JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Wednesday, June 17, 2009

Gaji Saya??? Lu fikir la sendiri......





Berita yang bakal anda baca ini saya ambil dari akhbar harian metro, salah sebuah media sekutu BN. walaupun tersiar diharian metro, ianya tidak disiarkan di akhbar utama Berita Harian walaupun kedua2nya bernaung di bawah media prima berhad iaitu kumpulan besar agen propaganda bn. selamat membaca dan membuat menilai.

PUTRAJAYA: “Rahsia,” kata Perdana Menteri, Najib Razak, berseloroh ketika seorang kanak-kanak bertanyakan gaji diperolehnya sebagai PM pada majlis Hari Kanak-kanak Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri (Bakti) di Sri Satri, semalam.


Najib yang sebelum itu menghadiri majlis rasmi lain di ibu negara, sempat meluangkan masa lebih satu jam untuk meraikan lebih 400 kanak-kanak yang terdiri anak yatim, anak memerlukan bantuan khas, kanak-kanak Permata Negara, kanak-kanak Tunas Harapan dan Tunas Budaya.

Najib Mongolia Menyanyi

Lebih menarik, Perdana Menteri turut menunjukkan bakat nyanyian apabila mendendangkan lagu ‘Young Ones’ diiringi Rosmah dan anak mereka, Nooryana Najwa di atas pentas.

Hadir sama, Naib Yang Dipertua Bakti, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Ahli Kehormat Bakti, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali; Pengerusi Lion Parkson Corporation Berhad, Puan Sri Chelsia Cheng dan
Pengarah Eksekutif Berjaya Coproration Berhad, Datuk Robin Tan (taukeh judi)

Sumbangan syarikat Yahudi dan Judi

Beberapa syarikat korporat turut bermurah hati menaja majlis berkenaan termasuk Yayasan Lion Parkson (rangkaian syarikat yahudi?), Berjaya Foundation Berhad (syarikat judi kroni BN), Anakku Sdn Bhd, Nestle Products Sdn Bhd Hwa Tai Industries Bhd, Hwa Thong Bag Industries Sdn Bhd, KFC Berhad dan Wall’s Ice Cream Berhad.

Terapkan Penyanyi sebagai idola dalam jiwa kanak2

Selain itu, beberapa artis popular seperti Aznil Nawawi, Farah AF2, Dafi, Syed Sobri dan Azie turut diundang menghiburkan tetamu

Terdahulu Rosmah berkata, Hari Kanak-kanak Bakti diadakan selaras objektif Bakti menggembleng tenaga dan usaha ahli menjaga kebajikan rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan

“Sejak dulu lagi sudah menjadi kebiasaan Bakti menyambut hari istimewa ini bagi meraikan anak yatim dan kurang upaya.

“Namun, sejak akhir ini program seumpama ini tidak dilaksanakan dan kali terakhir diadakan pada Disember 2006 di mana Bakti menganjurkan
Hari Kanak-Kanak sempena Global Indian Film Awards (Gifa),” katanya.

Pada masa sama, Rosmah berkata ibu bapa dan guru perlu memastikan pembangunan modal insan anak-anak diterapkan dengan menanam nilai murni, disiplin, moral dan nilai sosial yang positif dalam diri mereka.
(gambar anak najib diluar negara bersama bukan muhrim)

3 comments:

Ashraff Ash said...

assalamualaikum,
ada saja lah anda ni, hahahahaha,

sungguhpun saya ORG KERAJAAN, saya benci tgk rosmah x pakai tudung,.. hmmm, y not pakai tudung. x lawa pun, tutup aurat. tu la kelemahan wanita zaman sekarang, xkata UMNO, x kata kpd Pas.

semua wanita akhir zaman mcm tu lah.
hmmmm, nauzubillah....

masdarwahid.blogspot.com said...

betul tu ashraff. tudung harus didefinisikan dengan jelas. tudung itu maksudnya menutup aurat. bukan fesyen

Ashraff Ash said...

assalamualaikum,
saya rasa idea kerajaan perpaduan ni kan bez jugak.

ianya menghangatkan lagi politik malaysia, tidak begitu???

hahahaha, saya sekarang x mahu kata apa, saya nk wait n see.

sapa yg menang, yg jadi kerajaan, saya sokong.

saya nk dok atas pagar, buat masa sekarang lah. hihi