Sekutu utama BN di Sarawak Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) terus dilanda krisis berterusan.
Perletakan jawatan Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kidurong, Jeffri John bersama penyokongnya nampaknya tidak berakhir di situ.
Kini wujud pula kumppulan yang menolak kepimpinan wanita dalam parti itu di kenali sebagai Gerakan Anti Datuk Rohani Karim yang juga Ahli Parlimen Batang Lupar.
Rohani sudahpun membuat laporan polis pada 21 April lalu berhubung SMS yang didakwanya berbaur hasutan dan berniat menjatuhkannya supaya tidak dicalonkan semula pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Menurut sumber, Rohani menerima SMS itu pada malam Selasa lepas yang menyatakan bahawa sebuah gerakan yang memanggil diri mereka ‘Gagasan Anti Rohani’ atau GAR sudah ditubuhkan bertujuan menjatuhkannya di-sebabkan beberapa isu.
Rohani yang pernah menjadi Ahli Parlimen Santubong pada 1990 sebelum bertukar ke Parlimen Batang Lupar pada 2004 menyifatkan SMS tersebut bertujuan untuk menghasut penduduk di kawasannya yang mendorongnya untuk membuat laporan polis semalam.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas mengenai perkara tersebut.
Pada pilihanraya Sarawak 16 April lalu, kebanyakan kerusi yang ditandingi PBB mengalami penurunan termasuklah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Beting Maro dengan calon PBB, Razaili Gapor hanya mendapat majoriti 391 berbanding PAS yang meraih 2,678 undi.
PBB Batang Lupar buat laporan polis terhadap SMS berbaur fitnah GAR
Posted on April 27, 2011, Wednesday
SRI AMAN: Ranting Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Batang Lupar tampil membuat laporan polis terhadap penyebaran sistem pesanan ringkas (SMS) berbaur fitnah tentang Gerakan Anti-Rohani (GAR) yang diterima menerusi telefon bimbit pada 21 April lalu.
Ketua Ranting PBB Kampung Hulu/Lingga Zaidi Abang Akim bersama enam lagi rakannya yang hadir membuat laporan polis di Balai Polis Sri Aman ialah Robert Barat, Abang Waslie Abang Madeni, Shamsuddin Saliman, Abang Kamsi Abang Morsidi, Daud Ahmad dan Jenny Ekin pada jam 10.30 pagi semalam.
Zaidi berkata, PBB Batang Lupar menolak sekeras-kerasnya fitnah yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab mengenai Datuk Rohani Karim menerusi SMS itu.
Segala dakwaan terbabit adalah tidak benar sama sekali dan Rohani merupakan seorang Ahli Parlimen Batang Lupar yang cemerlang dalam melaksanakan tugas di kawasannya selama ini, tegas beliau.
“Disebabkan oleh SMS fitnah itu maka kesemua kami tampil untuk membuat laporan polis bagi membuktikan bahawa ahli PBB Batang Lupar menolak sekeras-kerasnya SMS yang berbunyi seperti itu,” katanya kepada Utusan Borneo, semalam.
Beliau juga menasihati rakyat di kawasan Parlimen Batang Lupar supaya tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan yang dilemparkan oleh pihak yang kurang bertanggungjawab itu.
“Nada SMS seperti mencemarkan imej Rohani maka saya meminta rakyat di Parlimen Batang Lupar supaya tidak mempedulikan SMS itu,” katanya.
JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment