JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Saturday, April 16, 2011

Terkini DUN Tasik Biru : Naib Presiden selesai mengundi


Calon KEADILAN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tasik Biru, Datuk John Tenewi Nuek selesai membuang undi di Dewan Rekreasi Singgai sebentar tadi.

Beliau yang juga Naib Presiden KEADILAN berkata, ‘mood’ pengundi amat baik pagi ini dan berharap ia mencerminkan keputusan positif buat Pakatan Rakyat bagi menawan DUN tersebut.

“Ada harapan menang, krisis Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP-BN) yang dilanda krisis dengan pertelingkahan beberapa puak, bonus buat KEADILAN untuk
menang. Kita optimis…,” katanya kepada Keadilandaily.com.

Datuk John yang berketurunan Bidayuh dan pertama kali bertanding, berdepan saingan tiga penjuru dengan Datuk Peter Nansian anak Ngusie (BN) dan Frankie Jurem anak Nyumbei (SNAP).

Beliau merupakan bekas Duta Besar Malaysia di pelbagai negara hampir 30 tahun dan berasal dari Kampung Suduh yang juga terletak dalam DUN itu dengan hampir
75 peratus pengundinya berbangsa Bidayuh.