JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Sunday, January 31, 2010
Jalan Selangau-Mukah, paling teruk di ASEAN?
Lebuhraya Kubang Kerbau - Gambar oleh King Kawi
Pada minggu lalu beberapa orang pegawai tinggi dari Putrajaya yang mempunyai gelaran Datuk telah ‘turun padang’ dengan memandu melalui jalan tidak berturap di salah satu kawasan di utara Sarawak.
Tujuan mereka adalah untuk melihat dengan lebih dekat keadaan prasarana di luar bandar Sarawak, sesuai dengan hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu membawa lebih banyak pembangunan ke Sarawak dan Sabah.
Pegawai kanan terbabit sepatutnya turut pergi ke jalan Selangau-Mukah untuk merasai sendiri penderitaan yang dialami oleh puluhan ribu rakyat yang menggunakan jalan neraka itu.
Atau wajarkah jalan Selangau-Mukah itu dikategorikan sebagai jalan utama? Mungkin lebih sesuai disifatkan sebagai jalan balak.
Saya mempunyai pengalaman melalui jalan sekitar 50 km itu minggu lalu ketika membawa jenazah ayah saya yang meninggal dunia pada dinihari 14 Januari.
Pengalaman mengharungi jalan raya itu merupakan satu cabaran besar yang kadangkala menakutkan dan membimbangkan, apatah lagi pada waktu malam dan waktu hujan lebat.
Pelbagai kemungkinan menjelma di kepala sepanjang perjalanan selama sekitar tiga jam itu. Tiga jam untuk laluan sekitar 50 km? Ya, kerana anda terpaksa mengharungi jalan yang berlumpur, becak, berlubang-lubang, dan bertakung dengan air.
Tidak hairanlah, sesiapa yang pernah melalui jalan itu menganggapnya sebagai jalan paling teruk di Malaysia. Malah, saya berani mengatakan sebagai jalan utama paling teruk di negara Asean. Ini bukan kenyataan yang melampau.
Hakikatnya, isu mengenai jalan raya ini telah dibangkitkan untuk puluhan tahun. Lupakan sahaja soal 46 tahun apabila Sarawak sama-sama menubuhkan Malaysia.
Kita faham akan masalah yang dihadapi oleh Sarawak pada dekad 60-an dan 70-an, termasuk ancaman komunis dan ekonomi yang belum lagi membangun.
Tetapi bagaimana dengan era 80-an, 90-an dan alaf baru? Betulkah kita tidak ada peruntukan? Apakah kita tidak mempunyai perancangan? Atau terdapat motif tertentu mengapa jalan itu tidak dibina, sedangkan jalan raya di tempat lain diberi keutamaan.
Rakyat tidak mengharapkan lebuh raya enam lorong.
Rakyat hanya perlukan jalan yang selayaknya digunakan oleh mereka sebagai pembayar cukai dan orang yang telah memberi undi kepada calon Barisan Nasional sehingga memungkinkan mereka terus memerintah negeri ini untuk sekitar 40 tahun.
Apakah alasan terbaik untuk kita mempertahankan dasar tidak mahu membina jalan raya utama itu? Benarkah jalan berkenaan bukan jalan kerajaan, tetapi jalan syarikat ladang kelapa sawi? Jika benar, ini sesuatu yang cukup aneh.
Kalau benar, kenapa kerajaan tidak mempunyai perancangan konkrit untuk membina jalan sepenting itu? Mengapakah kita membiarkan rakyat dan pengundi menanggung penderitaan untuk puluhan tahun. Atau kita seronok melihat mereka menderita?
Sampai bilakah kita dapat meminta supaya rakyat dan pengundi bersabar dan bersyukur? Mereka telah bersabar lebih daripada 20 tahun, tetapi keadaan jalan itu tetap tidak berubah.
Memang, kini ada usaha untuk membina dan menaik taraf jalan terbabit, dengan unjuran awal dapat disiapkan pada tahun ini.
Tetapi saya berani mengatakan, berdasarkan pemerhatian pada minggu lalu, itu hanya impian. Pengguna jalan itu perlu terus menghadapi mimpi ngeri melalui jalan yang menjadi laluan utama ke Balingian, Oya, Dalat, dan kawasan di sekitarnya.
Maksudnya, untuk sementara waktu, mungkin selama tiga tahun lagi, rakyat perlu mengharungi jalan yang menyeksakan itu. Jika ada pilihan, rakyat tidak akan mahu menggunakan jalan yang boleh menyebabkan kenderaan mereka rosak teruk.
Kos untuk membaik pulih kenderaan sahaja mungkin beratus-ratus ringgit, kalaupun tidak beribu-ribu ringgit, seperti yang saya alami minggu lalu.
Tetapi mereka tidak mempunyai pilihan kerana penerbangan dari Lapangan Terbang Mukah ke Sibu telah lama dihentikan.
Bayangkan jika anda membawa pesakit dengan ambulans dari Hospital Mukah ke Hospital Sibu.
Ayah saya ketika masih ditahan di Hospital Sibu sebelum dibawa ke Hospital Umum Sarawak bertekad untuk tidak lagi mahu dibawa dengan ambulans melalui jalan berkenaan sesudah mengalami pengalaman getir dan menyakitkan.
Malah, keputusan saya untuk tidak membawa mendiang balik sewaktu beliau masih bernafas adalah kerana bimbang keadaan akan bertambah tenat jika melalui jalan berkenaan.
Tetapi akhirnya, saya tidak mempunyai pilihan pada malam 14 Januari lalu apabila van yang membawa jenazah ayah terpaksa melalui laluan berkenaan.
Anda dapat bayangkan sendiri bagaimana keadaan jenazah di dalam keranda melalui jalan sedemikian?
Sementara itu, melalui jalan sedemikian, mereka yang sakit akan bertambah sakit, malah bukan tidak ada yang meninggal dunia di tengah jalan berkenaan. Mereka yang mengandung, ada yang melahirkan anak di tengah jalan.
Jalan yang sedia ada perlu diselenggarakan dengan baik sementara menunggu jalan raya baru siap dibina, setidak-tidaknya bagi memberi sedikit keselesaan kepada mereka yang perlu menggunakannya untuk tempoh beberapa tahun lagi.
Jangan biarkan mereka terus menderita dan menghamburkan kemarahan dengan sumpah seranah.
Rakyat di Mukah menjadi begitu ‘emosional’ apabila bercakap tentang jalan itu. Lima orang penduduk yang terserempak dengan penulis di Mukah menyalahkan kerajaan kerana membiarkan jalan raya itu dalam keadaan teruk.
“Tidak layakkah kami menggunakan jalan yang lebih baik daripada itu? Adakah kerajaan tidak prihatin terhadap nasib kami di sini?
Sampai bilakah kami dapat bersabar? Kami telah diminta untuk bersabar setiap kali wakil rakyat dan ahli politik berkempen,” tegas seorang daripada mereka yang ternyata begitu sukar mengawal emosinya.
Saya tahu seorang mantan wakil rakyat pernah menulis surat sekurang-kurangnya tiga kali kepada pemimpin politik tertinggi negeri pada pertengahan dekad 90-an dahulu, berserta dengan gambar.
Kereta beliau pernah tersangkut dan rosak di tengah jalan, dan beliau sama-sama dihamburkan kata-kata kesat oleh rakyat kerana kononnya tidak mempedulikan nasib rakyat. Walhal, beliau kerap membangkitkan masalah jalan itu di dalam Dewan Undangan
Negeri, selain mengutus surat kepada pihak yang lebih berkuasa.
Tetapi, hasilnya tetap nol. Jadi, sebelum anda menyalahkan wakil rakyat, anda perlu berfikir banyak kali, kerana wakil rakyat sekadar dapat merayu dan mengutus surat kepada pihak yang lebih berkuasa.
Anda tahu kuasa sebenar terletak di tangan siapa?
Ketika Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berpindah ke Balingian dalam pilihan raya 2001, pengundi dan rakyat meletak harapan dan keyakinan tinggi bahawa masalah terbabit akan segera selesai.
Sesuai dengan kuasa yang ada padanya dan dasar politik pembangunan yang diwara-warakannya, harapan tinggi itu tentu munasabah.
Jika tidak kepada beliau, kepada siapakah lagi rakyat dapat menggantung harap?
Jangan salahkan penduduk Mukah jika mereka kecewa dan marah.
Mereka berhak untuk kecewa dan marah. Mereka telah diberi pelbagai janji setiap kali menjelang pilihan raya. Kini, mereka sudah muak dengan segala janji yang ditaburkan itu.
Wakil rakyat silih berganti, tetapi janji yang ditaburkan tetap tinggal janji.
Kini, salahkah jika mereka menuntut janji itu? Sebahagian daripada mereka yang pernah mendengar janji itu telah tidak ada lagi bersama-sama kita.
Ingat, kerbau diikat pada hidungnya, ahli politik diikat pada janjinya.Tetapi, sesudah pilihan raya 2006, apa perkembangannya? Keadaannya tidak berubah, malah bertambah buruk.
Yang pasti, tunggu pilihan raya yang akan datang, isu jalan raya Selangau-Mukah akan tetap menjadi duri dalam daging bagi pihak Barisan Nasional dan kerajaan.
Kali ini, adakah mereka akan terus mengulangi sekali lagi janji yang telah ditaburkan untuk sekian lama?
Oleh Dr Jeniri Amir
Penulis ialah pensyarah kanan di Universiti Malaysia Sarawak dan anak jati Mukah.
Macam zon perang
MUKAH: Macam zon perang. Keadaan jalan raya ibarat lokasi sasaran pengguguran bom atau peluru meriam.
Itu kata seorang rakan ketika menceritakan pengalaman mengharungi perjalanan penuh cabaran apabila melalui Jalan Selangau-Mukah, baru-baru ini.
Bagi beliau, jalan sepanjang 54.6 kilometer itu, tidak sewajarnya disebut sebagai jalan awam sebaliknya boleh dikategorikan sebagai laluan bagi cabaran pacuan empat roda atau apa juga pertandingan kenderaan lasak yang lain.
Laluannya berlopak, becak dan sempit, sekali gus membahayakan kenderaan kecil.
"Jika bukan pacuan empat roda, usah berangan membawa kereta itu ke kampung untuk ditayangkan pada saudara mara, kerana dikhuatiri apabila sampai ke destinasi, rupa kereta itu dah jadi lain.
"Saya rasa menyesal memandu di jalan itu. Dahlah terpaksa mengharungi perjalanan yang panjang, kereta pula rosak dibuatnya," katanya yang enggan namanya disiarkan.
Rungutan seperti itu bukan baru, kerana setiap pemandu yang pernah melalui Jalan Selangau-Mukah, pasti akan menceritakan pengalaman yang sama.
Walaupun merungut, pemandu faham kesukaran yang mereka hadapi itu akibat kerja pembinaan yang akan memberi keselesaan pemanduan pada masa depan.
Mengikut perancangan, projek yang bermula sejak beberapa tahun lalu itu dijangka selesai sepenuhnya pertengahan tahun ini.
Namun, dilihat keadaan jalan serta perkembangan projek itu yang agak lembap, ramai yang meragui kemampuan pemaju melaksanakan projek itu mengikut tempoh yang ditetapkan.
Pengguna jalan berkenaan, Martin Lam, 48, dari Dalat, berkata dalam tempoh kurang enam bulan dari sekarang, mungkin sukar bagi pemaju menyiapkan projek itu tepat pada masanya.
"Mustahil dapat disiapkan dalam tempoh itu, kerana jika dilihat keadaan jalan itu sekarang, masa lebih lama mungkin diperlukan.
"Tetapi pemaju mungkin tahu apa yang mereka boleh buat dan saya berharap mereka melakukan yang terbaik untuk memastikan pengguna jalan raya menikmati pemanduan yang lancar dalam tempoh terdekat ini," katanya.
Beliau yang sering berulang alik dari Mukah ke Sibu, sudah lali dengan keadaan jalan itu, sama ada sebelum atau selepas projek dilaksanakan.
"Jika kemahiran saya melalui jalan seperti ini diiktiraf, mungkin kini saya sudah boleh menjadi pemandu pada cabaran Camel Trophy. Sudah bertahun-tahun saya melalui jalan ini, keadaannya memang teruk sejak dulu," katanya.
Jalan Mukah-Selangau dibina pada 1970 yang ketika itu tidak berturap kerana ia hanya digunakan untuk mengangkut kelapa sawit.
Jalan selebar enam meter dengan bahu jalan sempit itu menjadi laluan utama kenderaan dari laluan utama Sibu-Bintulu untuk ke Mukah serta beberapa daerah dalam bahagian itu antaranya Dalat, Oya, Igan, Matu dan Daro.
Keadaan jalan berkenaan bertambah teruk selepas 2005, apabila ia tidak dapat menampung kenderaan berat yang mengangkut hasil arang batu dan kelapa sawit dari kawasan berhampiran di samping faktor cuaca yang tidak menentu.
Oleh Mohd Roji Abdullah
Menuntut Janji 8 Mac 2008
MINGGU lalu beberapa pegawai kanan dari Putrajaya turun padang dengan merasai sendiri pengalaman mengharungi jalan raya tidak berturap di sebuah daerah di utara Sarawak. Mereka menaiki beberapa kenderaan pacuan empat roda (4x4) dan sekali-sekala di beberapa tempat, terpaksa berjalan kaki meninjau dengan lebih dekat keadaan jalan raya terbabit.
Jalan raya tidak berturap, malah lebih layak dikategorikan sebagai jalan balak, bukan sesuatu yang asing di negeri ini. Di Miri, seorang wakil rakyat merungut kerana dua gelanggang yang baru siap, tidak menepati spesifikasi dan piawaian yang sepatutnya. Keadaan gelanggang yang dibina oleh kontraktor berkenaan mengecewakan wakil rakyat itu.
Sementara itu, ketika balik ke kampung dua minggu lalu, penduduk kampung penulis merungut kerana anak mereka terpaksa bersekolah di sekolah rendah yang terletak jauh dari kampung. Sekolah Rendah Kampung Tellian yang mengeluarkan ramai pelajar sejak awal 1960-an tidak lagi digunakan sejak 2003.
Penduduk kampung menunggu agar janji yang ditaburkan dalam setiap pilihan raya akan dikotakan. Namun, bayangan untuk melihat berdirinya sekolah berkenaan dalam setahun dua ini belum muncul. Kini, penduduk kampung yang rata-rata miskin dan bergantung pada pokok rumbia untuk hidup, terpaksa membelanjakan banyak wang untuk menghantar anak mereka ke sekolah yang letaknya sekitar tiga kilometer dari kampung itu.
Sekolah itu terpaksa ditutup kerana dianggap tidak lagi selamat. Persoalannya, bagaimanakah pihak berwajib tidak menyedari keadaan berkenaan dan seterusnya membuat perancangan sewajarnya bagi membina sekolah baru yang lebih baik untuk menampung keperluan kanak-kanak di kampung sebaik saja menyedari bahawa keadaan sekolah itu tidak lagi sesuai digunakan?
Akibat kesilapan itu, penduduk kampung menanggung beban. Mereka bukan saja terpaksa berbelanja lebih besar untuk menyekolahkan anak-anak, tetapi sering risau dengan keselamatan mereka. Bayangkan jumlah wang yang perlu disediakan untuk membayar kos pengangkutan jika ibu bapa terbabit mempunyai tiga orang anak?
Sejak beberapa bulan lalu, berbeza daripada sebelumnya, Sarawak menerima banyak tetamu, termasuk menteri dan pegawai kanan dari Putrajaya. Hampir tidak ada hari atau minggu, Sarawak tidak menerima tetamu berkenaan. Langkah ini baik untuk memastikan Putrajaya benar-benar faham akan keperluan dan aspirasi penduduk. Jangan hanya merancang dari Putrajaya tanpa turun padang.
Keputusan pilihan raya 8 Mac 2008 menyebabkan mereka perlu lebih prihatin terhadap negeri ini, apatah lagi Sarawak dan Sabah dianggap sebagai 'simpanan tetap' bagi Barisan Nasional (BN). Justeru, simpanan tetap perlu dijaga, apatah lagi Sarawak mempunyai 31 kerusi Parlimen, dengan hanya satu jatuh ke tangan DAP dalam pilihan raya umum lalu.
Justeru, memang dapat dimengerti mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak begitu prihatin terhadap pembangunan, terutama di luar bandar Sabah dan Sarawak. Sebahagian besar kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di kedua-dua negeri terbabit terletak di luar bandar. Sudah sewajarnya kebajikan mereka di luar bandar diberi perhatian saksama.
Tentu tidak adil untuk mengabaikan nasib mereka yang sejak 40 tahun lalu memberi undi kepada BN. Mereka sudah lama bersabar, dan inilah masa sesuai untuk membalas budi mereka, dan bukannya menyeru supaya mereka bersabar dan bersyukur seperti yang sering diminta oleh ahli politik di negeri ini.
Isu mengenai tiadanya pembangunan di luar bandar sering dieksploitasikan pembangkang menjelang setiap pilihan raya di negeri ini. Mereka menyerang kerajaan dengan wacana tandingan yang meyakinkan. Pembangkang menyoal, ke mana perginya pendapatan besar negeri daripada sumber semula jadi, termasuk balak?
Kawasan balak sudah hampir tiada lagi di negeri ini kerana dikaut oleh mereka yang berkepentingan. Mereka juga berhujah bahawa kerajaan BN gagal membawa pembangunan ke Sarawak meskipun sudah merdeka menerusi Malaysia selama lebih 40 tahun. Ada pengundi yang termakan oleh hujah pembangkang.
Bagi kerajaan pula, mereka sering bersikap defensif dengan menyatakan bahawa pembangkang hanya bijak bercakap, tetapi tidak akan mampu membawa pembangunan. Dalam keadaan pengundi yang lebih pintar sekarang, hujah sedemikian sukar ditelan bulat-bulat.
Penduduk dan pengundi luar bandar tidak meminta sesuatu yang canggih dan hebat. Mereka sekadar memohon agar keperluan dan kemudahan asas dibina, termasuk jalan kampung yang berturap, klinik, bekalan air dan elektrik, sekolah rendah dan seumpamanya. Bagi penduduk kampung, keperluan asas itu amat penting bagi memudahkan mereka bergerak dari satu kawasan ke kawasan lain, termasuk menghantar produk pertanian ke pekan dan bandar berdekatan.
Salahkah mereka jika mereka menuntut janji ahli politik yang ditaburkan setiap kali pilihan raya menjelma? Adakah satu dosa bagi penduduk miskin untuk mengharapkan kepada kerajaan yang dipilih mereka supaya membina kemudahan dan prasarana asas itu? Sebahagian daripada janji kerajaan memang sudah pun ditunaikan, tetapi sebahagian lagi gagal dilaksanakan meskipun Sarawak dikenali sebagai negeri yang kaya sumber semula jadi.
Dalam hubungan ini, tentu sesuatu yang amat melegakan apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengadakan lawatan ke Miri minggu lalu berikrar bahawa Kerajaan Pusat akan berusaha untuk menyelesaikan semua masalah berkaitan kemudahan asas di Sabah dan Sarawak dalam tempoh tiga tahun akan datang.
Ini satu komitmen luar biasa yang diberi oleh pemimpin negara kerana menyedari bahawa kedua-dua negeri itu tertinggal di belakang dari segi pembangunan. Sekitar 2.4 juta penduduk Sarawak bertaburan di negeri yang mempunyai keluasan geografi sebesar Semenanjung Malaysia. Bayangkan saja, ada sekitar 5,000 rumah panjang yang terletak di luar bandar dan pedalaman, termasuk di hulu Sungai Rajang, sungai terpanjang di negara ini dan kawasan berbukit-bukau di Baram dan Marudi?
Untuk membina jalan raya berharga beratus-ratus juta ringgit bagi keperluan 1,000 penduduk tentu tidak munasabah dan tidak berdaya maju. Kemudahan asas yang cuba diselesaikan oleh beliau ialah bekalan elektrik, air dan jalan raya.
Pembangunan yang seimbang antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak amat penting dilaksanakan sesuai dengan gagasan 1Malaysia. Keseimbangan pembangunan juga penting antara bandar dan luar bandar di negeri ini. Jangan sampai penduduk di Sabah dan Sarawak berasa iri hati terhadap pembangunan dan kemajuan yang dilihat mereka berlaku di Semenanjung. Juga, jangan sampai pengundi di luar bandar meluat dengan janji kerajaan dan kecewa dengan nasib yang dihadapi mereka sehingga mengambil keputusan untuk tidak lagi menyokong kerajaan.
Sebelum nasi menjadi bubur, ada baiknya segala janji dalam pilihan raya lalu ditunaikan segera. Tempoh tiga tahun memang singkat, tetapi bukan mustahil untuk melaksanakannya. Kontraktor yang diberi tanggungjawab untuk melaksanakan projek terbabit, terutama di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) nanti perlu komited dan bertanggungjawab dengan memastikan projek itu dilaksanakan tepat pada waktunya dan mengikut piawai dan spesifikasi ditetapkan.
Projek yang tidak dilaksanakan mengikut piawai merugikan kerajaan dan rakyat. Rakyat tidak lagi dapat dibohongi. Rakyat di luar bandar perlu diutamakan dengan memberi kemudahan setimpal dengan keperluan mereka. Jangan memandang rendah atau memperlekeh mereka kerana mereka mempunyai kuasa untuk memilih kerajaan yang mereka suka. Jika kerajaan komited memenuhi keperluan dan kemudahan asas mereka, mereka akan membalas budi kerajaan dengan memangkah calon BN.
Oleh Dr Jeniri Amir
Belum ada bayangan – Taib
Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud belum memberi sebarang bayangan mengenai kemungkinan pilihan raya negeri akan diadakan dalam masa terdekat ini.
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Sarawak, Dr. Stephen Rundi Utom berkata, setakat ini beliau belum dimaklumkan mengenai perkara itu kerana keputusan mengadakan pilihan raya hanya akan ditentukan oleh Ketua Menteri.
Beliau bagaimanapun menafikan andaian beberapa pihak yang mengatakan pilihan raya negeri akan diadakan dalam masa terdekat dan menyifatkannya lebih menjurus pada khabar angin semata-mata.
‘‘Saya andaikan ia diadakan lebih lewat berbanding apa yang kita jangkakan tetapi saya tidak boleh beritahu anda apa-apa,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Kabinet Negeri di Wisma Bapa Malaysia di sini semalam.
Baru-baru ini, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof memberitahu, suruhanjaya itu telah menemui Abdul Taib untuk memaklumkan supaya badan tersebut diberi tempoh notis secukupnya bagi membuat persiapan menghadapi pilihan raya negeri itu.
Kali terakhir Sarawak mengadakan pilihan raya negeri ialah pada 20 Mei 2006 selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan pada 24 April 2006.
Sarawak mempunyai 71 DUN dengan BN menguasai majoritinya dan sembilan kerusi dimenangi oleh pembangkang pada pilihan raya negeri sebelum ini.
SPR mula persiapan Pilihan Raya Sarawak
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah mula melaksanakan tugas pada peringkat pentadbiran sebagai persiapan awal menjelang berlangsungnya Pilihan Raya Sarawak yang dijangka diadakan tahun ini atau 2011.
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata mengikut rekod pihaknya, tarikh akhir pilihan raya di negeri berkenaan adalah pada Jun tahun depan.
"Walaupun tempohnya ada lebih setahun sehingga tarikh akhir, SPR sebagai badan pengendali pilihan raya mesti bersedia awal kerana mengikut pengalaman lalu, pilihan raya Sarawak tidak menunggu sehingga tarikh akhir tamat tempoh.
"Berikutan itu, arahan sudah diberi supaya SPR negeri berkenaan membuat persediaan terutama merangka anggaran bajet terutama membabitkan aspek logistik," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Baru-baru ini, SPR menemui Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk memaklumkan supaya badan itu diberi tempoh notis secukupnya untuk membuat persiapan bagi menghadapi pilihan raya negeri itu.
Pengerusi SPR itu berkata, pilihan raya Sarawak biasanya tidak diadakan dalam tempoh cukup-cukup mandat memerintah lima tahun itu.
Abdul Aziz berkata, persiapan awal seperti kemudahan helikopter, bot, sampan dan kenderaan darat perlu kerana penempatan dan kedudukan geografi negeri berkenaan yang berbeza berbanding di Semenanjung.
"Selain itu, perlu dikenal pasti tempat penamaan calon, lokasi mengundi dan tempat yang sesuai untuk diadakan kursus bagi memilih pegawai sementara SPR sepanjang proses menjelang pilihan raya negeri itu," katanya.
Beliau berkata, sebagai badan yang mahu melaksanakan tugas dengan berkesan, SPR tidak mahu 'terperangkap' kerana tidak bersedia dari sekarang.
Malah, katanya, SPR juga meminta kerjasama kerajaan Sarawak supaya memberi notis yang cukup (sebelum pembubaran Dewan Undangan Negeri).
kenapa Doktor Enggan bertugas ke Luar Bandar
Inilah antara faktor yang dikenal pasti Presiden Persatuan Perubatan Malaysia, Dr David Quek berhubung kelemahan yang ada sekali gus melebarkan lagi jurang jumlah doktor yang kini banyak bertumpu di kawasan bandar dan pinggir bandar. Keadaan ini semakin 'parah' di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.
"Kebanyakan doktor tidak mahu bertugas di pedalaman kerana bimbang kementerian 'terlupakan' mereka menyebabkan mereka kekal bertugas di situ bertahun-tahun," katanya.
Senario 'dilupakan' ini sekali gus akan menjejaskan peluang mereka dinaikkan gred. Selain itu, faktor kedudukan kawasan pedalaman yang terlalu terpencil juga menyebabkan ada sebilangan doktor tidak mahu berkhidmat di sana.
Namun, kata David, secara umumnya, masalah kekurangan doktor di Malaysia tidak begitu serius. Walaupun tidak dinafikan nisbah antara doktor dan pesakit di Malaysia kini 1:900, tetapi di bandar besar seperti Kuala Lumpur dan bandar kecil seperti Taiping tidaklah begitu membimbangkan.
"Di bandar seperti Kuala Lumpur dan bandar kecil seperti Taiping, nisbahnya 1:200, sedangkan tahap standard Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ialah 1:600. Di bandar besar ada kalanya doktor berkongsi pesakit," katanya.
David berkata, gaji bukan isu utama kenapa doktor tidak mahu berkhidmat di hospital kerajaan. Ini kerana seorang doktor baru boleh memperoleh pendapatan RM3,600 sebulan apabila gaji pokok dicampur elaun dan kerja lebih masa. Selain itu, doktor yang bertugas di pedalaman, mereka diberi elaun khas antara RM500 ke RM1,500 bergantung pada kedudukan lokasi mereka bertugas.
David mengakui hakikat kebanyakan doktor memang memiliki persepsi untuk berpindah ke sektor swasta. Walaupun gaji sudah dinaikkan, waktu perkhidmatan yang panjang dan ada kala pembabitan dalam kerja pentadbiran menyebabkan mereka mahu berhijrah.
Katanya, tempoh bekerja yang panjang itu normal bagi seseorang doktor, namun ia tidak seharusnya melebihi 12 jam. Di sinilah, timbang rasa dan kerjasama daripada ketua jabatan memainkan peranan.
"Jika seorang doktor itu perlu bertugas hingga jam 3 atau 4 pagi, dia mungkin boleh diberi kelonggaran untuk masuk lewat atau pulang cepat pada hari berikutnya berdasarkan timbang rasa ketua," katanya.
Hakikatnya, berkhidmat di hospital swasta bukan semudah disangka. Walaupun hospital swasta menjanjikan pendapatan lumayan berbanding hospital kerajaan, tetapi persaingan ketika berkhidmat di hospital swasta lebih sengit.
Pada tahun ini, seramai 30,000 doktor berdaftar dengan MMA. Seramai 25,000 daripada mereka adalah doktor, manakala 5,000 doktor latihan siswazah (housemanship). Daripada jumlah yang berdaftar itu, 9,000 adalah doktor yang berkhidmat di hospital swasta.
Kata David, langkah yang sudah diambil Kementerian Kesihatan untuk menambah bilangan doktor di Malaysia sebenarnya sudah memadai. Ini kerana, saban tahun MMA merekodkan 3,000 doktor latihan siswazah lulusan universiti tempatan dan luar negara masuk berkhidmat di hospital kerajaan.
Apa yang dibimbangkan ialah langkah membenarkan pusat pengajian swasta menawarkan program perubatan, sedangkan kualiti program itu tidak diberikan perhatian. Ini kerana jika tidak dikendalikan dengan bijak, menjelang 2015, Malaysia mempunyai antara 40,000 ke 50,000 doktor, jumlah yang ramai tetapi belum tentu mempunyai kualiti yang diharapkan.
"Negara seperti Britain mengeluarkan lulusan perubatan seramai 1,100 setahun. Yang membimbangkan, ada universiti swasta di Malaysia menerima lebih 200 pelajar perubatan setiap kali sesi kemasukan baru," katanya.
Katanya, keadaan ini mengundang persoalan dari sudut kualiti kerana universiti awam yang terkemuka seperti Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaya (UM) atau Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hanya mengambil sekitar 100 ke 200 pelajar perubatan saja setiap tahun.
"Menjadi doktor pakar bukan mudah. Untuk menjadi pakar bedah saraf, misalnya mengambil masa antara tujuh ke lapan tahun, pakar jantung pula empat tahun, manakala pakar bedah plastik enam tahun. Kita bimbang tenaga pengajar di universiti swasta tidak memenuhi kualiti sebagai pensyarah perubatan yang sepatutnya," katanya.
PERKAHWINAN ADUKA TARUNA
Majlis perkahwinan penulis blog DENGAN NAMA PENANYA adukataruna yang baru dibebaskan dengan ikat jamin selepas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam, berjalan lancar dan meriah di kediamannya di Rumah Rakyat Panchor, Paroi, dekat sini, hari ini.
Khairulnizam Abd. Ghani, 29, dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menghina institusi kesultanan Johor.
Tinjauan di rumah Khairulnizam mendapati majlis perkahwinannya itu berlangsung dengan penuh ceria tanpa sebarang gangguan serta dikunjungi oleh saudara mara serta sahabat handai.
Seorang ahli keluarga yang enggan dikenali berkata, majlis itu bermula dari pukul 11.30 hingga 6 petang hari ini.
“Majlis hari ini berjalan lancar dan ceria tanpa sebarang gangguan, ramai sanak saudara, jiran dan sahabat yang datang untuk meraikan kedua-dua pengantin.
“Tetapi kita tak mahu komen apa-apa lagi kerana ia akan mengganggu emosi keluarga kami termasuk ibu bapa.
Apa pun kami bersyukur setelah dia dibenarkan diikat jamin kira-kira pukul 7.00 petang semalam,” katanya ketika ditemui SEMALAM.
Katanya lagi, kedua-dua pengantin serta ibu bapa mereka enggan bertemu wartawan dan enggan mengulas sebarang kenyataan kerana sebuah akhbar perdana negara telah membuat laporan yang tidak tepat mengenai Khairulnizam.
“Kita bukan apa, sebab sebelum ini sebuah akhbar perdana buat laporan yang tidak tepat dan mungkin abang (Khairulnizam) akan ambil tindakan.
“Contohnya, akhbar itu ada mengatakan yang abang menyembunyikan diri padahal itu tidak benar sama sekali,” ujarnya.
KL tiada Minyak
Beliau yang berucap kira-kira pukul 10.50 malam ini di Dewan Serbaguna, Taman Seri Keramat AU2, hanya sempat menyampaikan ucapannya kira-kira 10 minit sebelum memaklumkan kepada kira-kira 3,000 hadirin yang hadir bahawa beliau tidak sihat.
Terdahulu dalam ucapannya, Nik Abdul Aziz berkata, beliau berdoa semoga pintu hati pimpinan UMNO dibuka oleh Allah untuk memberikan royalti minyak kepada Kelantan.
Menurutnya, tindakan pemimpin Kerajaan Pusat yang diterajui UMNO untuk memberikan wang ihsan kepada Kelantan dan bukannya royalti, adalah tidak patut.
''Kuala Lumpur tidak mempunyai minyak walaupun setitik.
''Kuala Lumpur ambil minyak kita dan kemudian bagi wang ihsan kepada kita, sepatutnya kitalah yang bagi wang ihsan kepada dia,'' katanya.
Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz mendakwa, tindakan UMNO yang mengambil wang royalti minyak Kelantan untuk digunakan dalam kempen pilihan raya juga tidak akan menguntungkan mereka.
''Walaupun menggunakan wang, saya yakin orang ramai yang berpegang pada ajaran Islam tidak akan beralih menyokong UMNO,'' ujarnya.
2KG Gula Jak, Faham - BN
Beliau berkata sehubungan itu, pihaknya akan menempatkan pegawai secara bergilir di pintu masuk dan keluar Pulau Sebatik bagi memastikan peraturan itu dipatuhi.
"Mulai esok, mana-mana penduduk yang membawa gula melebihi dua kilogram akan dirampas," katanya kepada Bernama selepas melancarkan projek pengedaran barang perlu, penyeragaman harga LPG serta projek 'community Drumming' di Luasong, dekat sini pada hari Sabtu.
Beliau berkata tindakan itu dibuat berikutan maklumat daripada anggota Parlimen Tawau Datuk Abdul Ghapur Salleh kepada kementerian bahawa banyak barang kawalan terutama gula diseludup ke negara jiran melalui Pulau Sebatik.
Tan berkata tindakan itu adalah bagi melindungi keperluan rakyat di negara ini.
Mengenai tiga projek yang dilancarkan hari ini, beliau berkata kementeriaan bersetuju pada dasarnya untuk melantik Koperasi Bela Rakyat (Kobera) Dewan Undangan Negeri Sebatik untuk mengendalikannya, dan ia dijangka dilaksana Mac ini.
-- BERNAMA
Thursday, January 28, 2010
TV3 Bohong, Buta Sejarah ?
BULETIN TV3 1.30 petang 25 Januari lalu memaparkan sorotan sejarah mengenai peranan dan sumbangan Allahyarham Tun Ghazali Shafie melalui Suruhanjaya Cobbold dalam usaha merealisasikan Gagasan Malaysia pada 16 September 1963.
Ada maklumat yang kurang tepat digunakan dalam berita itu bagi menyampaikan fakta sejarah yang amat penting.
Antaranya maklumat ‘kemasukan North Borneo (Sabah) dan Sarawak ke dalam Malaysia’, sedangkan faktanya ialah ‘North Borneo (Sabah), Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu bersama membentuk negara bernama Malaysia (Singapura keluar gagasan ini dua tahun kemudian).’
Malaysia tidak wujud sehingga 16 September 1963 dan ini adalah fakta. Maklumat tepat memberi kefahaman jelas kepada rakyat Malaysia berhubung perkara yang menjadi hak eksklusif kedua-dua negeri ini.
Sebagai contoh, hal berkaitan imigresen. Kita perlu mendidik masyarakat untuk mendalami, meneliti, memahami dan menghargai sejarah bagi mewujudkan komuniti yang saling menghormati dan memahami melalui maklumat tepat di media massa.
AWANG DUERAMAN,
WP Labuan.
Tuesday, January 26, 2010
Pilihan raya Sarawak kian hampir?
Pengerusinya, Tan Sri Abd. Aziz Mohd. Yusof berkata, meskipun mandat memerintah kerajaan negeri hanya berakhir Jun 2011 namun berdasarkan pengalaman SPR, pilihan raya negeri biasanya diadakan lebih awal.
"Pilihan raya negeri Sarawak biasanya tidak diadakan dalam tempoh cukup-cukup mandat memerintah lima tahun itu.
"Sebenarnya selain Ketua Menteri Sarawak, SPR juga menemui Menteri Besar dan Ketua Menteri yang lain membincangkan pelbagai aspek dan isu berkaitan pilihan raya.
"Dan ketika bertemu dengan Tan Sri (Abdul Taib), saya menyatakan supaya dapat memberi kami notis yang cukup (sebelum pembubaran DUN) untuk menyediakan kelengkapan menghadapi pilihan raya," katanya.
Abd. Aziz berkata, beliau juga telah mengarahkan Pengarah Pilihan Raya Sarawak membuat persediaan awal untuk menghadapi pilihan raya negeri.
Antaranya, kata beliau, SPR negeri diminta menyediakan bajet pilihan raya yang cukup selain menentukan keperluan logistik yang tepat bagi mengelakkan kerumitan yang mungkin timbul.
"Demikian juga dari aspek kos pengangkutan termasuk kadar sewa perahu, helikopter dan jenis pengangkutan laut, sungai dan udara yang lain.
"Kami juga meminta supaya dikenal pasti syarikat-syarikat sewa yang sesuai untuk keperluan ini. Ini semua bagi mengelakkan pegawai SPR 'terperangkap' apabila keputusan pembubaran DUN dibuat dalam tempoh terdekat," katanya.
Oleh ZULKIFLI JALIL
Pilihan raya negeri Sarawak, BN diramal menang besar
Penyelaras, Pilihan Raya Bebas dan Adil (Mafrel), BK Ong berkata beberapa faktor akan menyumbang kepada kemenangan besar itu.
Antaranya, barisan pembangkang di Sarawak tidak bersatu, kekurangan jumlah pengundi muda dan kehadiran pembangkang di luar bandar yang hambar.
Menurut beliau, bagi mana-mana parti untuk menguasai Sarawak, mereka perlu memenangi kerusi-kerusi di kawasan luar bandar dengan memenangi hati penduduk berkenaan.
“Dalam aspek ini, BN Sarawak mendahului parti pembangkang seperti DAP dan PKR.
“Buat masa ini, kerusi luar bandar dianggap sebagai kawasan yang cukup selamat buat BN,” kata Ong yang juga mengetuai Rangkaian Pemerhati Pilihan Raya Malaysia (Meon) yang juga ditugaskan memantau pilihan raya Sarawak.
Meon ditubuhkan dengan keanggotaan daripada beberapa kumpulan pemerhati pilihan raya. Mereka termasuk Kesatuan Pengundi Malaysia, Pulau Pinang (MVUP), Institut Kebangsaan Pilihan Raya (NIEI), Komunikasi Masyarakat (Komas) dan Pilihan Raya Bebas dan Adil untuk Sarawak (Safrel).
Menurut Ong, walaupun PKR dan DAP bersatu melaui Pakatan Rakyat, namun kerjasama mereka tidak semantap BN.
“Pembangkang mungkin dapat merampas beberapa kerusi tetapi mereka tidak mampu menafikan BN daripada kemenangan dua pertiga.”
Menurutnya lagi, tidak seperti BN yang telah sepakat berhubung pembahagian kerusi, pakatan pembangkang masih terkial-kial dan tercari-cari calon yang bersesuaian.
“Pembangkang kini kesuntukan masa untuk mengemas kini senarai calon.
