JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Saturday, April 9, 2011
KEADILAN yakin tawan kerusi Bidayuh
KEADILAN yakin menyapu bersih ke semua enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) majoriti masyarakat Bidayuh yang ditandingi parti itu pada pilihan raya negeri Sarawak kali ini, kata Datuk John Tenewi Nuek.
John yang juga Naib Presiden KEADILAN dan berkata, Pakatan Rakyat memberi kepercayaan penuh kepada parti itu untuk bertanding di Ke semua DUN itu dengan calon yang ditawarkan dari pelbagai latar belakang dan anak tempatan berketurunan Bidayuh.
Enam DUN itu ialah Opar dengan KEADILAN mencalonkan Boniface Willy anak Tumek, DUN Bengoh (Willie anak Mongin), DUN Tarat (Peter Ato anak Mayau), DUN Tebedu (Dr Christopher Kiyu), DUN Kedup (Lainus Andrew Luwak) dan DUN Tasik Biru (John Tenewi Nuek).
John yang juga tokoh kaum Bidayuh Sarawak menjelaskan, kaumnya bertekad untuk memastikan Barisan Nasional tumbang kali ini.
"Berdasarkan sambutan dan bahasa badan yang ditunjukan kaum Bidayuh serta hasil kerja keras jentera dan lawatan turun padang dari calon-calon yang kita tampilkan, rakyat jelas mahukan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan baru kali ini.
"Cukuplah 30 tahun di bawah BN. Kami mahukan perubahan dasar yang pro rakyat," katanya kepada Suara Keadilan.
John yang juga bekas Duta Besar Malaysia di pelbagai negara hampir 30 tahun menjelaskan, puluhan tahun Bidayuh menyokong BN, tetapi mereka tetap berdepan pelbagai ancaman dan ugutan.
Sebagai contoh kata beliau, seorang pemimpin BN negeri kerap mengugut kaumnya termasuk ancaman ditarik balik gelaran dan jawatan jika menyokong perjuangan Pakatan Rakyat.
"Ugutan itu pula kerap dikeluarkan sejak 2008 hingga kini dan menggambarkan betapa lemasnya BN untuk berdepan kebangkitan Bidayuh yang berterusan menyokong Pakatan Rakyat.
"Begitu juga tuntutan Bidayuh agar jawatan Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) diberi kepada wakil kami ditolak. Anehnya, sejak 1981 sehingga kini, Bidayuh tidak pernah diberi peluang untuk menjawatnya," katanya.
Menurut rekod, jawatan Pengerusi MPP sebelum 1981 dipilih melalui melalui pilihan raya tetapi selepas itu ia dipilih melalui lantikan dan dan sehingga kini ia terus dimonopoli kaum Cina melalui sekutu BN, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).
Pada pilihan raya negeri 2006, SUPP ditolak majoriti masyarakat Cina tetapi berjaya mengekalkan sokongan dari kaum Bidayuh yang membentuk 30 peratus dalam parti itu.
Namun tuntutan Bidayuh agar mereka diberi peluang untuk menjawat Pengerusi MPP ditolak SUPP. Sejak itu, Bidayuh membentuk gelombang penolakan besar-besaran terhadap kerajaan BN Sarawak dengan beberapa tokoh ternama kaum itu menyertai Pakatan Rakyat termasuk Datuk John.
Sebab itu, tidak menghairankan apabila BN melancarkan satu projek mengejut dan berkampung di Serian, sebuah kawasan majoriti Bidayuh sejak pembubaran DUN pada 21 Mac lalu dengan membuat pelbagai pengumuman kononnya untuk membantu kaum tersebut.
"Saya menasihatkan kepada setiap pengundi Bidayuh, jika kerajaan beri pakaian, makanan atau apa sahaja yang menjadi hak anda ambil, tetapi tetapkan dalam hati, undi kita hanya untuk calon Pakatan Rakyat," kata Datuk John.
Rekod juga menunjukan Bidayuh ialah kaum ke empat terbesar di Bumi Kenyalang dengan lapan peratus dari 2.5 juta penduduk Sarawak adalah dari kaum tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment