Isu persempadanan semula menjadi isu hangat di antara parti-parti komponen Barisan Nasional mahupun pembangkang di seluruh negara. Menurut sumber yang boleh dipercayai, usul persempadanan akan dibentangkan di parlimen selewat-lewatnya sebelum pilihanraya Umum ke 13 nanti. Bagi negeri
Antara yang hangat diperkatakan ialah kerusi DUN Langkon di Kota Marudu (majoriti masyarakat Dusun Kimaraganag & Rungus), DUN Long Pasia di Sempadan Tenom-Sipitang (Majoriti Masyarakat Murut Lundayeh), kerusi DUN Kuamut II (Majoriti bumiputera Islam Sungei) dan kerusi DUN Batu 6, kawasan Parlimen Kimanis-Papar.
Kemungkinan satu buah kerusi DUN baru bakal diujudkan di daerah Lahad Datu, bagi menempatkan wakil masyarakat Tionghua. Kota Belud juga bakal menyaksikan pertambahan sebuah lagi kerusi DUN disebabkan populasi masyarakat disitu yang kian meningkat. Difahamkan 3 buah Parlimen baru bakal diwujudkan, masing-masing 1 di Bahagian Sandakan, Pantai Barat dan Pedalaman Bawah
Jika dilihat dari segi kekuatan parti dikawasan tersebut, kemungkinan akan berlaku lobi melobi di antara parti-parti komponen BN disitu.
DUN Batu 6 Papar- antara UPKO dan PBS
DUN Langkon – antara UPKO dan PBS dan PBRS
DUN Long Pasia – antara UPKO,.PBS dan PBRS
DUN Kuamut II – UMNO dan UPKO
DUN baru L.Datu – PBS, MCA dan LDP
DUN baru Kota Belud – UMNO
Manakala DUN dan Parlimen hasil peninggalan SAPP akan juga menjadi rebutan antara pemimpin-pemimpin komponen Barisan Nasional. Masing-masing sedang melobi dan menunjukkan kekuatan parti-parti masing-masing.
Parlimen Tawau – PBS dan MCA
Parlimen Sepanggar – UPKO, UMNO,PBRS dan Gerakan
DUN Likas – MCA, Gerakan dan PBS
DUN Luyang – MCA, Gerakan & LDP
Kebiasaannya persempadanan semula akan dibuat setiap 8 tahun sekali dan perlu di bentang di Sidang Khas Parlimen dan dipersetujui 2/3 majoriti dewan. Kali ini, Pakatan Rakyat akan turut memberikan imput kepada persempadanan ini kerana BN tidak mempunyai majoriti 2/3 parlimen.
Sesiapa yang berminat bertanding menjadi Yang Berhormat bolehlah membuat persediaan dari sekarang sehingga tahun 2012! Banyak kosong….macam macam ada
Penulis : Pak Musa Bambangan
1 comment:
pakatan pun berebut jugak bah. ndak mau ulas pasal sapp pulak ka.
Post a Comment