JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Monday, April 11, 2011
Helikopter 'Muhyiddin' terhempas kali ke dua
Sebuah helikopter terhempas dari ketinggian 10 kaki ketika hendak berlepas dari Dataran Sibu.
Kejadian itu berlaku selepas helikopter tersebut menurunkan anggota rombongan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sebelum kejadian tersebut, tiga helikopter membawa rombongan timbalan perdana menteri balik dari Bintangor ke Sibu
Bagaimanapun, Tan Sri Muhyiddn tidak menaiki helikopter yang terhempas itu.
Menurut OCPD Sibu, ASP Shafie Ismail, kejadian itu berlaku pada jam 1.50 tengahari selepas helikopter itu menurunkan semua penumpangnya di Sibu Townsquare.
"Helikopter tersebut hendak berlepas balik ke lapangan terbang untuk disimpan, (tetapi) kemudian jatuh ketika cuba terbang. Ia berada pada ketinggian kira-kira 10 kaki," katanya.
Berikutan itu, juruterbangnya mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital.
Dua daripadanya adalahmilik Hornbill Skyways, dan helikopter yang terhempas itu adalah dari Sabah Air.
Kejadian itu dipercayai berlaku akibat hujan lebat di Sibu.
Sementara itu, Bernama melaporkan juruterbang helikopter itu, satu-satunya yang berada di dalam pesawat itu ketika kejadian, dihantar segera ke Hospital Sibu untuk rawatan.
Keadaan juruterbang itu masih belum diketahui.
Setiausaha Akhbar Muhiyddin, Hafiz Abdul Halim yang ketika itu sedang berjalan menuju ke RH Hotel, kira-kira 100m dari dataran itu terkejut dengan kejadian itu.
"Helikopter itu tidak mengalami apa-apa masalah semasa kami berlepas dari Bintangor atau semasa dalam penerbangan. Saya sedang berjalan menuju hotel apabila saya dengar ia terhempas," kata Hafiz yang sebelum itu menaiki helikopter itu bersama-sama dua pegawai keselamatan.
Muhyiddin dan pegawai khas beliau yang menaiki helikopter berasingan turut mendarat di dataran yang sama sebelum kejadian itu. Mereka juga baru pulang dari Bintangor.
"Timbalan Perdana Menteri dan rombongannya selamat," kata Hafiz. = Msiakini.com
HELIKOPTER BAWA MUHYIDDIN MENDARAT CEMAS DI TUARAN
Helikopter Nuri Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) yang membawa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin hari ini membuat pendaratan cemas di Tuaran Sabah akibat cuaca buruk.
Selain Muyiddin, turut berada dalam pesawat yang membawa 14 penumpang serta anak kapal itu ialah setiausaha akhbar beliau Datuk Ainon Mohd serta Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Yahya Hussin.
Bagaiamanapun, tiada sesiapa yang cedera dalam kejadian itu.
Menurut Ainon sebelum kejadian mereka berlepas dari Kudat pada 1.45 tengah hari selepas Muhyiddin merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Kudat, menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
"Selepas itu beliau sepatutnya merasmikan mesyuarat Umno bahagian Penampang pula," kata Ainon kepada Bernama di sini.
Ainon berkata kira-kira 45 minit selepas berlepas, cuaca buruk melanda dan helikoper yang mereka naiki terpaksa membuat pendaratan cemas berdekatan pusat peranginan Impian Jadi di Tuaran kira-kira 45 km dari sini.
Ainon berkata ekoran kejadian itu Muhyiddin terpaksa membatalkan hasrat merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Penampang dan meminta agar Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mewakili beliau.
Beliau berkata Muhyiddin kemudian menaiki kereta menuju ke Kota Kinabalu sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.
Sementara itu, ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur, Muhyiddin berkata beliau bersyukur kerana semua yang berada dalam helikopter itu terselamat dan tidak cedera.
"Saya okay.. tiada ada-apa yang berlaku," katanya sambil mengakui ini merupakan pertama kali beliau mengalami saat-saat getir pendaratan cemas.
Mengulas tindakan juruterbang, Muhyiddin berkata " Saya fikir beliau (juruterbang) telah melakukan perkara yang betul (mendarat cemas) kerana cuaca buruk pada ketika itu. Sunday, 16 August 2009 = BERNAMA.
Ulasan : Terhempas di Tuaran pada 2009, pada tahun itu, Pakatan Rakyat menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu melalui PAS.
Tahun 2011, Muhyiddin serang PAS pada kempen pilihanraya di Sarawak dengan kenyataan Jembalang. Hari ini, helikopter yang dinaiki rombongganya terhempas pula di Sibu.
Sibu ialah kawasan yang meningkatkan sokongan dan keyakinan rakyat apabila Pakatan Rakyat dan memenangi di Parlimen itu pada PRK Mei tahun lalu.
Sebelum ini, apabila calon Pakatan Rakyat, Ansari Abdullah terjatuh dua kali pada PRK Batu Sapi, BN percaya kononnya ada Feng Hui tidak baik.
Apa pun, sebagai umat Islam, kita tidak perlu terikut2 rentak dan kepercayaan BN. Ini semua takdir Allah dan kita pulangkan kepada pengundi untuk menilainya.
Itu baru angin, Helikopter dah terhempas, bagaimana kalau Allah gunakan makhluknya yang lain ?
Hakikatnya, helikopter yang dinaiki Muhyiddin dan rombongannya itu adalah hak rakyat. Malangnya, jentera kempen Pakatan Rakyat di nafikan.
Ketika ini, untuk ke kawasan luar bandar di Sarawak, BN menggunakan helikopter berbanding jentera Pakatan yang hanya menaiki bot dan perahu.
Sahabat penulis menyifatkan ini sebagai amaran buat BN agar menjaga amanah rakyat dengan baik.
Penulis menambah, ini merupakan amaran buat BN agar jangan menukar undi rakyat dalam helikopter.
Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didakwa menukar undi rakyat pada PRK DUN Batang Air pada April 2009, genap dua tahun pada 7 April lalu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment