KUCHING: Kemenangan Barisan Nasional (BN) di enam kerusi dominan Bidayuh (N.1 Opar, N.2 Tasik Biru, N.16 Bengoh, N.17 Tarat, N.18 Tebedu dan N.19 Kedup) sudah pasti menuntut komitmen sepenuhnya daripada wakil rakyat untuk menyumbang kepada kesejahteraan hidup rakyat.
Keyakinan memenangi kesemua kerusi tersebut sebelum ini sering diluahkan oleh Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Dato Sri Michael Manyin Jawong.
Kepercayaan sekali lagi yang diberikan rakyat terhadap BN itu harus dipelihara sebaiknya bagi memastikan kerajaan terus kekal memerintah pada masa datang.
Manyin yang juga calon BN di DUN Tebedu, ketika dihubungi semalam menjelaskan bahawa cabaran bagi setiap wakil rakyat di situ semakin sukar ekoran jangkaan rakyat khususnya masyarakat Bidayuh yang berubah.
“Saya sangat berpuas hati semua calon menang dengan majoriti 2,000 ke atas, tetapi cabaran bagi kita semakin sukar kerana jangkaan rakyat berubah.
“Lebih sukar lagi kerana masyarakat Bidayuh kini ramai yang tinggal di kawasan bandar… maka, semua YB Bidayuh harus bekerja keras dan bijak,” katanya sambil mengulas kemenangan yang dikecapi membuktikan kemampuan calon BN.
Keputusan pilihan raya pada 16 April 2011, menyaksikan kemenangan calon Ranum Mina (BN-SUPP) di Opar, Datuk Peter Nansian Ngusie (BN-SPDP) di Tasik Biru, Dr Jerip Susil (BN-SUPP) di Bengoh, Roland Sagah Wee Inn (BN-PBB) di Tarat, Dato Sri Michael Manyin Jawong (BN-PBB) di Tebedu dan Martin Ben (BN-PBB) di Kedup.
Sebelum ini, pimpinan Bidayuh Sarawak mendesak kerajaan negeri yang meminggirkan parti itu khasnya dalam kes 'Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP)' yang selama ini didominasi masyarakat Cina Sarawak sejak 1981.
JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment