Timbalan Pengerusi DAP Sarawak, Chiew Chiu Sing berkata, komitmen PR untuk menubuhkan Suruhanjaya Tanah dan Suruhanjaya Tanah Pusaka Bumiputera bagi menyelesaikan masalah tanah di Sarawak, tepat pada masanya.

“Berbanding BN, tiada penegasan asas dalam manifesto mereka dan menjelaskan lagi bahawa tanah rakyat akan terancam selagi rejim Taib Mahmud berkuasa,” katanya kepada kepada Suara Keadilan.
Bagi Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Tuan Haji Jofri Jaraiee, manifesto PR menekankan pentadbiran berteraskan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) dengan mengagih kekayaan terus kepada rakyat serta menolak rasuah, sekaligus membasmi penyalahgunaan kuasa.

“Tidak cukup dengan itu, pelbagai bukti dikemuka, selain puluhan laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), namun tiada tindakan diambil.
“Berbanding manifesto BN, tiada satu pun frasa yang menunjukkan tekad mereka untuk membasmi rasuah yang berleluasa di negeri ini,” katanya.
Penasihat KEADILAN Sarawak, Datuk Hafsah Harun pula berkata, teras kesembilan manifesto itu yang membela nasib wanita sangat sinonim kerana majoriti pengundi di seluruh Sarawak adalah wanita.

“Malangnya, manifesto BN tiada langsung memberi penekanan kepada hak wanita walaupun majoriti pengundi DUN Balingian yang ditandingi Taib adalah golongan wanita,” katanya.
No comments:
Post a Comment