JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Wednesday, April 13, 2011

Pemimpin BN perlekeh minda rakyat Sarawak - Anwar


KUCHING: Pemimpin Barisan Nasional (BN) dari Semenanjung Malaysia sengaja memperkecilkan kebijaksanaan rakyat Sarawak, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau mengulas dakwaan pemimoin BN dari semenanjung kononnya rakyat di Selangor dan Pulau Pinang miskin hanya kerana ia diperintah Pakatan Rakyat.

“Ini merupakan penghinaan terhadap kebijaksanaan rakyat Sarawak,” katanya yang turut menyifatkan rombongan menteri persekutuan dan salah guna jentera kerajaan oleh BN di Sarawak ketika ini membuktikan betapa terdesaknya BN untuk mempertahankan kuasa.

Rekod menunjukan Selangor dan Pulau Pinang sebelum ini mencatatkan pelaburan tertinggi di Malaysia dan jauh meninggalkan negeri yang diperintah BN termasuk khasnya Johor (negeri Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin) dan Pahang (negeri Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak) yang berhutang berbilion ringgit dengan kerajaan persekutuan.

“Ekonomi di Selangor sekarang semakin maju dan kerajaan PR membantu golongan miskin. Kami bukan cakap tetap melaksanakannya melalui Dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor,” katanya yang berpuas hati dengan respons positif dari penduduk di kawasan bandar.

Menyentuh isu tanah di Sarawak, Anwar menegaskan, manifesto BN membuktikan tanah rakyat akan terus dirampas selagi BN terus memerintah di negeri itu selepas ini.

“Mereka sentiasa mengulangi jaminan yang sama tetapi mereka gagal melaksanakannya. Berpuluh tahun memerintah, beratus-ratus kes tanah tertangguh di mahkamah kerana ia ada kaitan dengan pemimpin tertinggi BN di Sarawak," katanya dalam sidang media di sini, 11 April lalu.

No comments: