JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Saturday, April 16, 2011

Pelagus : Calon Bebas akan sertai BN ?

Calon tunggal Bebas yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelagus, George anak Lagong pada pilihanraya Sarawak kali ini dijangka menyertai BN dalam masa terdekat.

Ini kerana tindakannya untuk bertanding itu didorong dan direstui bekas penyandang dan calon BN Pelagus sebelum ini, Larry Sng Wei Shien.

Larry dan George memiliki tali persaudaraan yang amat rapat. Malah kemenangan George mendapat sokongan penuh Larry dengan keduanya memilki pengarug besar dalam DUN Pelagus.

Larry sebelum ini merupakan bekas 'Presiden PRS', tetapi dipecat oleh Datuk Seri Dr James Jemut Masing, presiden PRS, sebuh lagi kumpulan dalam parti itu.

PRS ialah sekutu termuda BN Sarawak yang juga pecahan Parti Nasional Sarawak (SNAP).

Larry tidak bertanding kerana kuota kerusi itu hanya untuk PRS dan oleh kerana Larry sudah dipecat dan bukan anggota PRS, maka beliau tidak dicalonkan semula sebaliknya James Masing mencalonkan Stanley.

Akibatnya, Larry 'mengarahkan' George untuk bertanding walaupun sebelum itu, George sepatutnya bertanding di DUN lain, tetapi bertanding di Pelagus di saat akhir.

Larry juga mendapat sokongan penuh Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud. Malah Taib menyokong pencalonan semual Larry untuk bertanding tetapi dihalang

Masing melalui campur tangan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak.

Ternyata sekali lagi, Taib lebih kebal dan berkuasa menentukan kemenangan mana-mana calon pilihannya sekaligus cubaan mencampuri urusan kepimpinan PRS.

Dengan itu, tidak menghairankan jika selepas ini calon Bebas itu akan menyertai BN sekaligus meneruskan krisis milik siapa kerusi itu.

Tidak mustahil juga calon Bebas itu akan memohon menyertai BN melalui Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), pimpinan Taib Mahmud.

N054: PELAGUS: SARAWAK: 15,322

1. Stanley Nyitar @ Unja ak Malang (BN-PRS)......2,903
2. GEORGE AK LAGONG (BEBAS)......................5,740
3. Edward Sumbang ak Asun (PKR)..................1,171

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................9,986
Peratus/Percentage...............................65.36%
Undi rosak/Spoilt votes............................172
Majoriti/Majority................................2,837

Penyandang/Incumbent: Larry Sng Wei Shien (BN-PRS)
Undi diperolehi/Votes polled: 5,965
Majoriti/Majority: 3,239

No comments: