JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Saturday, April 16, 2011

Terkini DUN Simunjan : RM 30 untuk setiap pengundi

Lebih 60 peratus pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simunjan sudah selesai mengundi setakat ini, kata wakil calon KEADILAN di situ, Tuah Azlimah Yaman.

Azlimah berkata, beliau bersama calon KEADILAN DUN Simunjan, Dr Mashor Hossen ketika ini berada di lokaliti Kampung Keleka kawasan paling sengit berbanding kawasan lain.

"Kami fokus di lokaliti ini kerana sebentar tadi, kami berjaya mengesan setiap pengundi dirasuah BN sebanyak RM30 melalui satu slip berlogo BN untuk ditukar dalam bentuk wang di rumah pemimpin BN selepas selesai mengundi.

"Malah BN turut memasang bendera kurang 50 meter dari kawasan Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK), tempat pengundian di lokaliti itu," katanya.

Azlimah menjelaskan, walaupun perkara itu sudah diadu kepada pegawai SPR, namun kami difahamkan ia tetap diteruskan secara senyap-senyap sehingga kini.

DUN ini menyaksikan Dr Mashor berdepan saingan empat penjuru berdepan Mohd Naroden Majais (BN), Maz Palima anak Nyambil (PCM) dan Zaini Le' (Bebas).

Dr Mashor berpengalaman sebagai pensyarah di Institut Perguruan Batu Lintang dan Institut Perguruan Tun Razak, di Kuching selama 29 tahun selain pernah menyandang Timbalan Pengarah Persatuan Guru-guru Sarawak di Kementeruan Pelajaran selama lima tahun.

Kini beliau diberi kepercayaan sebagai anggota pemikir di 'Sarawak Development Institute' sejak 15 tahun lalu.

No comments: