JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Tuesday, June 30, 2009

SAWAH TERBIAR KERANA TALI AIR KERING?

Angkara kelewatan kontraktor menyiapkan projek pengepam saliran dan pengairan sawah padi mengikut jadual di Kg Makakumpai, Tenom dan sekitarnya mengakibatkan kira-kira lapan puluh peratus pesawah di situ tidak dapat mengerjakan sawah mereka untuk penanaman padi musim kedua kerana ketiadaan air yang mencukupi.

Jurucakap penduduk, Ubong bin Matiu, 58, (gambar) berkata demikian kepada sabahkini.net yang meluahkan kekecewaan para pesawah di atas kelewatan kontraktor terbabit di mana masalah tersebut menjadi rungutan dan kemarahan penduduk di situ sebelum ini.

“ Kami menggesa pihak tertentu khususnya kontraktor terbabit supaya menyegerakan kerja-kerja pembinaan itu, jika tidak usaha kami untuk menambah tanaman padi bagi dua musim dalam setahun akan menjadi sia sia kerana ketiadaan air untuk sawah,” tegas Ubong.

Menurut Ubong, kerja-kerja tersebut telah dimulakan pada 29 Oktober 2007 dan sepatutnya telah disiapkan mengikut jadual pada 27 April 2009, bagaimanapun sehingga sekarang projek tersebut seolah-olah telah terbengkalai.

“ Kami melihat keadaan di sekeliling rumah pam pengairan air seolah-olah tidak lengkap di mana kerja-kerja yang dilaksana seperti tidak berkualiti, tiada injin pam, batang-batang paip besar juga tidak diletak secara teratur…manakala sumber air yang dipam juga bukan daripada sungai Pegalan mengikut perancangan awal, tetapi ia disedut daripada sebuah tasek berhampiran yang airnya sedikit,” jelas Ubong.

PAM... Rumah pam yang terbiar danbelum dapat digunakan lagi.

Sehubungan itu, Pegawai Penguasa Jabatan Air dan Saliran (JPS) di sini, Andy Fong Tai Yin ketika dihubungi untuk mendapatkan penjelasan berhubung masalah tersebut beliau berkata, projek tersebut belum diserahkan kepada kerajaan oleh pihak kontraktor terbabit yang menyukarkan pihak JPS untuk campur tangan.

Lagi pun kata Andy lagi, projek tersebut berstatus ‘Design &Build” di mana kuasa menyelia projek itu terletak di atas bidangkuasa Konsultan kontraktor terbabit.

Apa pun kepincangan yang akan berlaku ke atas projek tersebut kata Andy, pihak kerajaan khususnya JPS tidak boleh mencampuri urusan mereka.

TASIK....Air untuk sistem pengairan disedut daripada tasik ini dan bukannya daripada sungai?

Kawasan sawah padi Kg Makakumpai seluas kira-kira 260.33 ekar termasuk dua lagi perkampungan persekitarannya iaitu Kg Makatabau dan Kg Entabuan, hanya bergantung penuh kepada bantuan sistem pengairan yang menggunakan pam yang disedut dari sungai Pegalan untuk pengairan sawah di situ yang dianggarkan sejumlah lebih 100 bendang.Sebelum sistem pengairan itu diperkenalkan di situ, para pesawah boleh mendapatkan sumber air untuk pengairan sawah mereka dari sungai Entabuan, malangnya sungai tersebut ketika ini sudah mengalami hakisan teruk akibat fenomena cuaca, ditambah lagi kuantiti air di sungai itu sangat berkurangan dan tidak dapat menampung keperluan pengairan sawah setiap musim.

Oleh: MAIL MATHEW

1 comment:

Anonymous said...

YB Tenom kan tinggal d Makakumpai..suru la dia tulung urus ni masalah..masalah cam ini la yg perlu diselesaikan...tingu la tu jalan disitu..suda la sempit dan rusak..buli jga dia diam2 saja. padaal slalu jga dia ikut ni jalan..
push tu jabatan yg branggungjawab..teda alasan itu ini..rakyat punya hak untuk mendesak sekiranya janji2 tidak ditepati..