Adun pertama KEADILAN di Borneo, Dominique Ng Kim Ho hilang wang pertaruhan dalam cubaanya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Padungan yang dimenanginya pada pilihanraya Sarawak 2006.
Dominique ialah Adun pertama KEADILAN di Malaysia Timur itu selepas memenangi kerusi itu pada pilihanraya Sarawak 2006.
Sebelum itu, KEADILAN tidak pernah menang mana-mana kerusi samada di Sabah atau pun Sarawak.
Pada pilihanraya kali ini, Dominique bertanding sebagai calon Bebas selepas KEADILAN bersama DAP bertukar kerusi.
DAP bertanding di Padungan manakala KEADILAN di Batu Lintang.
Dominique dikatakan sudahpun menyiapkan bahan kempen dengan belanja ribuan ringgit termssuk mencetak poster kempen sebagai calon KEADILAN di Batu Lintang.
Bagaimanapun, pada saat-saat akhir, Dominique dicantas akibat persengketaan beberapa kumpulan dalam parti itu.
Malah, DAP dilihat bijak apabila 'melontar sebiji batu untuk membunuh dua musuh'.
DAP yang dipimpin Wong Ho Leng tidak sebulu dengan Voon Lee Shan, Adun DAP Batu Lintang yang terkenal itu.
Malah, Wong juga bermusuh dengan Dominique yang juga bekas Adun DAP.
Maka, untuk membunuh dua individu itu, maka formula pertukaran kerusi dilakukan dan akhirnya KEADILAN 'bersetuju'.
Namun, KEADILAN sudahpun menjanjikan bahawa Dominique tetap dicalonkan untuk kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum akan datang, tetapi ditolaknya.
Sehubungan itu, Dominique meneruskan hasratnya bertanding di Padungan dengan mendakwa yakin boleh menang berdasarkan kemenangannya pada pilihanraya Sarawak 2006.
Ketika itu, Dominique mengalahkan calon BN dan DAP atas tiket KEADILAN.
Semasa sesi kempen kali ini, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sudah mengajak beliau untuk menarik diri agar undi Pakatan Rakyat tidak berpecah, namun dipertahan Dominique dengan mengatakan DAP patut berundur.
Dominique juga yakin tidak berada ditangga tercorot pada pilihan raya kali ini dan jika ia berlaku, beliau akan bersara dari arena politik.
Samada kenyataan itu bersifat politik, namun Azizah sudah memberi signal bukan mudah untuk Dominique diterima semual menyertai KEADILAN samada beliau menang atau kalah.
Sebelum ini, PCM dan beberapa parti lain ada usaha untuk menarik Dominique menyertai parti mereka namun ditolak Dominique dengan penegasan 'hati saya masih bersama Pakatan Rakyat'.
Pakatan Rakyat Sarawak dianggotai DAP, KEADILAN dan PAS.
Setakat ini, Dominique pernah berada dalam DAP dan KEADILAN.
Adakah beliau akan menyertai PAS selepas ini ?
Hanya masa menentukannya. Apapun, kita berharap beliau tetap konsisten menolak BN.
N09: PADUNGAN: SARAWAK: 23,576
1. Dominique Ng Kim Ho (Bebas)......................439
2. WONG KING WEI (DAP)...........................11,957
3. Sim Kiang Chiok (BN-SUPP)......................4,073
Jumlah mengundi/Votes Cast.......................16,538
Peratus/Percentage................................70.23%
Undi rosak/Spoilt votes..............................69
Majoriti/Majority.................................7,884
Penyandang/Incumbent: Dominique Ng Kim Ho (PKR)
Undi diperolehi/Votes polled: 8,002
Majoriti/Majority: 1,417
JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment