JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Saturday, April 23, 2011

Rombakan kabinet Sarawak selepas persidangan DUN

Taib berkata semua portfolio sebelum ini dikekalkan bagaimanapun memberitahu ia hanya bersifat sementara sehingga rombakan kabinet dilakukan nanti.

Bagi jawatan yang masih belum diisi, beliau memberitahu beberapa menteri akan memangku jawatan menteri-menteri tertentu sehingga rombakan kabinet dibuat.

Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg katanya akan memangku jawatan Menteri Pelancongan manakala beliau sendiri bertanggungjawab terhadap sektor perindustrian di negeri ini.

“Industri akan berada di bawah tanggungjawab saya, kerana ia berkaitan dengan SROCE (Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak). Sangat banyak kerja-kerja penting yang perlu saya selesaikan sendiri.

“Portfolio lain akan ditentukan sehingga rombakan kabinet dibuat nanti.

“Selepas rombakan nanti banyak perkara lain perlu diteliti dengan lebih mendalam,” jelasnya.

Ditanya sama jawatan Timbalan Ketua Menteri akan diberi kepada SUPP, beliau berkata perkara itu hanya akan difikirkan ketika melakukan rombakan kabinet.

“Buat masa ini semuanya untuk sementara waktu sehingga rombakan sepenuhnya dibuat,” tegas beliau.

Sementara itu Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah yang ditemui selepas itu memberitahu bahawa majlis mengangkat sumpah bagi menteri-menteri muda yang menang pada pilihan raya negeri lalu akan diadakan 28 April ini.

Bagi Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menang katanya, mereka akan mengangkat sumpah pada 14 Jun 2011.

“Maknanya tiada perubahan dalam senarai portfolio kerana rombakan kabinet hanya akan dibuat selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu pada 15 hingga 22 Jun 2011.

“Ini ada logiknya jika orang baru dilantik memegang sesuatu portfolio ia tidak adil (buat mereka yang baru) untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan pada sesi soal jawab nanti,” jelasnya.

No comments: