KUCHING: MCA seharusnya tidak mengajar Sarawak apa harus dilakukan dan masuk campur politik negeri ini sebaliknya memfokuskan masalah yang berlaku dalam parti itu sendiri.
Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, MCA sepatutnya menjaga kedudukan mereka dalam politik di Semenanjung Malaysia.
“MCA banyak lagi kerusi yang perlu dimenangi untuk mengembalikan kedudukan sebagai parti yang diterima masyarakat Cina di Semenanjung.
“Begitu juga dengan Khairy Jamaludin (Ketua Pemuda BN Pusat) janganlah guna Ketua Menteri Sarawak (peletakan jawatan) dan politik negeri ini untuk masuk nama dalam media lagi, selepas senyap begitu lama,” katanya.
Jelas beliau, mereka seharusnya menjaga kedudukan masing-masing di Semenanjung dan tidak perlu masuk campur apa yang berlaku di Sarawak.
“Sarawak mempunyai sejarah politik yang tersendiri yang agak berlainan dari Semenanjung Malaysia dan kita tahu mengendalikannya tanpa tunjuk ajar MCA dan Khairy,” tegasnya.
Dalam satu laman berita semalam menyiarkan Naib Presiden MCA Senator Gan Ping Sieu meminta Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib meletak jawatan, meman-dangkan beliau hilang ke-seluruhan sokongan pelbagai etnik di Sarawak.
Gan dipetik sebagai berkata meskipun BN Sarawak mencapai kejayaan pada pilihan raya yang baru sahaja selesai 16 April lepas dengan dua pertiga majoriti yang menjadikan BN kekal memerintah namun Taib nampaknya masih tidak mendapat sokongan komuniti Cina.
Nada yang sama turut diluahkan oleh Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Dato Sri James Masing.
Menurutnya, MCA atau parti komponen lain tidak sepatutnya masuk campur apa yang berlaku di negeri ini terutamanya perkara berkaitan dengan peletakan jawatan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
“Bagaimana anda boleh mempersoalkan peletakan jawatan Ketua Menteri apabila kami menang dua pertiga majoriti pada pilihan raya negeri lepas dan sesuatu yang amat meyakinkan bahawa rakyat Sarawak masih inginkan kepimpinan beliau.
“Kami juga perlu mendengar apa yang diinginkan pengundi… pengundi inginkan Ketua Menteri kekal, jadi beliau (Ketua Menteri) harus kekal,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Kabinet Negeri di Wisma Bapa Malaysia yang dipengerusikan Ketua Menteri di sini, semalam.
Masing memberitahu bahawa soal peletakan jawatan Ketua Menteri tidak harus dipertikaikan termasuk MCA kerana rakyat Sarawak sen-diri telah membuat keputu-san bahawa mereka masih mahukan Taib sebagai pene-raju negeri ini.
“MCA tidak boleh me-nyatakan perkara itu jika rakyat Sarawak sendiri telah membuat keputusan (semasa pilihan raya) sedemikian dan ia amat penting,” tegas Masing.
Jelasnya dalam sesuatu pilihan raya, apa yang menjadi keutamaan adalah pilihan pengundi itu sendiri dan ia harus dihormati.
“Pengundi adalah ke-utamaan dalam negara demokrasi, kalau pengundi kata Ketua Menteri menang dengan kemenangan besar maka beliau kekal jadi Ketua Menteri itu yang penting.
“Tetapi apa yang berlaku seterusnya biar beliau (Taib) buat keputusan,” tegasnya sambil berkata yang penting adalah peralihan kuasa itu nanti perlu berjalan dengan baik dan lancar.
Sementara itu Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata MCA sepatutnya menjaga parti itu sendiri.
“Jangan campur tangan dalam urusan dalaman kita… kerana Ketua Menteri tahu apa yang beliau ingin lakukan,” tegasnya.
No comments:
Post a Comment