JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Saturday, April 16, 2011

Terkini DUN Kedup : Cubaan rasuah, jentera BN dihalau pengundi

Cubaan jentera Barisan Nasional (BN) merasuah pengundi di Kampung Kawan yang terletak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedup menerima padah apabila mereka dihalau penduduk di kawasan itu.

Situasi itu disaksikan sendiri calon KEADILAN DUN Kedup, Lainus anak Andrew Luwak kira-kira 10 malam tadi di Kampung Kawan dengan lebih 200 daripada keseluruhan 17, 466 pengundi DUN Kedup berada di kampung itu.

"Ketika ini saya memantau pusat pengundian di Sekolah St Patrick Tengah selepas mengundi di Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Rimau sebentar tadi," katanya yang berasal dari Kampung Sungai Rimau, dalam DUN Kedup.

Lainus ialah pemimpin masyarakat Bidayuh di kawasan itu dan bekas Guru Besar SRK Tebedu, Serian dan pernah menjadi Ahli Parlimen Serian selama beberapa penggal.

DUN Kedup, salah satu kerusi yang berada dalam Parlimen Serian yang majoriti penduduknya berketurunan Bidayuh.

No comments: