JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Saturday, April 16, 2011

Terkini DUN Pantai Damai : BN rasuah pengundi dalam pondok panas

Calon KEADILAN DUN Pantai Damai, Wan Zainal Wan Senusi mengenalpasti rasuah yang dilakukan BN di Kampung Gersik, Kampung Panglima Seman Lama dan hampir semua kawasan di DUN berkenaan.

“Terdapat tiga kesalahan BN pagi ini. Pertama, BN mendirikan Pondok Panas berhampiran pusat pengundian dan bertentangan dengan undang-undang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Kedua, jentera BN menggunakan pondok panas itu untuk merasuah pengundi. walaupun tindakan itu sudah saya adukan kepada pegawai SPR, namun BN meneruskannya. “Selepas itu, SPR jelas membiarkan amalan itu,” kata Zainal yang juga Timbalan Pengerusi KEADILAN Sarawak.

Beliau yang ketika ini sedang memantau pusat pengundian berkata, kelembapan SPR bertindak jelas menunjukan agensi itu masih di bawah pengaruh BN.

Pada pilihanraya kali ini, Zainal yang juga bekas Setiausaha Politik di Pejabat Ketua Menteri Sarawak berdepan saingan tiga penjuru dengan Abdul Rahman Junaidi (BN) dan Suhaimi Selamat (Bebas).

Zainal merupakan seorang akauntan dan pemilik syarikat A Plus Management and Coporation Services yang diusahakannya sejak 1980-an

Zainal bagaimanapun akan mengundi bagi calon KEADILAN di DUN Samariang, Zulrusdi Mohamad Hol.

No comments: