JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Monday, April 18, 2011

Cina Sibu hanya mahukan DAP

SIBU: penyokong Parti Tindakan Demokratik (DAP) berpesta di sekitar bandar ini malam semalam bagi meraikan kemenangan besar mereka dalam pilihan raya kali ini, khususnya di bahagian Sibu.

Bunyi hon kereta dan sorakan para penyokong DAP memecah kesunyian malam di beberapa batang jalan di sekitar bandar ini.

Tidak cukup dengan itu, penyokong mereka turut berkumpul di ibu pejabat parti itu di Jalan Pedada di sini untuk meraikan kemenangan itu.

Tiga calon Barisan Nasional (BN) daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelawan (Vincent Goh), Bukit Assek (Chieng Buong Toon) dan Dudong (Datuk Tiong Thai King) tumpas.

Hanya DUN Bawang Assan yang dimenangi SUPP melalui wakil rakyat kontroversinya,Datuk Sri Wong Soon Koh.

Ini bermakna, DAP terus berkuasa di bahagian ini apabila ketiga-tiga calonnya iaitu Wong Ho Leng (Bukit Assek), David Wong (Pelawan) dan Yap Hoi Liong (Dudong) kini bergelar ADUN di ketiga-tiga kawasan itu.

No comments: