JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Tuesday, April 26, 2011

Krisis BN Selangor, celarukan Noh Omar

Masdar Wahid

Cubaan Datuk Seri Noh Omar cuba melaga-lagakan komponen Pakatan Rakyat melalui kenyataannya yang tersiar dalam sebuah akhbar hari ini membuktikan betapa tertekannya Timbalan Pengerusi UMNO Selangor itu akibat krisis dalaman yang melanda BN di negeri itu.

Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Suhaimi Shafie berkata, konsensus Pakatan Rakyat, sama ada di peringkat Nasional dan Negeri membuktikan kukuhnya gabungan KEADILAN, PAS dan DAP dalam melaksanakan polisi untuk kesejehteraan rakyat.

"Kenyataan Noh Omar ini cuba menyembunyikan kemelut UMNO Selangor dengan dirinya di tolak majoriti kepimpinan Umno Bahagian.

"Noh juga gagal memperkukuh sekutunya termasuk MIC, PPP dan MCA Selangor walaupun menyandang Timbalan Pengerusi di negeri ini," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, krisis BN Selangor kian jelas apabila perwakilan dari sekutunya meninggalkan Dewan semasa Noh masih berucap di konvensyen BN Selangor beberapa bulan lalu.

"Ia diburukan lagi dengan tindakan MCA yang bertekad untuk memboikot akhbar Utusan Malaysia yang merupakan lidah rasmi Umno," katanya.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan Noh menyelesaikan terlebih dahulu krisis yang melanda sesama sekutu BN di Selangor dari membuang masa mencampuri urusan dalaman Pakatan Rakyat.

"BN Selangor di bawah kepimpinan Noh sebenarnya sedang terkedu dengan sikap harmoni Pakatan Rakyat dan fikiran beliau semakin bercelaru dengan pertelagahan dalaman sesama sekutunya.

"Molek sangatlah jika betulkan dulu kapal bocor UMNO BN sebelum cuba robohkan tembok kepercayaan Pakatan Rakyat," tegas Suhaimi lagi.

Pengerusi Perhubungan Umno BN ketika ini dipegang Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi Umno BN.

Ulasan : Kisah Najib yang Gagal

Sejak Pakatan Rakyat memerintah Selangor, Najib kerap menggunakan apa sahaja cara dan taktik jahat untuk merampas negeri itu termasuklah menimbulkan isu kerajaan Perpaduan, DAP anti Melayu dan serangan peribadi terhadap Ketua Umum KEADILAN, yang juga Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Isu Kerajaan Perpaduan dimanipulasi dengan bantuan medianya seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, Tv3, RTM, Media Prima dan beberapa media yang kelihatan bebas tetapi turut memiliki hubungan dengan Umno BN.

Kerajaan Perpaduan bertujuan untuk menimbulkan kecurigaan dalam kalangan orang Melayu khasnya penyokong tegar PAS kononnya Parti Islam itu lebih sesuai bersama Umno berbanding DAP dan KEADILAN.

Dakwa Umno BN, Umno itu Islam dan DAP itu kafir manakala Anwar difitnahkan sebagai kaki seks melalui rekayasa kes Fitnah kali kedua dan terbaru, kes Video Seks Fitnah.

Peliknya, Umno membisu berhubung skandal Najib bersama seorang artis di Negeri Sembilan dan ratusan kes rasuah kepimpinan Umno BN.

Namun, semua cubaan itu gagal dengan PAS konsisten bersama Pakatan Rakyat. PAS juga sebelum ini dijanjikan jawatan Menteri Besar dan separuh dari jawatan Exco turut ditawarkan kepada Adun PAS di negeri itu.

Namun, Adun PAS yang dididik dengan tarbiah, setia pada pimpinan dan perjuangan menolaknya dan lebih rela memimpin kerajaan Selangor bersama DAP dan KEADILAN melalui dasar berkebajikan.

Kesetiaan PAS ini bukan baru kerana pengalamannya berada dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) di Kelantan dan Barisan Alternatif (BA), parti itu tidak pernah mengkhianati perjuangan malah teguh bersama Pakatan Pembangkang sehingga kini.

Kesetiaan PAS itu sedikit sebanyak membuka mata golongan bukan Islam dan bukan Melayu untuk lebih mendekati PAS yang turut memiliki Kelab Penyokong PAS di seluruh negara.

Dalam konteks Selangor, Najib juga mempropagndakan DAP sebagai anti Melayu dan Islam dalam kalangan pengundi Melayu/Islam manakala di depan pengundi Cina isu seperti DAP menyokong negara Islam digunakan.Peliknya, lebih 50 tahun Malaysia ditadbir BN dengan Umno memiliki kuasa dominan, mengapa sehingga kini Undang-undang Islam tidak dilaksanakan malah menghina undang-undang ciptaan Allah itu.

Tohmahan ini turut dilakukan Umno bersama beberapa bloggernya yang diupah semata-mata untuk memfitnah Pakatan Rakyat.

Umno juga berdiam diri dengan tindakan MCA memperlekehkan undang-undang Islam, tetapi bising bila PAS mahu melaksanakannya.

PAS pernah mengajak Ahli Parlimen Umno menyertai PAS untuk menyegerakan pelaksanaan undang-undang itu namun ditolak Umno.

Tetapi Umno hanya mahu bersama PAS ketika tersepit.

Selain itu, oleh kerana Selangor di pimpinan KEADILAN melalui Tan Sri Khalid Ibrahim dan Anwar selaku Penasihat Ekonomi, kedua-dua tokoh ini turut diserang dari pelbagai penjuru dengan fitnah dan serangan peribadi.

Malah, sampai ke tahap menimbulkan isu seks walupun berita seumpama itu memberi kesan buruk kepada jutaan Muslim di negara ini termasuk kanak-kanak kecil.

Namun, semua fitnah dan rekayasa jahat itu gagal malah negeri itu dengan dasarnya Merakyatkan Ekonomi Selangor terus berjaya demi menjaga kebajikan rakyat.

Antara dasar yang popular di Selangor ialah Air Percuma, bantuan pendidikan dan Warga Emas.

Semua ini gagal dilaksanakan Umno BN di Selangor walaupun negeri paling maju di Malaysia itu mereka perintah lebih 50 tahun sebelum 8 Mac 2008.

No comments: