JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Thursday, April 14, 2011

Pengganti Taib mula dipinggirkan

oleh MASDAR WAHID

Datuk Abang Johari Abang Openg ialah satu nama yang disebut-sebut bakal menggantikan Tan Sri Abdul Taib Mamhmud, Ketua Menteri Sarawak ketika ini yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Namun, Johari yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok semakin terpinggir apabila banyak tugas hanya diberikan kepada seterunya, Tan Sri Adenan Satem yang turut disebut-sebut sebagai pengganti Taib.

Ini terbukti apabila pada sesi pengumuman calon-calon BN baru-baru ini, Adenan diberi kepercayaan penuh untuk melakukanya buat pertama kali dan jauh berbeza kerana

kelazimannya ia hanya di buat Taib Mahmud.

Rekod menunjukan, Adenan hanyalah Ketua Penerangan PBB berbanding Johari selaku Timbalan Presiden. Malah, Taib dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di,laporkan,

Taib sudah pun ada nama penggantinya.

Maka, apakah signal yang ingin Taib beritahu melalui tindakan itu.

Sepanjang Pilihanraya ini berlangsung juga, akhbar pro BN di Sarawak hanya melaporkan berita mengenai Joharo dari sudut negatif berbanding Adenan.

Malah, BERNAMA, semalam (13 April 2011) memberi liputan penuh buat Adenan berkaitan pilihan raya kali ini dengan temuramah khas, siap menyenaraikan profil Adun Tanjung Datu itu.

Adenan akan berdepan calon PAS, Nani Sahari dan calon Bebas Golbert Asson anak Kulong pada pilihan raya kali ini yang dilihat laluan mudah buatnya.

Berbanding Johari yang bertanding satu lawan satu dengan Ketua Angakatn Muda KEADILAN (AMK) yang juga seorang peguam, Ahmad Nazib Johari.

Difahamkan, kumpulan Adenan di DUN Satok amat mengharapkan Johari tumbang kali ini dan bersedia melakukan sabotaj bagi memastikan JOhari kalah seterusnya menjadi

alasan Taib untuk melantik Adenan selaku penggantinya.

Adenan dilihat mesra dengan pemimpin BN dari semenanjung berbanding Johari dan ini turut pernah dilaporkan sebelum ini.

Sejak dua tahun lalu, Johari sudah pun menaja sebuah portal berita untuk mempopularkan dirinya dan turut menulis di portal itu menggunakan nama samaran.

Perkara itu dilakukan kerana Adenan dilihat lebih banyak diberi perhatian oleh Taib berbanding dirinya.

Sebelum ini, Taib juga menghantar Adenan untuk berdebat dengan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sarawak, Baru Bian dan tidak kepada Johari.

Kalau benar, Taib mahu menyediakan pelapis, beliau sepatutnya mempersiapkan penggantinga dengan berdepan fakta dan hujah dari calon penggantinya. Ini jelas menunjukan

Johari terus terpinggir dan Adenan semakin menghampiri untuk menggantikan Taib.

Itupun, jika BN masih menang selepas pilihan raya Sarawak kali ini.

1 comment:

Ahmad Adib Awang said...

Sekarang Datuk Adenan dah sakit..dah tak dapat dah nak berpolitik dah..time hari raya tu ada aku nampak dia ..kurus kering..kesian aku tengok..Doakan semoga beliau cepat sembuh..:)