JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Saturday, April 16, 2011

Terkini DUN Tupong : BN masih berkempen walaupun tempoh tamat


TUPONG: Walaupun tempoh kempen pilihanraya tamat sejak 12 tengah malam semalam, BN masih meneruskan kempen mereka pagi ini di kawasan sekolah Menengah
Kebangsaan Tun Abdul Razak, tempat pengundian bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tupong.

Calon KEADILAN di DUN itu, Baharuddin Shah Mokhsen berkata, kira-kira 20 ahli BN dilihat berkempen di situ lebih dua jam sebelum pihaknya melaporkan
insiden itu kepada pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Beliau berkata, SPR kemudian mengarahkan kumpulan tersebut supaya berhenti berkempen di pusat pengundian itu.

Baharudin, seorang ahli perniagaan dan graduan dari Universiti Buckhingham, London akan berdepan saingan satu lawan satu dengan Datuk Daud Abdul Rahman
dari BN.

Baharudin bagaimanapun akan mengundi bagi calon KEADILAN di DUN Samariang, Zulrusdi Mohamad Hol.

No comments: