JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Wednesday, April 20, 2011

SNAP dakwa menang satu DUN

KUCHING: Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) yang gagal memenangi sebarang kerusi pada pilihan raya negeri ke-10 baru-baru ini, akhirnya ‘memperoleh’ satu kerusi apabila George Lagong, bertanding atas tiket Bebas di Pelagus, di- sahkan masih ahli parti itu.

Presiden SNAP, Edwin Dundang mengesahkan George yang menang dalam pertandingan tiga penjuru atas tiket Bebas, membabitkan Stanley Nyitar dari Barisan Nasonal (BN) dan Edward Sumbang Asun dari Part Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu, masih merupakan jawatankuasa eksekutif pusat parti tersebut.

“SNAP tidak tewas sepenuhnya dalam pilihan raya ini seperti yang dilaporkan secara meluas, tetapi sebenarnya memiliki satu kerusi yang disandang oleh YB George Lagong yang menang di Pelagus.

“Memandangkan George tidak dapat memperolehi surat kuasa tepat pada masanya untuk (hari) penamaan calon, beliau bertanding sebagai calon Bebas untuk konstituensi Pelagus dan dilakukan dengan pengetahuan serta restu parti sepenuhnya,” katanya pada sidang media, di ibu pejabat SNAP, di sini, semalam.

Menurutnya, parti akan menghantar surat makluman kepada Speaker DUN tidak lama lagi mengenai kerusi ter-sebut.

Edwin berkata, dengan kemenangan tersebut, George yang juga merupakan wakil tunggal SNAP dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) akan diberi jawatan penting parti.

Diminta mengulas lanjut, beliau memberitahu: “Mungkin naib presiden atau lain-lain.”

Bagaimanapun dalam per-kembangan berkaitan, wakil rakyat Pelagus yang baru itu, George Lagong menafikan perkara tersebut.

George memberitahu beliau tidak pernah menerima Surat Watikah Pelantikan daripada SNAP untuk bertanding sebagai calon di atas tiket SNAP.

“Sebelum hari penamaan, saya ada memohon untuk menjadi ahli parti tetapi status saya masih tidak diketahui sehinggalah saya memutuskan untuk berundur daripada bertanding di Baleh sebaliknya beralih ke kerusi Pelagus sebagai calon Bebas,” katanya.

George memberitahu keputusan saat akhir beliau itu dibuat kerana merasakan mempunyai peluang yang cerah untuk ber-tanding di Pelagus berbanding berdepan dengan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Dato Sri Dr James Masing di Baleh.

Tambahnya SNAP tidak pernah memberikan petunjuk yang jelas bahawa beliau mewakili mereka dalam pilihan raya yang lalu, menyebabkan beliau menyangkal dakwaan Edwin bahawa beliau adalah calon parti itu.

“Saya tidak ada sebarang komen mengenai kemungkinan memohon untuk menyertai SNAP tetapi saya telah ‘dimaklum’ mengenai status sebenar saya di Pelagus. Rakyat mengundi saya sebagai calon Bebas di sana (Pelagus) dan ia masih kekal seperti itu (sebagai calon Bebas),” tambah beliau lagi.

Pada pilihan raya Sabtu lalu, George berjaya memperolehi 5,740 undi mengalahkan calon BN, Stanley Nyitar @ Unja Malang dan calon KEADILAN Edward Sumbang Asun dengan majoriti 2,837 undi.

No comments: