JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Wednesday, April 13, 2011

Saya akan 'sabotaj' DUN yang dimenangi Pakatan - Menteri BN

Sokongan berterusan masyarakat Bidayuh terhadap Pakatan Rakyat terus menekan BN.

Terbaru, Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Dr James Dawos Mamit (gambar atas) berkata, beliau akan meminggirkan pembangunan di dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berada di Parlimen Mambong yang di wakilinya jika kerusi itu di tawan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Sarawak Ke-10 ini.

Dua DUN yang terletak dalam Parlimen ini ialah Tarat dan Bengoh dengan majoriti pengundinya berbangsa Bidayuh.

“Kalau pembangkang menang, saya tidak akan mengatur lagi kawasan ini sebab saya tidak pandai bekerjasama dengan mereka.

“Maka, pada pilihan raya ini jangan memikirkan pembangkang, sokonglah calon BN kita,” katanya berucap sempena majlis perasmian Kolam Air Panas Annah Rais, di Padawan pada 10 April lalu.Pada Pilihanraya kali ini, DUN Tarat menyaksikan pertandingan tiga penjuru dengan KEADILAN mempertaruhkan Peter Ato anak Mayau sebagai calonnya yang juga seorang jurutera.

Selain BN meletakan, Roland Sagah dan calon SNAP, Ateng anak Jeros.

Manakala DUN Bengoh KEADILAN menurunkan Willie anak Mongin, Pakar Teknologi Maklumat dan merupakan graduan Universiti Stafforshire dari United Kingdom (UK).

Wiliie pula berdepan saingan empat penjuru dengan BN meletakan penyandang lamanya, Jerip anak Susil selain Peter anak Margaret (SNAP) dan Wejok anak Temok (Bebas).

Kedua-dua calon Pakatan Rakyat itu berketurunan Bidayuh, kaum ke empat terbesar di Sarawak.

Gelombang penolakan masyarakat Bidayuh terhadap BN terus memuncak terutamanya selepas rejim itu menolak tuntutan kaum itu untuk menjawat Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP).

Malah, calon BN DUN Bengoh, Jerip anak Susil yang juga berbangsa Bidayuh dilihat tidak bermaya menuntutnya malah membiarkan kaum itu terus terpinggir di Sarawak.

Jerip juga berdepan penolakan rakyat di kawasannya apabila Ketua Pemuda SUPP Bengoh, bersama 13 pimpinan di kawasan itu bertindak keluar parti sebelum ini.

SUPP ialah sekutu tertua dan paling lemah di Sarawak ketika ini.

Malah, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak mengakui SUPP kali ini akan kehilangan sekurang-kurangnya 18 kerusi kepada Pakatan Rakyat.

No comments: