JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Friday, April 15, 2011

BN letak keluarga KEADILAN di kerusi panas

MASDAR WAHID

Tindakan BN meletak calonnya yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan calon KEADILAN di kerusi panas membuktikan parti itu ketandusan pemimpin pelapis.

Bercakap kepada Suara Keadilan, Setiausaha Agung KEADILAN, Abang Zulkifli Abang Engkeh berkata, pihaknya tidak risau dengan taktik itu.

"Kita berfikiran positif, cuma ini signal yang dihantar BN bahawa mereka kekurangan calon dan terpaksa mencari individu di saat akhir dan ada kaitan dengan calon KEADILAN yang bertanding," kata Zulkifli.

Antara calon BN yang berkeluarga dengan calon KEADILAN ialah Mohammad Razi Sitam, anak saudara Zulkifli di DUN Saribas. Jerip Susil (BN), bapa saudara kepada calon KEADILAN di DUN Bengoh, Willie anak Mongin. Manakala BN turut meletakan Willie Liau, anak saudara kepada Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sarawak, Baru Bian di DUN Ba'kelalan.

Sebagai rekod, ketiga-tiga DUN itu antara kawasan panas dan menjanjikan persaingan sengit pada pilihan raya Sarawak kali ini.

Malah, calon BN di DUN Saribas hanya diketahui dua hari sebelum penamaan calon yang sebelum itu, BN hampir pasti mengekalkan penyandang sebelumnya.

Manakala di DUN Ba'kelalan pula adalah calon terakhir yang diumumkan BN dari keseluruhan 71 kerusi dan pada pilihan raya negeri 2006, Baru Bian hanya tewas 475 undi di DUN itu manakala Zulkifli pula hanya kalah 94 undi di DUN Saribas.

Beberapa hari lalu, seorang pemimpin BN negeri tidak menolak bahawa kebanyakan calon muka baru BN termasuk di DUN Saribas dan Ba'kelalan seperti 'dipaksa' bertanding apabila dilihat tidak bersungguh semasa berkempen berbanding calonnya di kawasan lain.

No comments: