JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Thursday, September 24, 2009

Terkini H1N1 : Kematian Kekal 77 Orang


Oleh Masdarwahid


KUALA LUMPUR 24 Sept. – Angka kematian akibat selsema babi atau influenza A (H1N1) kekal 77 orang dengan 192 kes gejala seperti penyakit influenza (ILI) dimasukan ke hospital hari ini.


Statistik kematian itu kekal sejak kematian terakhir dicatatkan pada 19 September lalu.


Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, dalam tempoh sama, 165 kes ILI telah dibenarkan keluar dari hospital, menjadikan baki yang masih dirawat di 80 hospital termasuk 11 hospital swasta ialah 677 orang.


Menurutnya, daripada jumlah ILI yang sedang dirawat, hanya 150 pesakit disahkan dijangkiti H1N1 dengan 25 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU).


“Terdapat dua kemasukan kes baru dan tiga kes discaj di ICU hari ini dengan 23 daripadanya adalah berisiko,

“Pesakit berisiko ini ialah lapan kanak-kanak bawah 5 tahun, lima penyakit kronik, lima obesiti, tiga penyakit respiratori dan seorang warga emas lebih 65 tahun,” Katanya.


Di peringkat global, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan sejak Jumaat lalu, lebih 296,471 kes H1N1 dilaporkan diseluruh dunia dengan sekurang-kurangnya 3,486 kematian.


Sementara itu, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata vaksin H1N1 akan tiba di Malaysia Oktober ini atau selewat-lewatnya Disember depan.


Mengulas lanjut, beliau berkata, pihak kementerian memberi jaminan vaksin itu selamat digunakan kerana ianya dicipta khas untuk menangani virus H1N1.


Bagaimanapun, katanya, vaksin yang dihasilkan di Australia itu memerlukan sekurang-kurangnya enam bulan untuk diketahui tahap keberkesanannya.


Tambahnya, kumpulan pertama yang akan diberi suntikan nanti ialah mereka yang berada dibarisan hadapan seperti pihak imigresen, kastam, doktor, jururawat dan pegawai perubatan.


“Selepas itu ia akan diberi kepada mereka yang berisiko tinggi termasuk kanak-kanak bawah lima tahun, mereka yang mengalami penyakit kronik, Obesiti dan ibu hamil,” Katanya.


berita berkaitan di sini

No comments: