JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Friday, April 8, 2011

Menteri jual tanah rakyat kepada syarikat kroni Taib ?

Oleh MASDAR WAHID

Parti Rakyat Sarawak (PRS) sekutu termuda BN di negeri itu berkemungkinan besar tewas 4 dari sembilan kerusi yang ditandinginya pada pilihan raya kali ini.

Pengakuan itu diluahkan Presidennnya, Datuk Seri Dr James Jemut Masing kepada media selepas menyerahkan borang pencalonannya bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Baleh di pusat penamaan calon Dewan Suarah pada 6 April lalu.

James berkata, empat DUN itu termasuklah, Balai Ringin (enam penjuru), Ngemah (lima penjuru), Pelagus (tiga penjuru) dan Belaga (enam penjuru).

Pakatan Rakyat memberi kepercayaan kepada KEADILAN untuk bertanding di kesemua DUN itu dengan menawarkan calon profesional dan berpengaruh.

Sebagai contoh, bagi kerusi DUN Balai Ringin, parti itu menampilkan bekas Ketua Wanita KEADILAN Sarawak yang juga pejuang Tanah Hak Adat (NCR), Ibi anak Uding yang juga ahli perniagaan.

Bagi DUN Ngemah, KEADILAN menawarkan bekas guru yang memiliki Master dalam bidang Pembangunan Sumber Manusia selain Ijazah dalam bidang pendidikan. Kelebihan KEADILAN di sini turut dibantu dengan krisis BN.

Ini kerana penyandang kerusi, yang juga calon Bebas, Gabriel Adiet anak Demong amat rapat dengan pemimpin SPDP, sebuah lagi sekutu BN di Sarawak.

SPDP dan PRS masing-masing merupakan sekutu BN berasaskan kaum Dayak di Sarawak dan tidak sebulu selepas PRS pimpinan James didakwa cuba merampas empat dari lapan Adun SPDP yang sehingga kini isu tersebut terus membelenggu kedua-dua parti itu.

Begitu juga dengan DUN Pelagus, penyandang sebelum ini, Larry Sng digugurkan oleh Masing atas alasan bukan lagi ahli parti itu. Namun, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud hingga ke saat akhir mempertahankan Larry dan berkeras mahukannya bertanding.

Campur tangan Taib itu juga yang mendoronng penasihat PRS, Tedewin Ngumbang @ Kibak anak Datu keluar parti beberapa minggu sebelum berlangsungnya pilihan raya Sarawak.

Difahamkan, Larry kini membalas dendam terhadap James apabila dilihat menghantar seorang calon bebas yang juga keluarganya untuk bertanding iaitu George Lagong.

George sebelum itu akan bertanding di kawasan lain namun mengubahnya saat akhir bagi memberi tekanan kepada calon BN di Pelagus.

Pertembungan terbuka kem Larry-Taib menyokong George dan kem James yang mencalonkan proksinya, Stanley Nyitar@Unja Malang akan memberi kelebihan kepada KEADILAN yang mencalonkan Bekas Guru Besar Kapit, Edward Sumbang anak Asun.

Edward yang popular dengan panggilan Cikgu di kawasan itu merupakan graduan Universiti Putra Malaysia (UPM) dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan.

Manakala bagi kerusi DUN Belaga, kawasan ini sejak dulu hingga kini sering menyaksikan pertembungan lebih 2 penjuru.

Malah, desas desus sejak setahun lalu meramalkan akan berlaku pertembungan lapan penjuru namun meleset difahamkan akibat kegagalan beberapa parti kecil tajaan BN tidak memiliki calon di saat akhir.

Bagi DUN Belaga, KEADILAN menawarkan seorang peguam terkemuka yang juga bekas pengurus Bank dan graduan dari Universiti Wolverhamp, Basah Kesing @ Ali Basah Kesing (gambar).

Isu utama membelenggu penduduk Belaga tentunya berkaitan prasarana asas, Tanah Hak Adat (NCR), empangan dan DUN ini antara terbesar di Sarawak dengan hampir 89.78 peratus pengundinya merupakan Orang Ulu.

Apa pun, isu utama yang membelenggu PRS ketika ini ialah parti yang didominasi Dayak itu berdepan cemuhan rakyat apabila presidennya, James Masing pernah didakwa 'menjual' tanah NCR rakyat kepada sebuah syarikat yang juga proksi Taib.

KEs itu juga menyaksikan insiden samseng BN bersenjatakan bom menyerang penduduk di Rumah Panjang Ranggong dan Belilie.

Suara KEADILAN sudah pun melaporkannya secara terperinci dalam tiga keluaran berturut-turut.

Isu ini sahaja bakal menyaksikan PRS berkemungkinan besar kalah semua sembilan kerusi yang ditandinginya kali ini.

No comments: