JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Wednesday, April 20, 2011

Ketua Pemuda PBB Kidurong letak jawatan

Sekutu utama Barisan Nasional Sarawak, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menerima tamparan hebat apabila Ketua Pemudanya di Ranting Kidurong Jeffri John meletak jawatan serta merta pada 18 April lalu, sehari selepas berakhirnya Pilihanraya Sarawak.

Tindakan itu diambil berikutan hilang kepercayaan terhadap Ketua Pemuda PBB Sarawak yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya Datuk Fadillah Yusof.

Turut mengikut jejak langkah Jefri 13 penyokongnya dari pelbagai peringkat Ranting PBB bagi membuktikan sokongan penuh terhadap keputusan itu.

Fadillah (gambar, kiri) sebelum ini penakut untuk berdebat dengan Ketua Angkatan Muda KEADILN (AMK) Sarawak, Ahmad Nazib Johari (kanan) sehingga mengecewakan penyokong BN di negeri itu yang mempertikaikan kredibilitinya.

Pemuda PBB Sarawak kini berpecah dua antara Fadillah dan Seorang lagi pemimpin yang rapat dengan Ketua Menteri paling lama di Malaysia, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Pada pilihanraya Sarawak 16 April lalu, Pakatan Rakyat berjaya menambah 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding tujuh yang dimenangi gabungan KEADILAN, PAS dan DAP itu pada pilihanraya negeri 2006.

Antara pemimpin BN yang tumbang ialah Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Tan Sri Dr George Chan Hong Nam dan Timbalan Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Datuk Peter Nyarok Entri.

SPDP dan SUPP ialah sekutu BN Sarawak selain Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang turut tewas kepada calon Bebas di DUN Pelagus, George anak Lagang.

Sementara, kebanyakan kawasan ditandingi PBB mengalami penurunan undi khasnya di DUN Beting Maro dengan BN hanya menang dengan majoriti 391 undi.

No comments: