JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Monday, June 29, 2009

450,000 pekerja awam berhutang



Seramai 450,000 orang daripada 1.2 juta petugas awam menghadapi masalah hutang dan golongan ini perlu diberi perhatian khas kerana mereka mudah terjerumus dalam gejala rasuah.

Setiausaha Agung CUEPACS, Ahmad Shah Mohd. Zin berharap ketua-ketua mereka di jabatan atau kementerian mengambil sikap berperikemanusiaan dalam mengendalikan masalah mengenai kumpulan ini, yang rata-ratanya membawa pulang hanya 40 peratus daripada gaji mereka

"Kebanyakan gaji mereka dipotong untuk pelbagai pinjaman seperti perumahan dan kenderaan atau mengubah suai rumah," katanya.

Ahmad Shah berkata, ramai penjawat awam diberi kelonggaran oleh kerajaan untuk membuat kerja sambilan seperti membawa teksi, menjadi agen jualan langsung dan berniaga untuk menampung pendapatan tetapi ini tidak mencukupi.

"Kos sara hidup di bandar adalah tinggi dan ini menyebabkan ramai yang terpaksa berhutang," katanya

Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Muhammad Shaani Abdullah bersetuju bahawa satu daripada faktor yang menyebabkan ramai petugas awam berhutang ialah perbelanjaan yang tinggi di bandar.

"Untuk mengatakan mereka ini tidak tahu menguruskan kewangan mereka adalah satu tanggapan salah," katanya.

Yang sebenarnya, kata Muhammad Shaani, ialah gaji petugas awam tidak selari dengan kenaikan kos sara hidup

Beliau memberi contoh bahawa 30 tahun lepas, kos untuk satu sarapan ialah RM1.20 tetapi kini ianya melambung lima kali ganda sedangkan pendapatan penjawat awam tidak meningkat selari dengan kenaikan kos itu.

Muhammad Shaani berkata, jika kerajaan tidak dapat menaikkan gaji penjawat awam, ia boleh membantu dengan cara lain seperti menjadikan pengangkutan awam lebih murah, menyediakan lebih banyak biasiswa untuk anak-anak mereka dan memberikan potongan bagi kemudahan tertentu. - BERNAMA

masdarwahid: Pada 24 Jun lalu Ahli Parlimen (MP) Kota Belud, Abdul Rahman Dahlan menyelar guru2 di Sabah yang menjalankan perniagaan sambilan. Biasalah kan, MP banyak duit, mana rasa kesusahan rakyat.

Pembantu pejabat dipenjara 7 tahun, sebat

SHAH ALAM 26 Jun – Keinginan untuk membuktikan kemampuan menunaikan tanggungjawab kepada isteri dan empat orang anak, seorang pembantu pejabat telah melakukan pelbagai jenis kerja termasuk menjadi jurujual kereta dan menjual kad prabayar telefon.

Namun akibat desakan hidup Syed Abdullah Syed Ali, 33, telah terpengaruh dengan nasihat rakannya yang mendorong dia memiliki 201.4 gram kanabis sehingga ditangkap pada pukul 5.45 petang, 16 Mac 2006

Memetik kata-kata Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin, Syed Abdullah perlu reda menerima apa sahaja hukuman yang bakal dijatuhkan.

‘‘Kamu masih bernasib baik kerana selepas selesai menjalani hukuman penjara tujuh tahun (berkuatkuasa dari tarikh tangkap) dan sebatan 10 kali, kamu masih berpeluang bertemu anak-anak dan isteri berbanding sebelum ini. Jadi kamu sepatutnya bersyukur.

utusan

1 comment:

Anonymous said...

undilah bn lagi....