“Sepatutnya senarai calon seharusnya dimuktamadkan bagi membolehkan mereka bermesra dengan pengundi,” katanya.
Dewan Undangan Negeri Sarawak mempunyai 71 kerusi.
Pada pilihan raya negeri yang terakhir, BN memenangi 62 kerusi manakala parti-parti pembangkang cuma mampu menawan lapan kerusi.
Pilihan raya diramal April ini
Tarikh tempoh DUN Sarawak akan berakhir pada Mei 2011.
Bagaimanapun Ong dengan yakin meramalkan ia akan diadakan tahun ini, dengan jangkaannya pada April atau selewat-lewatnya September ini.
Keyakinannya itu berdasarkan kerja-kerja persiapan yang giat dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.
Seperti Sabah, Sarawak dilihat sebagai kunci utama bagi menjadikan impian Pakatan Rakyat menawan Putrajaya pada pilihan raya ke-13 menjadi kenyataan.
Meskipun pilihan raya negeri tidak akan menyaksikan perubahaan kuasa, namun ia adalah petunjuk awal sebelum kerajaan persekutuan itu boleh ditumbangkan.
Daripada 222 kerusi parlimen, Sarawak diperuntukkan 31 kerusi dan pada pilihan raya 2008, kecuali satu kerusi, yang lain diduduki oleh BN.
Sabah pula mempunyai 25 kerusi parlimen.
Menurut Ong, meskipun Pakatan Rakyat mungkin memenangi beberapa kerusi tambahan di Semenanjung pada pilihan raya akan datang, namun hasrat mereka menguasai kerajaan persekutuan akan terkubur jika gagal menembusi Sarawak.
Athi Shankar
Jan 26, 10
11:47am
Monday, January 25, 2010
AMARAN UNTUK BLOGGER PAKATAN RAKYAT
Ini adalah terjemahan surat yang telah dikirim oleh seorang pembaca kepada Malaysia Today dan telah disiarkan oleh Malaysia Today..
Oleh Wan (Putrajaya)
MT Admin,
Saya mempunyai maklumat yang boleh dipercayai bahawa lawatan ke India baru-baru ini oleh Najib dan delegasi Kerajaan (UMNO / BN) ujuan utamanya adalah untuk merekrut secara kontrak profesional IT dan hacker dari India selama 3 tahun . Dianggarkan bahawa lebih daripada 200 orang akan direkrut dan dibayar RM300 juta setahun.
Tugas mereka hanyalah untuk mengancam, memintas dan melumpuhkan blog-blog yang menentang kerajaan.
Oleh kerana Media Perdana dikuasai dan dikawal kerajaan manakala Internet dan blog-blog terletak diluar kawalan atau tidak dapat dikawal oleh kerajaan, kali ini Najib dan UMNO/BN yang telah kehilangan arah akan berusaha habis-habisan untuk melemahkan blog-blog anti-kerajaan dengan bantuan profesional IT dan hacker dari India untuk menghantar virus dan trojan ke alamat IP individu melalui pembekal perkhidmatan Internet Celcom dan TMnet .
Najib, Hishamuddin dan Rais Yatim, bersama dengan beberapa Menteri Kabinet UMNO / BN telah mengadakan rundingan tertutup dengan CEO - CEO dari Telekom dan Celcom untuk membincangkan perkara ini sebelum Najib berangkat ke india.
Tujuan mereka ialah untuk mempengaruhi kata laluan masuk, akses penerbitan tempatan,sistem melambatkan sistem, bahkan hingga memusnahkan data- data di dalam hard disk jika ada yang mengakses blog anti kerajaan dan juga menghalang laman-laman blog daripada menyiarkan berita-berita yang buruk tentang kerajaan.
Perkara ini tidak akan melibatkan blog-blog pro kerajaan kerana pemintasan akan dilakukan berdasarkan alamat IP dan POP Proxy individu. Jadi, jika anda mengakses blog pro-kerajaan, anda tidak akan terjejas.
Najib dan UMNO / BN akan memastikan bahawa Rakyat Malaysia tidak akan dapat mengakses berita dari sebarang portal-portal dan juga blog-blog anti-kerajaan dan laman tersebut tidak akan dapat menyiarkan sebarang berita yang benar tentang salah laku rasuah mereka dan strategi untuk menggulingkan Prakatan Rakyat di Internet .
Rais Yatim, Muhyiddin dan Hishamuddin baru-baru ini telah menyentuh mengenai Blogs, Facebooks, dan Twitters yang dikatakan boleh menghancurkan budaya kita.
Selain itu mereka juga merancang untuk membenarkan polis dan tentera untuk membuat permohonan bagi memiliki Mykad , sudah pasti tujuannya ialah bukan kerana subsidi petrol dan kegunaan lain tetapi sebagai pengundi UMNO/BN dalam pilihanraya yang akan datang.
Isu Kalimah Allah baru-baru ini juga dirancangkan oleh Najib dan UMNO untuk memperolehi lebih banyak sokongan Melayu.
Ini menjelaskan bahawa Najib dan UMNO akan mencuba segala cara untuk kekal berkuasa untuk terus merompak kekayaan Negara untuk jangkamasa yang lebih lama.
Khutbah-khutbah jumaat dan juga ceramah Ugama telah diarahkan agar menekankan tentang isu Kafir untuk tahun 2010 dan 2011 juga bertujuan untuk mendapatkan kembali sokongan masyarakat Melayu Islam terhadap UMNO.
Membeli ahli politik ,wakil-wakil rakyat dan pengundi dari Pakatan Rakyat juga merupakan sebahagian daripada rancangan mereka untuk melemahkan Pakatan Rakyat sehingga mereka boleh tetap berkuasa.
Mereka juga mempunyai rancangan untuk meningkatkan pendapatan dan elaun semua kerabat diraja secara diam-diam, untuk mendapatkan sokongan mereka untuk tetap berkuasa.
NAJIB CIPTA SEJARAH DENGAN LAWATAN RASMI KE CHENNAI
Isnin Januari 18, 2010
Oleh B. ANBUMANI (Yang Mengikuti Lawatan Rasmi Perdana Menteri Ke India)
LAWATAN empat hari Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke New Delhi dan Chennai mulai esok bakal mencipta satu sejarah baru di mana beliau merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama yang akan melakukan lawatan rasmi ke ibu kota Tamil Nadu di selatan India itu.
Sebelum ini, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mengadakan perjumpaan ringkas secara tidak rasmi dengan bekas Ketua Menteri Tamil Nadu mendiang M.G.Ramachandran ataupun lebih dikenali sebagai MGR, iaitu pelakon tersohor dalam dunia perfileman Tamil pada tahun 1983.
Akhbar-akhbar di India, sama ada yang berpusat di New Delhi atau Chennai, sudah mula memberikan liputan yang luas mengenai lawatan Najib yang mereka sifatkan sebagai "Perdana Menteri Reformasi".
Media di India melaporkan bahawa lawatan Najib buat pertama kali sejak dilantik sebagai Perdana Menteri keenam Malaysia akan memberi harapan baru dan suntikan semangat yang lebih meyakinkan dalam memperkasakan lagi hubungan dua hala.
Lawatan julung kali oleh seorang Perdana Menteri Malaysia ke Chennai pula bukan sahaja dinanti-nantikan oleh masyarakat India di Tamil Nadu malah masyarakat India di Malaysia juga begitu tertarik dengan pendekatan Najib untuk berada di Chennai.
Ini adalah kerana masyarakat India di Malaysia mempunyai pertalian yang akrab dengan Tamil Nadu sejak bertahun-tahun lagi dari aspek pertalian darah, persaudaraan, kebudayaan, agama dan perniagaan.
Justeru itu, lawatan Najib ke Tamil Nadu dijangka akan mendapat liputan yang luar biasa kali ini.
Adalah difahamkan ramai juga ahli perniagaan dari Malaysia yang menjalankan perniagaan di Chennai mahupun di Malaysia "tersentuh" dengan keputusan Najib untuk melawat Chennai.
"Beliau telah membuktikan dirinya sebagai Perdana Menteri untuk semua kaum melalui gagasan Satu Malaysia. Biasanya New Delhi yang menjadi tumpuan tetap. Inilah buat pertama kali seorang perdana menteri Malaysia akan melakukan lawatan rasmi ke Chennai.
"Dasar keterbukaan Najib akan memberikan satu lembaran baru antara Malaysia dan Tamil Nadu," kata seorang ahli perniagaan dari Malaysia yang menjalankan perniagaan tekstil di Kuala Lumpur.
Apa yang pasti kehadiran Najib di Chennai ketika musim perayaan ponggal (musim menuai) sekarang di Tamil Nadu bakal memberikan satu harapan baru kepada kedua-dua pihak.
Kemuncak lawatan di Chennai ialah pertemuan antara Najib dengan Ketua Menteri Tamil Nadu, Kalaignar M. Karunanidhi yang bakal mencatat satu lagi sejarah baru dalam hubungan antara Kuala Lumpur dan Chennai.
Kalaignar merupakan seorang pemimpin terkemuka di kalangan masyarakat India di seluruh dunia. Beliau juga merupakan seorang penyair, penulis, tokoh kesusasteraan India yang disegani dan juga dihormati di kalangan masyarakat India di merata dunia.
Pertemuan antara Najib dan Kalaignar dijangka akan menjurus kepada isu-isu yang berkaitan dengan visa pelancongan untuk pelancong Malaysia dan India, peluang perniagaan di Chennai dan Kuala Lumpur dan masalah permit melibatkan sektor perniagaan kecil seperti di restoran, kedai gunting rambut dan sebagainya.
Perdana Menteri juga dijadualkan mengadakan perjumpaan dengan ahli-ahli perniagaan Malaysia serta para pelajar Malaysia dan ini merupakan kali pertama para pelajar itu berpeluang untuk bersemuka dan berinteraksi dengan beliau.
Selain berucap di forum "16th CII Global Partnership Summit 2010" bertajuk "Hubungan Serantau dan Persaingan", Najib dijangka mengadakan rundingan meja bulat dengan beberapa ahli-ahli perniagaan yang tersohor di India dan seterusnya merasmikan Ekspo Hartanah Malaysia di Chennai.
GoMobile sejajar matlamat PM = 19/03/2010 = BERNAMA
KUALA LUMPUR 18 Mac - Pameran GoMobile, yang akan diadakan tidak lama lagi di India, adalah sejajar dengan matlamat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk meningkatkan perniagaan antara kedua-dua negara.
Timbalan Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, B.N. Reddy berkata, rakan sejawatan Najib, Manmohan Singh turut melahirkan hasrat untuk menambah baik inisiatif perniagaan.
Ini berlaku semasa kunjungan Najib ke India baru-baru ini, negara dengan jumlah penduduk seramai 1.14 bilion.
GoMobile merupakan acara gaya hidup mudah alih terdiri daripada tiga komponen iaitu pameran pengguna, perdagangan dan jualan, persidangan GoMobile dan Makan Malam Gala, di mana para personaliti dari industri mudah alih berkumpul setiap tahun.
"Acara itu kini diperkembangkan ke India selepas kejayaan yang dicapai semasa tiga tahun ia diadakan di Malaysia.
"Beralih ke India juga merupakan satu inisiatif untuk membantu mencapai sasaran satu bilion pelanggan mudah alih menjelang 2013, yang ditetapkan oleh kerajaan India," kata Reddy selepas majlis permeterian untuk melantik Mira Consulting Incorporated Sdn. Bhd. sebagai rakan kongsi dilantik GoMobile bagi India oleh Commtechasia Sdn. Bhd.
Commtechasia merupakan penganjur Pameran GoMobile Malaysia.
Turut hadir di majlis itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Multimedia Development Corporation (MDeC), Datuk Badlisham Ghazali.
Menurut Reddy, India merupakan pasaran mudah alih paling pantas berkembang di dunia, dengan lebih 550 juta pelanggan, dan pertumbuhan bulanan yang kukuh iaitu pada 15 peratus.- BERNAMA
Lawatan Najib Ke Chennai Hargai Rakyat Malaysia Keturunan India
Sabtu Januari 23, 2010, - BERNAMA
CHENNAI: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang melakukan lawatan bersejarah ke Chennai, berkata ia sebagai menghargai rakyat Malaysia keturunan India kerana majoriti mereka mempunyai hubungan kebudayaan dengan Tamil Nadu, sebuah negeri di India. "Lawatan saya berakhir di Chennai, bukan secara kebetulan tetapi memang dirancang kerana Chennai, Tamil Nadu ialah negeri asal ramai rakyat Malaysia keturunan India. "85 peratus rakyat Malaysia keturunan India adalah daripada etnik Tamil dan lawatan saya untuk mengiktiraf sumbangan rakyat Malaysia keturunan India kepada pembangunan Malaysia," kata Najib yang telah pulang ke tanah air awal pagi tadi untuk menghadiri istiadat pemakaman Sultan Johor Almarhum Iskandar Ibni Sultan Ismail yang telah mangkat di Johor Baharu malam tadi.
Najib memulakan lawatan rasminya yang pertama sebagai Perdana Menteri Malaysia mulai 19 Januari lepas yang sepatutnya berakhir hari ini.
Berucap pada majlis makan malam sempena lawatan ke Chennai itu, Najib berkata adalah penting untuk mengiktiraf mereka yang telah memberikan sumbangan kepada pembinaan negara tanpa mengira latar belakang etniknya.
"Jadi lawatan ini penting, untuk 52 tahun kita tidak ada (Perdana Menetri Malaysia) melawat Chennai, saya adalah yang pertama melawat," tambah beliau.
Beliau juga memberi jaminan kepada rakyat Malaysia keturunan India bahawa nasibnya akan ditangani dan kerajaan telah dan akan meneruskan dasar-dasar untuk membantu mereka yang memerlukan. "Kita telah dengar seruan, rakyat Malaysia keturunan India ada sedikit ketidakpuasan hati dengan kerajaan Malaysia sebelum ini, tetapi kita akan melakukan lebih banyak untuk masyarakat India," kata beliau.
Perdana Menteri menambah bahawa beliau tidak melawat India untuk mendapatkan kegemilangan tetapi sebaliknya bagi mengadakan hubungan dengan kerajaan India dan rakyat, dan kedatangannya disambut dengan meriah di New Delhi dan Chennai.
Selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin India semasa lawatan empat hari ke India itu, Najib berkata ramai yang teruja cara rakyat Malaysia keturunan India maju di negara angkatnya, dan mereka tidak percaya dengan kempen mencemarkan Malaysia oleh sesetengah kumpulan terhadap kerajaan Malaysia.
Ketua Menteri Tamil Nadu M. Karunanidhi dan malah pemimpin pembangkang parlimen India Sushma Sawraj daripada Parti Nasionalis Hindu Bharatiya Janata (BJP) berkata mereka tidak percaya cerita buruk disebarkan oleh sesetengah rakyat Malaysia di India.
Beliau menggesa semua kumpulan etnik bekerjasama bagi menjadikan Malaysia menjadi sebuah negara yang kompetitif, sebagai negara jiran yang pesat membangun dalam bidang ekonomi. "Tidak kira apa warna kulit anda, apa yang penting ialah apa yang ada dalam jiwa anda, apa yang ada dalam minda anda. "Tidak kira etnik anda, tanah air ialah Malaysia," kata beliau, sebagai mengakhiri lawatannya sebelum berlepas pulang ke Malaysia malam tadi.-BERNAMA
Sunday, January 24, 2010
Peranan Setiausaha Akhbar Pakatan Rakyat
PAS Kelantan dicadangkan agar menubuhkan Jabatan Perhubungan Awam dengan melantik seseorang sebagai jurucakap bagi menangani pelbagai isu yang ditimbulkan pihak dalaman PAS maupun serangan dari luar.
Demikian dinyatakan oleh pensyarah kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah di Bengkel Mengenal dan Menghadapi Media Massa anjuran Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan, di sini, semalam.
Menurutnya, kebanyakan parti politik negara ini tidak mempunyai jabatan perhubungan awam sendiri, malah apa-apa isu yang dibangkitkan kebanyakannya hanya dijawab oleh mereka yang tidak berpengalaman.
Oleh itu, katanya timbullah pendapat yang berbeza dan ini telah diambil oleh media massa untuk dimanipulasikan serta dapat melariskan akhbar mereka.
Beliau juga menggesa pimpinan kerajaan negeri dan parti seharusnya dapat mendampingi golongan media dan tidak boleh memulaukan mereka.
Tambahnya, ini kerana sehingga kini tidak adapun media yang boleh dihapuskan oleh ahli politik tetapi yang jelas media dapat menjatuhkan seseorang atau ahli politik.
“Wakil-wakil rakyat PAS Kelantan mesti bersikap mesra media dan mereka seharusnya dapat membezakan tiga jenis media iaitu media massa, media baru dan media terkini agar tidak terkeliru dalam menjawab pelbagai isu yang ditanya oleh wartawan,” ujar beliau.
Sementara itu, pengulas bengkel, Ketua Pengarang Harakahdaily, Zulkifli Sulong berkata, bermula tahun 1990 hingga kini, akhbar milik parti seolah-olah dipinggirkan oleh pimpinan parti dan wakil-wakil rakyat.
Ini, katanya kerana ada di kalangan mereka apabila dihubungi sentiasa memberi alasan dan seolah-olah memandang rendah terhadap wartawan media parti.
Beliau juga berharap negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat agar membuat penilaian teliti dalam memilih seorang setiausaha akhbar kerana peranannya amat tinggi dalam mempertahankan sesebuah kerajaan.
“Peranan setiausaha akhbar adalah amat penting dalam menangani serangan media massa terutamanya dalam menghadapi pelbagai krisis, mereka inilah yang menjadi tumpuan para media dalam mendapat ulasan pemimpin sesebuah negeri,” katanya lagi.
Bengkel tersebut dihadiri oleh wakil-wakil rakyat, penyelia Dun, pegawai-pegawai khas Exco negeri, pengarah jabatan dan kakitangan Urusetia Penerangan Negeri yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi negeri, Dr Muhammad Fadzli Hassan.
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=24451:pas-kelantan-dicadang-tubuh-jabatan-perhubungan-awam&catid=51:negeri-kelantan-darul-naim&Itemid=96
Mohd Nor Yahya |
KOTA BHARU, 24 Jan: |
Wednesday, January 20, 2010
Konsep Bandar Masdar di Malaysia
|
|
Perdana Menteri berkata, kerjasama itu akan membabitkan pelaburan awal bernilai RM340 juta bagi membangunkan sebuah bandar hijau seperti bandar Masdar di sini yang dikenali sebagai ‘bandar bebas karbon.’
Perjanjian kerjasama tersebut membabitkan 1Malaysia Development Berhad (IMDB) dengan Masdar, anak syarikat Mubadala Development Company yang juga merupakan syarikat penyelidikan dan pembangunan tenaga masa depan.
“Saya merasakan mereka menunjukkan hasrat yang begitu tinggi apabila menandatangani perjanjian kerjasama untuk melaksanakan kaedah dan konsep bandar Masdar tetapi dalam skala lebih sederhana di Malaysia,” katanya.
Najib berkata demikian kepada wartawan Malaysia di sini hari ini pada hari terakhir lawatan rasmi selama empat hari ke UAE, termasuk menyampaikan ucaptama di Sidang Kemuncak Tenaga Masa Depan Sedunia, semalam.
Perdana Menteri berkata, kerjasama Masdar dengan IMDB akan menggunakan teknologi hijau terkini dan juga mengambil manfaat daripada pelaburan dan kepakaran syarikat UAE itu dalam teknologi hijau.
“Kita tidak perlu melabur dalam bidang ini tetapi gunakan kepakaran mereka untuk sama-sama membangunkan bandar hijau seperti Masdar di Malaysia,” katanya.
Beliau bagaimanapun berkata, mereka belum mengenalpasti lokasi bandar yang akan dimajukan kerana ia bergantung kepada perbincangan antara kedua-dua syarikat.
“Ia diharap dapat diputuskan sebelum kunjungan Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohammed Zayed Al Nahyan ke Malaysia nanti supaya baginda dapat menyaksikannya,” katanya.
Perjanjian kerjasama antara IMDB dan Masdar itu telah ditandatangani dua hari lepas untuk terlibat dalam projek-projek teknologi hijau dan mengurangkan pencemaran.
Pada majlis itu, IMDB diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shahrol Halmi dan Masdar diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Sultan Ahmed Al Jaber.
Dalam pada itu, Shahrol berkata, teknologi hijau merupakan sektor yang semakin penting dalam pembangunan ekonomi di masa depan dan kerjasama dengan Masdar akan mendedahkan Malaysia dan IMDB kepada pembangunan teknologi mampan bertaraf dunia.
“Adalah hasrat kami untuk mengkaji dan menilai peluang-peluang perniagaan berkaitan teknologi hijau termasuk pembangunan bandar raya bebas karbon yang mesra alam di Malaysia,” katanya dalam kenyataan akhbar.
Dr. Sultan pula berkata, Masdar komited dalam membina pakatan strategik dan membina rangkaian di seluruh dunia untuk mempopularkan teknologi hijau dan kuasa yang mesra alam untuk kehidupan masyarakat lebih mampan.
Tuesday, January 19, 2010
Yahudi Dominan DI TV3
Cadangan: Adalah lebih baik kalau anda boleh tonton kembali AJL 24 di website www.tv3.com.my selepas anda baca apa yang saya dapati dari siaran tv tersebut.
1) Pertama sekali, sila perhatikan gambar dibawah ini;
Apa persamaan dengan scene yang disnapshot ini?
Adakah ini satu kebetulan?
2) Yang kedua, anda juga mungkin dapat lihat apa persamaan penari-penari ini dengan salah satu dari kerabat-kerabat firaun yang dipercayai oleh mereka mempunyai suatu yang berkuasa?
Mungkin anda tidak hairan kerana sudah terlalu banyak kostum ala-ala bangsawan firaun selalu dipakai dalam acara-acara sebegini. Tapi, mengapa ingin dipertontonkan sangat si firaun yang telah dilaknat ini? Untuk mengetahui jawapannya, anda perlu buka fikiran anda dan fikirkan tentangnya..
3) Yang ketiga, Alyah yang merupakan finalis AJL 24 mengenakan gaun merah ala-ala lady in red.
Ingatkah anda lady in red? Mungkin ada diantara kita yang kurang tahu. Jom kita saksikan video di youtube apa itu lady in red.
Jadi apa yang dipakai oleh Alyah? Mungkin ada di antara kita kurang senang dengan persamaan ini, terpulang kepada anda. Bagi saya ini merupakan satu rancangan tertutup dan saya juga percaya yang di atas pentas itu juga tidak tahu menahu mengenai semua ini. Kebetulan? saya kata tidak.
Jom kita lihat apa yang seterusnya. Anda mungkin ada yang sudah tahu mengenai the Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor, tetapi bagi yang belum tahu, sila ambil tahu. Ini adalah gambaran jelas mengenainya.
Adakah ia juga ada di AJL 24? Ya, memang ada.
* ketika persembahan Jeffry din
Kenapa dihamparkan juga? Ini juga terdapat di tali pengikat gitar yang dipakai oleh Bunkface dan beberapa orang guitarist yang lain. Cuba lihat gambar di atas.
Dan apa pula ini?
Ini adalah merupakan logo salah sebuah kumpulan nyanyian di Malaysia. Anda dan saya mungkin sudah sebati dengan nama Search. Terlalu ketara persamaannya. Saya tidak perlu menulis panjang kerana anda telah berfikir dan terfikir apa yang saya akan tulis.
Lihat ditangga turun naik di atas pentas ini. Terdapat susunan cahaya berbentuk piramid. Lihat snapshot di bawah
Pembaca sekelian, selalu dikatakan, ini hanya merupakan satu kebetulan sahaja. Tapi benarkah ia sebagai satu kebetulan? Kalau anda teruskan pandangan anda seperti itu, anda mungkin salah seorang mangsa makhluk perosak yahudi. Saya percaya bahawa apa-apa yang terjadi hari ini, bukan lagi kebetulan bahkan ia diatur sebaik mungkin. Untuk apa? bagi memperlihatkan kepada anda bahawa ia suatu kebetulan. Bebaskan minda anda.
http://idhamlim.blogspot.com/2010/01/anugerah-juara-lagu-24.html
Monday, January 18, 2010
APABILA DUA RAJA BERTEMBUNG
RAJA PETRA VS RAJA DI MALAYSIA
KPN, Musa Hassan sedang memulakan satu ekspedisi memancing. Dia menyuruh semua pegawainya untuk menimbangkan semua cara bagi menangkap saya. Masalahnya adalah ramai antara pegawainya yang menyalurkan maklumat kepada saya, dan bukan kepadanya. Jadi, saya tahu apa yang dilakukannya pada pagi ini, malah apa yang sedang dia lakukan ketika anda membaca artikel ini.
Musa Hassan menyangka bahawa para pegawainya memantau pergerakan saya. Sebenarnya, tak satu pun daripada pegawainya yang benar-benar tahu akan kedudukan saya. Sebaliknya, saya mempunyai orang dalam yang memantau pergerakannya dan membuat laporan harian kepada saya tentang segala aktiviti yang berlaku di tingkat atas ibu pejabat polis di Bukit Aman.
Pada mulanya, mereka fikir bahawa mereka dapat menggunakan anak saya bagi menjerat saya. Mereka memukul anak saya bagi memaksanya mengaku bersalah atas pelbagai pertuduhan jenayah. Tetapi apabila kes itu dibawa ke mahkamah, anak saya mendedahkan bahawa beliau telah dipukul dan dia menukar pengakuannya kepada tidak bersalah. Jadi, mereka tiada pilihan, selain membiarkan perbicaraan diteruskan. Nah, semasa perbicaraan itulah terungkapnya hakikat bahawa dakwaan terhadap anak saya adalah tidak benar.
Mereka kemudiannya menangguhkan perbicaraan itu dan menghantar anak saya kembali ke Penjara Sungai Buloh, di mana dia terus dibelasah. Akibatnya, anak saya naik gila, lalu terpaksa dihantar ke wad psikiatri. Dia kemudiannya diasingkan kerana dianggap sebagai terlalu berbahaya untuk dibenarkan bergaul dengan lain-lain tahanan.
Ya, mereka sangka bahawa mereka dapat menyembunyikan perkara ini daripada saya. Tetapi akhirnya, saya dapat tahu juga. Bagi saya, terpulanglah kepada pihak polis jika mereka ingin membunuh anak saya. Memanglah ini pernyataan yang saya kesali, namun anak saya adalah korban perjuangan. Sebenarnya, kita semua adalah korban perjuangan. Adakalanya, dalam perjuangan, nyawa perlu dikorbankan, sekalipun ia membabitkan nyawa anak kita sendiri.
Kita tentu pernah membaca suatu kisah semasa era Empayar Islam di Madinah, yang mana seorang ibu diberitahu bahawa anak lelaki terakhirnya telah syahid dalam peperangan. Dia menangis apabila diberitahu bahawa semua anak lelakinya sudah tiada. Tetapi dia sebenarnya menangis kerana dia tidak lagi mempunyai anak lelaki untuk dikorbankan demi perjuangan.
Inilah dasar kepercayaan kita. Perjuangan adalah lebih penting daripada segala-galanya. Adakah mereka fikir bahawa dengan membalun anak saya, maka masalah mereka akan selesai? Apa mereka fikir ia akan ‘menjinakkan’ saya? Tidak sekali-kali, malah ia akan menguatkan semangat saya kerana kini, bukan hanya perjuangan yang menjadi matlamat saya, malah ia melibatkan keadilan; darah mesti dibayar dengan darah jua.
Musa Hassan menyangka bahawa hanya kerana dia adalah pegawai tertinggi PDRM, maka itu juga bermakna bahawa dialah polis terpintar di Malaysia.
Anda nak tahu bagaimana cara polis yang pintar menjalankan siasatan? Meh saya beritahu rahsianya. Nak tahu apa yang dilakukan oleh Kevin Morais, Ketua Pendakwaraya SPRM semasa Krismas tempoh hari? Mesti anda tak tahu, bukan? Kalau anda nak tahu, dia merayakan Krismas dan Tahun Baru dengan kawan lelaki berbangsa Inggeris yang bertahun-tahun lebih tua daripadanya di Bromley, Kent, United Kingdom. Mesti anda tak tahu, bukan?
Musa Hassan, aku tahu bahawa kau mengugut para pegawai polis yang menandatangani Akuan Bersumpah yang menyabitkan hubungan kau dengan kongsi gelap Cina untuk mengubah kenyataan mereka, dan mengisytiharkan bahawa akuan berkanun mereka itu adalah pembohongan semata-mata.
Ah, dah terlambat pun. Akuan Bersumpah tu dibuat dua tahun yang lalu. Kalau nak suruh tarik balik, sepatutnya kau buat macam dengan Bala dulu… sehari selepas Akuan Bersumpah pertama keluar, Akuan Bersumpah kedua ditandatangani.
Adakah kau nak menafikan hal ni dan mengatakan bahawa RPK dan Malaysia Today berbohong? Jika ya, maka aku akan paparkan salinan semua dokumen-dokumen tu untuk membuktikan bahawa kaulah yang menipu. Bahkan kau dah digelar sebagai pembohong oleh Mahkamah Tinggi Sabah, dan dalam sedikit masa lagi, aku akan memaparkan bukti mengenai perkara ni dalam artikel yang lain.
Mereka yang berada di tampuk kekuasaan sedang berusaha meyakinkan kau untuk bersara dan seterusnya menjadi Duta Besar. Mungkin tulah yang sebaik-baiknya, memandangkan sebagai seorang anggota polis, kau memang tak boleh harap. Tapi kenapa Duta Besar? Mengapalah orang tak guna seperti si gatal yang suka meraba sering dilantik sebagai Duta Besar.
Dua negara yang sesuai untuk kau sebagai Duta Besar adalah Haiti ataupun Mongolia. Dah pasti orang Mongolia akan menyambut baik orang yang menghancurkan bukti pembunuhan Altantuya demi memastikan pembunuh sebenar terlepas dari hukuman.
Jadi, apakah rancangan kau sekarang, wahai Musa Hassan? Adakah kau akan mengemukakan 'bukti' bahawa aku memaparkan akuan-akuan berkanun palsu oleh pegawai polis, yakni supaya aku boleh didakwa di bawah Akta Multimedia? Kenapa kau tak buat begitu bagi akuan bersumpah aku sendiri? Mengapa aku disiasat atas sebab menandatangani akuan bersumpah palsu dan kemudiannya mendakwa aku melakukan Fitnah Jenayah, yang mana kebenaran akuan bersumpah tu tak material dalam dakwaan tersebut? Adakah kau takut bahawa kebenaran akan terungkap kalau kau mendakwa aku atas kesalahan menandatangani akuan bersumpah palsu?
Kau ingat aku tinggalkan Malaysia secara haram ataupun dengan menggunakan pasport palsu ataupun pasport asing. Kau tak pasti. Kau fikir aku memasuki negara lain dengan menggunakan pasport palsu ataupun pasport asing. Kau tak pasti. Malah kau tak tahu sama ada aku masih berada di negara ni ataupun tak kerana kau tak pun menemui sebarang bukti yang menunjukkan bahawa aku berada di luar negara.
Polis jenis apa kau ni? Kau naik angin kerana kononnya aku memperbodohkan kau, walhal kau memperbodohkan diri kau sendiri. Rancangan kau adalah berasaskan andaian, tetapi kau sendiri tak pasti sama ada andaian kau tu betul ataupun tak.
Aku tahu lebih banyak tentang aktiviti kau berbanding dengan pengetahuan kau tentang aktiviti aku. Sebenarnya, lebih ramai pegawai kau yang menyalurkan maklumat kepadaku daripada kepada kau. Kau cuma tahu meneka lokasi aku dan rancanganku, sedangkan aku tahu segala gerak geri kau. Malah aku tahu bahawa ketua kuncu kau, Kevin Morais, sedang berseronok dengan seorang lelaki lain di ketika kau sangka kau dah berjaya memerangkap Dato' Ramli Yusuff dan Rosli Dahlan.
Musa, kau ingat kau lagi pandai daripada akukah? Aku tahu kau mendakwa seorang pegawai polis India atas pembunuhan Kugan sedangkan sebenarnya, terdapat tiga pegawai polis yang melanyaknya hingga mati di Balai Polis Subang Jaya. Kenapa hanya seorang pegawai polis berbangsa India yang didakwa? Kenapa tak dakwa lagi dua orang pegawai polis Melayu yang juga terbabit? Adakah ia kerana kau takut kes tu mungkin berubah menjadi isu perkauman jika semua orang tahu bahawa dua pegawai polis berbangsa Melayu juga memukul Kugan sampai mati? Jadi, adakah jika pegawai polis India membunuh seorang India yang lain, maka kerajaan kekal ‘selamat’? Kau fikir kita orang semua dah lupa bahawa pada mulanya, 11 pegawai polis 'digantung kerja' dan diberi tugas pejabat dek kerana kes Kugan?
Musa Hassan, kau bukan taraf aku, malah jadi Pegawai Penyiasat pun kau tak layak. Sejak 11 tahun yang lalu, aku dah jumpa ramai daripada Pegawai Penyiasat kau. Jadi, memang aku tahu bahawa kau tak setaraf dengan dia orang. Terima sajalah tawaran untuk bersara dan kemudian dilantik sebagai Duta Besar ke Haiti ataupun Mongolia… aman sedikit PDRM. Pada hari bersejarah tu nanti, seluruh pasukan polis akan mengadakan Mardi Gras selama 30 hari. Percayalah cakap aku. Aku tahulah… sebab pegawai kau semuanya beri maklumat kepadaku. Translated into BM by Jason Cheng:
Umpan Musa Hassan tak mengena
NO HOLDS BARRED
Raja Petra Kamarudin
UMNO KEMARUK PRAYA DI PULAU PINANG
Setiausaha BN negeri, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, perkara itu tidak mustahil kerana kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada bila-bila masa.
“Ia boleh berlaku. Kita pun ada contoh seperti di Sabah dan Sarawak. Jadi jika pentadbiran kerajaan negeri nak buat macam itu, mereka boleh buat sebab ada kuasa di negeri ini,” katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita pada Majlis Makan Malam 1Malaysia Pemuda BN Pulau Pinang yang turut dihadiri Naib Pengerusi Gerakan negeri, Tan King Chee dan Setiausaha MCA negeri, Tan Hiang Joo di sini malam tadi.
Sehubungan itu, beliau menggesa semua parti komponen BN di negeri ini supaya merancakkan lagi program yang merapatkan hubungan bukan sahaja dalam kalangan ahli parti tetapi juga rakyat negeri ini.
“Sudah tiba masanya untuk semua ahli BN belajar daripada kesilapan lalu,’’ tegasnya.
MUHYIDDIN JANJI PRU LEBIH AWAL
Timbalan Perdana Menteri berkata masyarakat kini terutamanya generasi muda yang kebanyakannya berpendidikan tinggi mempunyai pemikiran yang berbeza dengan generasi terdahulu dalam soal politik.
"Sebab itu kita tidak boleh lagi statik. Kita tidak harus ikut cara lampau kerana cara lampau walaupun sudah berhasil, tetapi tidak lagi sesuai dan sebahagiannya mungkin tidak diterima oleh generasi baru," katanya ketika berucap pada majlis Makan Malam 1Malaysia anjuran Umno Titiwangsa di sini Ahad malam.
Muhyiddin berkata golongan muda ketika ini mempunyai jangkaan (expectation) yang tinggi terhadap kerajaan.
"Kita perlu mengambil kira tuntutan mereka. Sekarang tuntutan mereka jauh lebih tinggi. Tidak seperti masa lampau. Jadi kita berdepan dengan profil rakyat Malaysia yang berlainan," katanya.
Timbalan Perdana Menteri berkata kemenangan tipis BN pada pilihan raya umum yang lepas dan kejatuhan empat negeri di tangan pembangkang perlu ditebus semula pada pilihan raya umum akan datang.
Untuk itu, katanya, parti-parti komponen perlu bermula daripada sekarang untuk mendapatkan kembali sokongan rakyat terhadap BN dan bukan hanya bertindak ketika pilihan raya umum semakin hampir.
"2013 menjelang Mei jika saya tak silap adalah bulan terakhir penggal lima tahun.
"Biasanya Perdana Menteri tak tunggu sampai akhir. Jika mahu tunggu tahun itu baru nak mula, sori...dah terlambat," katanya.
-- BERNAMA
LAGI MENINGGAL TERJATUH DIBILIK AIR
KUALA LUMPUR 17 Jan. – Penolong Pengarang Berita Utusan Online, Faridah Hashim (gambar), 49, meninggal dunia selepas terjatuh di bilik air di kediamannya di Bandar Baru Bangi, dekat sini awal pagi ini.
Menurut suaminya yang juga Pengarang Prosesan Utusan Malaysia, Khalid Saad, Allahyarham yang mengadu sakit kepala dan ingin berehat di bilik tingkat atas rumahnya ditemui terjatuh dalam bilik air oleh anak perempuannya.
Sebelum itu, menurut Khalid, beliau yang dalam perjalanan pulang ke rumah dari pejabat di Jalan Chan Sow Lin di sini dimaklumkan oleh anaknya yang Allahyarham mengalami komplikasi kesihatan.
‘‘Sebaik saya sampai di rumah, Allahyarham masih boleh bercakap dan memberitahu sakit kepala dan ingin berehat di bilik. Bagaimanapun, dia terjatuh dalam bilik air,’’ katanya.
Khalid yang cuba memberi bantuan pernafasan kemudiannya membawa Allahyarham ke Hospital Serdang.
Bagaimanapun Allahyarham disahkan meninggal dunia sebaik sampai di Hospital Serdang kira-kira pukul 2.35 pagi.
Allahyarham memulakan karier wartawan di akhbar tabloid Bintang Timur dari 1979 sehingga tahun 1980-an.
Beliau kemudiannya menyertai Utusan Malaysia setelah penerbitan akhbar tabloid itu dihentikan operasinya.
Allahyarham memulakan karier kewartawanan di Utusan Malaysia sebagai pemberita di meja mahkamah pada 1984.
Antara berita penting yang pernah dilaporkan Allahyarham adalah kes UMNO diharamkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 1988.
Allahyarham kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai Penolong Pengarang Berita, Penolong Pengarang Meja Luar Negara sebelum ditukarkan ke meja Utusan Online, unit suplemen dan unit prosesan Utusan Malaysia.
Allahyarham kemudiannya ditukarkan semula ke unit Utusan Online sebagai Penolong Pengarang Berita sejak Mei 2009.
Beliau meninggalkan dua anak lelaki dan dua perempuan berusia antara tujuh hingga 20 tahun. Jenazahnya selamat dikebumikan di tanah perkuburan Sungai Tangkas, Bangi selepas Asar petang ini.
Turut menziarahi jenazah Allahyarham ialah Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak dan bekas Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Khalid Mohd.
ALFATIHAH...