Barisan Nasional yang tewas di 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihanraya Sarawak yang berakhir 16 April lalu semakin zalim.
Terbaru, BN di negeri itu sedang menimbang untuk menarik bantuan kepada Nelayan Sarawak yang menyokong perjuangan Pakatan Rakyat di negeri itu.
Amaran itu dikeluarkan Adun Pantai Damai, Dr Abdul Rahman Junaidi di Kuching pada 27 April lalu.
“Saya telah menerima maklum balas dan beberapa pihak menyarankan agar kita (kerajaan) menilai balik bantuan kepada mereka ini (Nelayan yang mengundi Pakatan Rakyat).
“Jika dilihat secara logiknya kalau kita menghulurkan tangan untuk memberi bantuan namun selepas itu tangan kita pula digigit oleh mereka yang menerima bantuan, ia
adalah sesuatu yang tidak wajar,” katanya.
Rahman turut mengakui lebih 400 Nelayan di DUN Pantai Damai menyokong dan mengundi Pakatan Rakyat di kawasan itu pada pilihanraya Sarawak lalu.
Pada pilihanraya Sarawak 16 April lalu,Timbalan Pengerusi KEADILAN di negeri itu, Tuan Haji Wan Zainal Wan Senusi yang pertama kali bertanding di DUN Pantai Damai berjaya meraih 2,354 undi berbanding majoriti yang diperolehi Rahman pada pilihan 2006 hanya 2,164 undi.
Amaran seperti itu bukan sesuatu yang baru malah kian aktif sejak Pakatan Rakyat berjaya menafikan dua per tiga BN pada 8 Mac 2008 dan berlarutan sehingga kini.
Antara pemimpin BN yang lantang memberi amaran termasuklah Datuk Michael Manyin yang kerap memberi amaran terhadap komuniti Bidayuh di negeri itu.
Malah, beberapa hari sebelum pengundian, Timbalan Menteri Pelancongan yang juga Ahli Parlimen Mambong, Datuk Dr James Dawos Mamit memberi amaran akan meminggirkan pembangunan di DUN Bengoh dan Tarat yang turut terletak dalam parlimen itu jika ia berjaya di tawan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Sarawak kali ini.
“Kalau pembangkang menang, saya tidak akan mengatur lagi kawasan ini sebab saya tidak pandai bekerjasama dengan mereka.
“Maka, pada pilihan raya ini jangan memikirkan pembangkang, sokonglah calon BN kita,” katanya berucap sempena majlis perasmian Kolam Air Panas Annah Rais, di Padawan pada 10 April lalu.
Namun, pada pilihanraya Sarawak lalu, kedua-dua calon KEADILAN di kawasan itu berjaya meraih peningkatan undi sekaligus menurunkan undi BN dalam saingan tiga (Tarat) dan empat (Bengoh) penjuru.
JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment