Jentera Barisan Nasional (BN), memperalat Ikatan Relawan Rakyat (RELA) dengan menyediakan meja khas untuk agensi kerajaan
itu bagi merasuah pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asajaya.
Calon KEADILAN di DUN itu, Arip Ameran berkata, tindakan BN itu dikesan di hampir semua kawasan pusat pengundian di kawasan
itu pagi ini.
"Oleh kerana Pondok panas tidak dibenarkan, BN memperalat RELA dengan jenteranya menguruskan meja itu.
"Pengundi yang kami ditemui mengakui mereka menerima slip yang tertera logo BN di meja itu untuk ditukar dalam bentuk wang
di rumah pemimpin cawangan BN yang terdekat selepas selesai mengundi.
"Setakat yang kita kesan, setiap pengundi dirasuah antara RM10 hingga RM15 seorang," katanya kepada Suara Keadilan.
Jentera KEADILAN katanya turut mengesan BN menabur wang di Daerah Empila yang majoriti penduduknya berketurunan Melayu.
"Semalam, setiap pengundi dirasuah RM8 di daerah Empila yang memiliki 500 pengundi berdaftar. Seratus peratus pengundi di
situ berketurunan Melayu," katanya.
Arip, bendahari Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak dan seorang peguam Syarie berasal dari Kampung Sambir yang terletak
dalam DUN Asajaya dan pertama kali bertanding berdepan saingan satu lawan satu dengan penyandang kerusi itu sebelum ini,
Abdul Karim Rahman Hamzah.
Pagi tadi, Arip ialah individu pertama yang mengundi di lokaliti Kampung Sambir dengan majoriti pengundi di DUN ini
berketurunan Melayu-Melanau.
JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment