JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Wednesday, April 27, 2011

KEADILAN akan kemuka petisyen di beberapa kawasan DUN

KEADILAN akan mengemukakan petisyen pilihan raya melibatkan beberapa kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk Senadin pada pilihan raya Sarawak yang berakhir 16 April lalu.

Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sarawak, Baru Bian berkata, parti itu kini dalam proses mendapatkan bukti-bukti kukuh bagi membolehkan petisyen dikeluarkan ke atas kawasan-kawasan berkenaan.

“Ketika ini kami dalam proses mendapatkan bukti-bukti kukuh bagi membolehkan petisyen dikeluarkan dan tindakan diambil ke atas kerusi yang terlibat,” katanya pada sidang media yang turut disertai Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuching pada 25 April lalu.

Sementara itu, Anwar berkata, walaupun parti itu hanya menang tiga DUN, namun KEADILAN dan jenteranya menunjukkan semangat yang cukup tinggi pada pilihanraya Sarawak kali ini.

Menurutnya, antara faktor Pakatan Rakyat tidak berjaya menafikan majoriti dua pertiga BN berpunca dari tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menghadkan kempen singkat sekaligus maklumat tidak sampai ke akar umbi.

Mengulas cadangan Penasihat, Lim Kit Siang berhubung penggabungan DAP bersama Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Anwar berkata, ia perlu dikemukakan menerusi platform yang betul seperti Majlis pimpinan Pakatan Rakyat untuk perbincangan dan tindakan selanjutnya.

“Pakatan Rakyat (PR) yang terdiri daripada DAP, KEADILAN, PAS sentiasa berpegang kepada semangat hormat-menghormati dan tidak akan menyinggung perasaan parti seangkatan yang lain dalam apa jua tindakan yang diambil,” kata Anwar.

No comments: