JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Friday, June 12, 2009

40 Tahun Tinggal di Hospital

Pengarah Hospital Pakar Perunding dan Psikitari Hospital Mesra Bukit Padang Dr. Hj. Mohd Daud Dalip mendedahkan bahawa terdapat pesakit yang berada di hospital itu lebih daripada 30 hingga 40 tahun yang tidak dipedulikan oleh saudara atau ahli keluarga mereka.

Beliau berkata keadaan itu amat men-yedihkan dan berharap masyarakat tidak memandang negatif terhadap pesakit yang mendapatkan rawatan di sini kerana apabila pesakit itu sihat “mereka juga seperti manusia biasa”.

“Penghuni tertua dan paling lama berada di sini ialah seorang lelaki berumur 86 tahun dan seorang wanita berumur 79 tahun. Mereka mula dimasukkan di Hospital Buli Sim-Sim Sandakan dan dipindahkan ke sini apabila hospital ini siap sekitar tahun 1975.

“Kami sudah berusaha untuk mengesan ahli keluarganya tetapi tidak berjaya. Mungkin ada … tetapi keluarganya tidak mahu menerima atau mereka merasa malu mengakui ada ahli keluarga yang mendapatkan rawatan di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberikan taklimat mengenai latar belakang, visi misi, objektif, perkhidmatan dan cabaran utama Hos-pital Mesra Bukit Padang (HMBP), kepada rombongan Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Sabah (Bakisa), di HMBP, di sini, kelmarin.

Rombongan itu diketuai oleh Timbalan Yang Dipertua Bakisa Datin Seri Siti Jouyah Mohd Yunin.

Mohd Daud berkata, tanggapan negatif masyarakat terhadap HMBP hanya untuk pesakit mental atau ‘orang gila’ menjadi isu dan cabaran utama pihak hospital.

Sehubungan itu, katanya masyarakat harus mengikis tanggapan negatif terhadap hospital itu dan juga pesakit yang dimasukkan ke sana bagi memudahkan mereka yang mempunyai masalah mendapatkan rawatan di hospital itu.

“Sebut sahaja Hospital Bukit Padang, kita terus memikirkan orang yang datang ke sini adalah orang gila … inilah padangan negatif masyarakat yang sukar dikikis.

“Sebenarnya, HMBP bukan sahaja menyediakan perkhidmatan untuk pesakit mental tetapi turut menyediakan unit kaunseling untuk membantu individu dan keluarga dalam meningkakan pemahaman diri dan persekitaran serta menangani masalah yang dihadapi melalui pendekatan holistik,” katanya.

Beliau berkata, bagi mengubah tanggapan negatif masyarakat terhadap hospital itu, pihak-nya mengadakan pelbagai aktiviti termasuk seminar, forum dan kempen dengan kerjasama semua pihak termasuk badan-badan bukan kerajaan (NGO).

“Tidak bermakna mereka yang menghadiri seminar itu mempunyai masalah mental tetapi sebagai persediaan pada masa akan datang untuk menangani tekanan hidup.

“Selain itu, ia juga bagi memudahkan kita membantu ahli keluarga, rakan-rakan dan jiran yang menghadapi masalah kerana lumrah ke-hidupan manusia yang kadang-kadang dalam keadaan baik dan sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata: “Masyarakat kita takut atau malu untuk menghantar saudara mara mereka ke sini mendapatkan rawatan kerana mereka tidak mahu dianggap ‘gila’.

“Sebenarnya, lebih awal pesakit itu dihantar ke sini, lebih mudah untuk kita merawatnya dengan menggunakan pelbagai kaedah perubatan,” katanya.

Sabahtimes

No comments: