JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Saturday, April 16, 2011

DUN Ngemah : BN kembali menang, PCM bakal terkubur ?

Pertembungan sesama sendiri pembangkang bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ngemah sehingga lima penjuru akhirnya membantu kemenangan BN di kerusi itu dengan majoriti 995 undi melalui calonnya, Alexander Vincent.

Dengan kemenangan itu, Alexander berjaya membalas dendamnya terhadap Pengerusi Parti Cinta Malaysia, Gabriel Adit anak Demong yang juga penyandang selama empat penggal.

Alexander tewas kepada Gabriel pada pilihanraya Sarawak 2006.

Dengan kekalahan PCM itu, bakal menyaksikannya terkubur kerana DUN Ngemah merupakan satu-satunya kerusi yang ada pada parti itu dan sebab Adit jugalah parti itu wujud di Sarawak.

Adit terkenal sebagai ahli politik yang suka melompat parti dengan sebelum ini menyertai Parti Nasional Sarawak (SNAP), Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan KEADILAN.

Penganalisis politik melihat PCM antara parti pembangkang tajaan BN kerana Adit selepas dilantik sebagai pengerusi PCM Sarawak menemui Datuk Seri Najib Razak dan mengumumkan partinya akan bertanding di banyak kerusi majoriti Iban.

Pakatan Rakyat melihat tindakannya itu untuk memecahkan undi kerana kawasan Iban berpotensi untuk ditawan dengan isu Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR).

Selain PCM, parti pembangkang menjadi tajaan BN juga ialah Parti Ekonomi Rakyat Sarawak (PERSB) dan Umno Sarawak yang ke semuanya bertanding atas nama calon Bebas
sekaligus menyaksikan majoriti kawasan berdepan saingan lebih tiga penjuru.

Malah, Najib gembira dan mengakui 'pertembungan pembangkang, Bebas' memberi kelebihan kepada calon-calon BN.

Adit juga pernah dilaporkan dalang kepada pembentukan parti Pakatan Rakyat Malaysia dengan menerima dana dari seorang pemimpin utama BN Sarawak.

N043: NGEMAH: SARAWAK: 8,058

1. ALEXANDER VINCENT (BN-PRS)....................2,361
2. Yakup Khalid (Bebas)............................278
3. Adit ak Demong (PCM)..........................1,366
4. Michael ak Lias (SNAP)..........................577
5. Aris ak Alap (PKR)..............................650

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................5,324
Peratus/Percentage...............................66.13%
Undi rosak/Spoilt votes.............................92
Majoriti/Majority..................................995

Penyandang/Incumbent: Gabriel Adit ak Demong (IND)
Undi diperolehi/Votes polled: 2,582
Majoriti/Majority: 549

No comments: