BN kian terdesak dalam usahanya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bengoh sehingga mengupah samseng untuk menghalang jentera KEADILAN dari berkempen di Kampung Stgendar, yang didiami majoriti Bidayuh.
Calon KEADILAN DUN Bengoh dan berbangsa Bidayuh, Willie anak Mongin berkata, kejadian itu berlaku apabila beliau bersama jenteranya cuba menemui penduduk di kampung itu.
"Menghairankan, BN dibenarkan berkempen siang malam di media kawalannya dengan menipu penduduk dengan pelbagai cerita rekaan.
"Peliknya, kita berkempen tanpa media arus perdana pun mereka takut. Signal ini menunjukan betapa lemasnya mereka berdepan KEADILAN dan Pakatan Rakyat pada pilihanraya kali ini," katanya kepada Suara Keadilan.
Selain itu, katanya, di beberapa kawasan di DUN itu, bendera dan poster KEADILAN dihalang oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tetapi pada masa membenarkan bendera dan poster BN.
"Tindakan samseng ini jelas bertentangan dengan budaya rakyat Malaysia khasnya Sarawak. BN semakin mempopularkan budaya samseng dalam kaedah kempennya," jelasnya.
Menyentuh isu lain, beliau berkata, Empangan Bengoh juga membangkitkan kemarahan rakyat dengan pampasan diberi kerajaan negeri tidak setimpal dengan nilai sebenar tanah yang diambil itu untuk membina empangan itu.
"Empangan kini menyebabkan rakyat terpaksa berpindah dan diberi sedikit pampasan yang jauh lebih rendah dan kerajaan negeri pimpinan Taib Mahmud enggan melayannya," katanya yang akan memastikan masalah itu diberi perhatian jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan baru selepas ini.
Willie yang juga tokoh masyarakat Bidayuh dan popular di kawasan itu akan berdepan saingan empat penjuru pada pilihan raya kali ini dengan BN mengekalkan penyandang sebelum ini, Dr Jerip Susil, Peter anak Margaret (SNAP) dan Wejok anak Tomik (Bebas).
Menariknya, calon SNAP itu merupakan bekas pembantu khas Jerip manakala calon Bebas pula ialah bekas Setiausaha Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), sekutu utama BN Sarawak.
Kelebihan calon KEADILAN ini juga memiliki ramai kenalan dan hubungan kekeluargaan di DUN itu yang dimajoritinya masyarakat Bidayuh.
Willie graduan Universiti Stafforshire, United Kingdom (UK) kini bekerja sebagai perunding Teknologi Maklumat di salah sebuah syarikat selain terkenal kerana banyak menghasilkan penulisan berkaitan kawasan Bengoh sejak sekian lama.
Gelombang penolakan masyarakat Bidayuh terhadap BN terus memuncak terutamanya selepas rejim itu menolak tuntutan kaum itu untuk menjawat Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP).
Malah, calon BN DUN Bengoh, Jerip anak Susil yang juga berbangsa Bidayuh dilihat tidak bermaya menuntutnya malah membiarkan kaum itu terus terpinggir di Sarawak.
Jerip juga berdepan penolakan rakyat di kawasannya apabila Ketua Pemuda SUPP Bengoh, bersama 13 pimpinan di kawasan itu bertindak keluar parti sebelum ini.
SUPP ialah sekutu tertua dan paling lemah di Sarawak ketika ini.
Malah, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak mengakui SUPP kali ini akan kehilangan sekurang-kurangnya 18 kerusi kepada Pakatan Rakyat.
JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment