JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Thursday, June 25, 2009

Enam artis didakwa terima pingat Kesultanan Sulu



PUTRA Eddy menunjukkan buku senarai artis dari negara ini yang menerima pingat Kesultanan Sulu, baru-baru ini.

KOTA KINABALU: Enam artis Malaysia adalah antara mereka yang didakwa menerima pingat Seri Pengiran Diraja Sulu (SPDS) Kesultanan Sulu yang membawa gelaran Datuk Seri Pengiran sejak ia dianu-gerahkan tujuh tahun lalu.

Selain penyanyi 1960-an Jeffrey Din dan L Ramli, turut didakwa menerima anugerah berkenaan ialah pelakon Mat Sentul dan penyanyi popular 1980-an, Azizul Khamis, Sheqal dan Salwa Abdul Rahman.

Bekas isteri penyanyi Kumpulan Lefthanded, Jamaluddin Elias atau Nash, Sosilawati Lawiya yang juga pengasas produk kecantikan Nouvelles Visage didakwa menerima Pingat Paduka Diraja Sulu (PPDK) yang membawa gelaran Datuk Paduka.


Seorang lelaki yang mendakwa sebagai Setiausaha Eksekutif dan Penyimpan Mohor Besar Diraja Sultan Sulu dan Borneo Utara, Putra Eddy T Sulaiman, mendakwa anugerah berkenaan diberikan berdasarkan sumbangan mereka dalam bidang hiburan.


Beliau mendakwa, artis terbabit bukan saja popular di Malaysia, malah di Sulu dan Mindanao, selatan Filipina, sekali gus menyebabkan jasa mereka perlu dikenang melalui anugerah berkenaan.

"Sultan Sulu dan Borneo Utara, iaitu Sultan Rodinood Kiram II berkenan memberikan pingat kebesaran baginda kepada artis berkenaan yang disampaikan sempena ulang tahun keputeraan baginda setiap tahun sejak 2002.

"Saya menyampaikan pingat berkenaan kepada mereka kerana saya adalah wakil Sultan Sulu di Malaysia. Majlis itu diadakan di hotel sempena majlis amal oleh yayasan kebajikan dilantik oleh Sultan Sulu," katanya pada sidang media, di sini semalam.

Beliau mendakwa, setiap penerima anugerah itu diberikan kad pengenalan khas yang membuktikan pengurniaan darjah kebesaran Kesultanan Sulu dan pemilihan penerima pingat itu dibuat secara teliti oleh jawatankuasa khas berdasarkan sumbangan mereka dalam bidang masing-masing.

Putra Eddy mendakwa, setiap tahun, 40 individu dari pelbagai latar belakang, termasuk artis, ahli perniagaan dan orang kenamaan di Malaysia diberikan anugerah berkenaan.

"Tahun depan, Sultan Sulu bercadang memberikan anugerah darjah kebesaran baginda kepada pengamal media di negara ini seperti wartawan dan jurugambar," katanya.

Beliau mendakwa, Sultan Rodinood Kiram II tidak pernah meminta bayaran untuk anugerah berkenaan, sebaliknya melakukannya dengan ikhlas untuk menjalin kerjasama baik dengan kerajaan negara ini.

"Terserahlah kepada rakyat dan Kerajaan Malaysia untuk mengiktiraf atau tidak anugerah itu. Yang penting ialah anugerah itu dikurniakan sebagai tanda setiakawan Kesultanan Sulu dengan rakyat Malaysia," katanya.

bharian

No comments: