Pengerusi Majlis Pengerusi Pimpinan KEADILAN Sarawak, Baru Bian akhirnya berjaya menawan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ba'kelalan selepas gagal mencuba di situ sejak dua pilihan raya lalu.
Tindakan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menamakan Baru sebagai bakal Ketua Menteri Sarawak jika partinya memenangi majoriti kerusi DUN berbanding DAP dan PAS jelas membantu peguam berketurunan Orang ulu ini yang baru sahaja menyambut haru lahirnya yang ke 55 pada 11 April lalu. Beliau dilahirkan pada 11 April 1956.
Malah, Anwar sendiri memilih DUN Ba'kelalan berbanding 47 kerusi lain yang ditandingi parti itu sekaligus mengiringi Baru semasa pusat penamaan calon.
Baru menang dengan majoriti 473 undi menewaskan calon BN, Willie Liau yang juga bekas rakan firma guamannya dan anak saudaranya.
Dengan kemenangan itu, KEADILAN berjaya menambah bilangan kerusinya di Sarawak kali ini sekaligus menembusi kawasan Orang Asal Sarawak.
DUN Ba'kelalan adalah yang terakhir BN mengumumkan calonnya dengan kawasan ini memiliki pengundi paling sedikit berbanding 70 lain, 6,958 pengundi.
Menariknya, kedatangan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak di saat akhir di DUN ini Khamis lalu tetap gagal membantu, sekaligus KEADILAN bertapak buat pertama kali di kawasan yang terkenal dengan tanaman epal, beras dan pengeluaran garam gunung ini.
Berikut ialah keluputusan tersebut.
N070: BA'KELALAN: SARAWAK: 6,958
1. BARU BIAN (PKR)...............................2,505
2. Willie Liau (BN-SPDP).........................2,032
Jumlah mengundi/Votes Cast.......................4,574
Peratus/Percentage...............................65.90%
Undi rosak/Spoilt votes.............................37
Majoriti/Majority..................................473
Penyandang/Incumbent: Balang Rining (BN-SPDP)
Undi diperolehi/Votes polled: 2,064
Majoriti/Majority: 475
JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment