Komen-komen para pembaca analisis lawatan Najib
Reaksi marah generasi muda terhadap lawatan Najib.
Seaqueen (pengulas)
Tentulah, nak pergi nak ucapkan terima kasih secara peribadi. Memang BN boleh menang dengan senang, asalkan belanjakan duit untuk “membeli” hati kaum-kaum semua di Sarawak, cukuplah.
Adakah semua orang Sarawak boleh dibeli dengan beberapa ratus Ringgit sahaja? Kita semua boleh lihat dengan jelas sekali sekarang kan?
Janji untuk pembinaan dua batang jalan yang bernilai RM 60 juta? Ya, memang RM60 juta. Lepas tu? Suruh semua penduduk di Sarawak bayar toll RM2 bila nak guna jalan tu? Kalau nak bayar toll, tak payah lah bina jalan tu.
Tak cukup ke kita semua dah bayar beberapa ribu ringgit Tax tiap-tiap tahun? Mana pergi duit tu? Masuk dalam poket semua ahli politik BN?
Jom kita semua tengok, apa janji-janji kosong BN dan bila janji-janji ni semua tidak dimakbulkan, ratusan Ringgit yang dibagi oleh BN masih berbaloi ke?
terharu (pengulas)
Perdana Menteri Najib sepatutnya bekerja keras demi kemajuan Sarawak and Sabah yang telah membolehkah BN terus menjadi kerajaan…..tetapi di sebaliknya, apa yang dibuat Najib ialah datang melawat lawat tempat yang dikunjungi mendiang bapanya lebih 40 tahun dahulu! Janji dan kata-kata murah! Di manakah aksi-aksi yang berguna?
Najib, apakah 1Malaysia? manakah penjelasannya? Bagaimana 1Malaysia akan di laksanakan untuk kebaikan SEMUA kaum. Adakah visi in boleh ditunaikan dan membantu semua kaum menikmati ekualiti/persamaan?!!! Jangan-jangan ia dibiar sebagai perkataan yang tidak bermakna dan manjadi sekali lagi kata kata yang tidak ditunaikan!!!
sarawakupdate
No comments:
Post a Comment