponen tembaga dalam saluran kabel yang digunakan sebagai wayar bumi di tiang utama penyalur bekalan elektrik berhampiran kampung penduduk terbabit.

“Kes ini mula-mula berlaku pada bulan Ogos tahun ini apabila lima orang lelaki dengan menggunakan kenderaan Pajero tiba di tiang elektrik utama perkampungan kami dan memberi alasan bahawa mahu memperbaiki sistem pendawaian elektrik di situ.

“Mereka kemudiannya menutup suis utama pada tiang elektrik terbabit menyebabkan ketiadaan bekalan elektrik bermula awal pagi hari berkenaan sehingga jam 3 pagi pada hari yang berikutnya,” dakwa seorang penduduk yan memperkenalkan dirinya sebagai Mei Biong.

Kejadian kedua menurut Mei kemudiannya berulang kembali tidak lama selepas itu apabila pihak yang tidak bertanggungjawab mencuri semula komponen tembaga dalam kabel wayar bumi pada tiang yang sama.

“Tindakan penjenayah itu menyebabkan bekalan elektrik putus dan kami kemudiaannya mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengawasi sekitar tiang utama elektrik itu,” katanya.

Katanya, dua hari yang lalu penduduk kampung menurut beliau menyedari kehadiran seorang lelaki tidak dikenali yang cuba mengorek sesuatu di kawasan tiang elektrik utama berkenaan.

Apabila disoal oleh penduduk kampung, lelaki berkenaan menurut Mei memberitahu bahawa ia cuma menumpang teduh di perhentian bas berhampiran tiang elektrik berkenaan.

“Penduduk percaya lelaki itu cuba mencuri komponen tembaga di tiang terbabit. Setelah mendapati bahawa kehadiran dirinya dicurigai oleh penduduk kampung maka lelaki tersebut dipercayai terus beredar dari lokasi terbabit.

“Justeru kami penduduk kampung di sini berharap agar pihak berkuasa memberi perhatian serius terhadap masalah ini kerana dikhuatiri bahawa golongan terbabit mungkin akan melakukan tindakan yang sama di perkampungan penduduk yang lain,” katanya.

No comments: