BN membina pondok-pondok panas berhampiran pusat pengundian meskipun perkara itu dilarang dan bersalahan dengan peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.
Di Saribas, Ketua Wanita KEADILAN memberitahu pekerja BN mendirikan pondok panas dengan mendakwa pusat operasi mereka ditubuh kerajaan persekutuan bagi
membolehkan pengundi menyemak butiran mereka sebelum mengundi.
“Ini tidak betul. Mengikut undang-undang pilihan raya pondok panas adalah dilarang.” ujarnya.
Malah katanya, BN turut memberikan minuman air mineral percuma kepada pengundi yang datang ke pondok panas berkenaan.
Katanya, aduan telah dibuat kepada pegawai SPR yang berjanji akan bertindak tetapi sehingga kini, pondok panas BN itu masih beroperasi.
Perkara yang sama turut berlaku di DUN Pantai Damai apabila pondok-pondok panas didirikan oleh penyokong BN.
DUN Saribas menyaksikan persaingan satu lawan satu dengan calon KEADILAN, Abang Zulkifli Abang Engkeh berdepan anak saudaranya yang juga calon BN, Mohammad Razi Sitam.
DUN Saribas antara kawasan panas yang diramal BN tumbang kerana calon BN itu hanya diketahui dua hari sebelum pengundian walaupun penyadang kerusi itu sebelum ini, Dr Wahbi Junaidi sepatutnya diturunkan semula sebelum ini.
Pada Pilihan raya Sarawak 2006, Wahbi hanya menewaskan Abang Zulkifli yang juga Setiausaha KEADILAN Sarawak dengan hanya 94 undi.
JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment