JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Tuesday, June 30, 2009

Dayak perlu contohi Cina, Melayu

FRANCIS Harden Hollis menerima cenderamata daripada Ketua Unit SIDS Banting, Dara Nyandang pada Majlis Makan Malam Gawai Gayak Ngiling Tikai 2009 di Sri Aman, kelmarin.

Kaum Dayak di negeri ini perlu mengubah corak pemikiran untuk menerima dengan mudah segala bentuk pembangunan supaya mereka mampu berdaya saing dengan kaum-kaum lain.

Menteri Muda Kemajuan Tanah Sarawak, Datuk Francis Harden Hollis berkata, masyarakat Dayak pada zaman moden perlu bergerak pantas seiring dengan kaum-kaum lain di negeri ini agar dapat menyumbang kepada pembangunan negara pada masa akan datang.

Menurut beliau, kaum Dayak perlu menjadi lebih berani dengan menceburi pelbagai bidang baru sama ada dalam kerjaya atau perniagaan untuk meningkatkan taraf hidup masing-masing.

''Orang Dayak tidak boleh berada di takuk lama sekiranya ingin menjadi satu kaum yang maju di negara ini kerana kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan kita (Dayak) menjadi lebih mundur berbanding kaum-kaum lain pada masa hadapan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam Gawai Gayak Ngiling Tikai 2009 anjuran Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Unit Banting, Sri Aman di Dewan Suarah Sri Aman di sini semalam.

Harden berkata, masyarakat daripada kaum ini perlu mencontohi kejayaan yang dikecapi oleh kaum Cina dan Melayu yang telah menikmati kemajuan dalam pelbagai bidang khususnya perniagaan.

Katanya, kesungguhan dan azam mereka menghadapi cabaran dalam bidang baru juga perlu dijadikan contoh kepada masyarakat Dayak untuk memajukan diri selepas ini.

Tambahnya, masyarakat Dayak boleh dianggap berjaya jika mengubah corak pemikiran mereka untuk seiring dengan kejayaan kaum Cina dan Melayu.

''Kita perlu melangkah keluar dari halangan pemikiran masing-masing sekiranya ingin terus menikmati kemajuan dalam hidup atau terus berada di takuk lama jika tidak mengubah minda masing-masing," katanya.

utusan

No comments: