JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Sunday, April 24, 2011

“AC Mizal nak masuk liang lahad pun orang tak peduli…”

KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelakon ‘terkenal’, AC Mizal menggamatkan dunia maya, apabila beritanya menyertai Umno tersebar petang ini.

Berita yang turut dimuat naik dalam portal Malaysikini itu turut menerima reaksi pembaca, majoritinya berpandangan negatif.

Lebih kelakar dan mencuit hati, AC dilapor membuat kenyataan turut ditawar menyertai sebuah parti pembangkang serta dijanjikan jawatan tinggi.

Bagaimanapun, katanya, beliau menolaknya kerana tidak bersetuju dengan ‘dasar’ yang diperjuangkan parti berkenaan.

Akibatnya, kenyataan AC itu menerima kecaman di ruangan komen berita itu oleh pembaca-pembaca Malaysiakini.

Seorang pembaca bernama Mohd Hishamuddin Hasan berkata, “Orang bisnes mana boleh menunjuk-nunjuk sangat condong ke arah parti mana. Projek gelang sakti dia tu jangan lupa orang PR pun ramai yang melabur kat gelang dia tu. Ayuh orang PR.. boikot je diri korang dari menyokong bisnes mamat ni..dah pilih Umno tu jangan nak kutuk pihak lain pulak. Diam-diam sudah,” katanya.

Manakala seorang pembaca bernama Rusidah Salim Shida pula berkata “Sesuai ke ko duduk dalam pembangkang? Isyyy… tolong tengok cermin ok!,” katanya.

Bagi seorang pembaca bernama Mus Mulyadi Trisno pula, beliau berkata “Pembangkang pun tolak dia, pembangkang tak minat dia ni..”

Manakala seorang pembaca bernama Ipoh Mali pula, mendakwa bisnes yang dijalankan Ac, menipu orang ramai dan turut menghubungkan alamat sebuah blog yang memuatkan cerita itu.

“Jenis Penipu Mcm AC Mizal elok masuk UMNO.. Kah Kah.. Jual gelang modal RM40.. Jual RM1000.. telan /tipu ramai peniaga melayu! Baca sini penipuan AC MIZAL http://www.zonartis.com/panas-ac-konsortium-milik-ac-mizal-penipu.

Seorang pembaca bernama Otman Leh pula menulis “Umno pilihan tepat bagi AC Mizal. Kalau pilih parti lain, alamatnya susah nak dapat kontrak atau projek. Dia kata Umno parti yang mengamal keadilan, tapi untuk ahli dan pengikut Umno saja.. kalau kamu tak sokong Umno, siap kamu boleh bungkus..,”

Mohd Rozany Abdullah lebih mencuit hati, tetapi agak kasar apabila membuat komen demikian “woi AC, hang nak masuk liang lahad pun aku peduli apa..bodo*,” katanya.

Berbanding Ac Mizal, Selebriti terkenal Mohd Hakim Lokman atau lebih dikenali sebagai Bob Lokman menyertai PAS pada 19 Februari lalu.

Namun, penyertaan Bob Lokman itu lebih kepada perjuangan Islam dan bukan kerana desakan wang.

"Saya tahu risiko itu, tapi saya serahkan rezeki saya bulat-bulat pada Allah," kata Bob Lokman yang diajukan soalan adakah beliau tidak bimbang rezekinya terjejas kerana menyertai PAS.

Beberapa bulan sebelum menyertai PAS, Bob Lokman lebih banyak membawakan watak seorang alim dalam lakonan berbanding watak lain termasuk pelawak yang dipegangnya sebelum itu.

Sementara itu, Juara Akademi Nasyid, Azhar Atan dilarang sama sekali muncul di media khasnya RTM. Pendedahan ini penulis kutip darinya semasa menemubual beliau pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Tenang Januari lalu.

Azhar menjelaskan, halangan itu diterimanya hanya kerana beliau rapat dengan PAS.

Hairan sungguh, artis yang membawakan lagu keTuhanan dilarang, tapi artis yang merosakan dihalalkan.

Adakah AC Mizal selepas ini dihalang dari liputan media selepas menyertai Umno? sudah tentu tidak.

Bagi penulis, pilihan artis untuk menyertai mana-mana parti, itu hak mereka yang dijamin kebebasannya dari segi perlembagaan Malaysia.

Namun, dari segi perlembagaan Al-Qur'an kita boleh menilai dan melihat perbezaan jelas antara artis yang menyertai PAS dan Umno ini.

Turut menyertai PAS sebelum ini ialah Ringgo, bekas penyanyi utama Kumpulan Rock bernama Arrow.

Lagu popular arrow berbunyi 'Cinta untuk Nabila' akan disegarkan semula menjadi 'Cinta Untuk Nabi' dan akan berada di pasaran tidak lama lagi.

No comments: