JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Wednesday, April 20, 2011

Kalah Besar : SNAP salah pula KEADILAN

KUCHING: Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) yang gagal memenangi sebarang kerusi pada pilihan raya negeri ke-10 baru-baru ini, menyifatkan tindakan Pakatan Rakyat (PR) yang meminggirkan parti itu pada pilihan raya baru-baru ini merupakan salah satu punca kekalahan teruk SNAP.

Presiden SNAP, Edwin Dundang yang kesal dengan perkara tersebut, berkata, ia tidak seharusnya berlaku memandangkan SNAP merupakan sebahagian daripada PR.

“Dengan laporan akar umbi ketika pilihan raya, PR khasnya KEADILAN telah menyasarkan SNAP sebagai lawan politik lebih dari BN dan justeru SNAP terpaksa ‘berjuang’ pada waktu pilihan raya secara bersendirian,” katanya.

Dengan layanan PR pada pilihan raya negeri tersebut, beliau memberitahu SNAP akan meneliti setiap pilihan yang terbuka kepada mereka bagi memastikan kestabilan hala tuju parti.

Edwin turut memberitahu SNAP juga akan memulakan kempen pengukuhan struktur parti semula.

SNAP katanya, sudah lama menyepi dan kini mahu menghidupkan semula parti itu.

Pada pilihan raya kali ini, SNAP bukan sahaja gagal memenangi sebarang kerusi DUN tetapi hampi r ke s emua c a lonnya hilang wang pertaruhan kecuali Jamal Abdullah yang bertanding di Pakan menentang Presiden Parti Demokr a t ik Progresif Sarawak (SPDP) Dato Sri William Mawan.

No comments: