Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, isu-isu tempatan menjadi fokus utama parti itu dalam kempen mereka bagi mendapat sokongan dan undi rakyat pada pilihan raya kali ini.
“Saya menasihatkan mereka (calon) untuk berjuang dengan semangat yang tinggi. Kita (KEADILAN) akan meneruskan usaha untuk menerangkan isu, khususnya isu tempatan untuk semua pengundi,” katanya selepas menemui penduduk dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Senadin.
Turut serta seorang lagi Naib Presiden parti itu yang juga Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, calon KEADILAN DUN Senadin, Dr Michael Teo Yu Keng dan puluhan pimpinan KEADILAN Cabang Miri.
Mengulas lanjut, Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai memberitahu, walaupun kekurangan dana untuk berkempen, beliau percaya rakyat Sarawak semakin terbuka dan yakin dengan perubahan yang di bawa parti itu bersama DAP dan PAS ke arah pembentukan kerajaan baru di Sarawak.
“Strategi yang boleh kita buat ialah berpegang kepada jati diri, semangat dan terus sedaya upaya menerangkan isu-isu semasa kepada pengundi.
“Kerana pada saya saat ini adalah terbaik untuk melakukan perubahan dan kami pemimpin dari Semenanjung mengikut arahan pemimpin tempatan bagaimana strategi yang kami perlu laksanakan,” jelasnya.
Sementara itu, Dr Michael Teo percaya rakyat Sarawak mahukan peruabahan besar di Sarawak melalui dasar yang pro rakyat sekaligus menamatkan kezaliman pemerintahan Ketua Menteri paling lama di Malasyia, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Menurutnya, berdasarkan tinjauan jentera parti, rakyat di negeri itu memberi sokongan yang positif terhadap perjuangan Pakatan Rakyat.
“Saya percaya akan berlaku perubahan besar di Sarawak. Empat negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat jelas menunjukan tadbir urus Pakatan Rakyat lebih baik dan mendapat pujian Ketua Audit Negara," katanya yang juga Ketua Cabang KEADILAN Miri dan Dr Pakar Sakit Puan.
DUN Senadin antara kerusi panas dan disebut-sebut bakal ditawan Pakatan Rakyat pada kali ini dengan majoriti pengundinya berketurunan Cina.
JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment