JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT

JAWATAN KOSONG DUNIA AKHIRAT
Klik Kanan & Save Serta Besarkan Untuk Lebih Jelas

Saturday, June 27, 2009

MBM selar tindakan serang kakitangannya


MIRI: Sebarang ketidakpuasan tentang peraturan Majlis Bandaraya Miri (MBM) perlu disuarakan terus kepada pihak atasan bukan dengan menyerang atau membelasah kakitangan yang hanya menjalankan tugas mereka seperti yang diarahkan.

“Jangan sesekali bertindak mengikut perasaan,” kata Datuk Bandar Lawrence Lai ketika menegaskan perkara berkaitan semasa mempengerusikan mesyuarat penuh bersama kaunselor MBM semalam.

Beliau sedih dengan sikap segelintir individu di sini yang bertindak melulu sehingga sanggup mencederakan kakitangan MBM atas perkara-perkara kecil yang boleh dibawa berbincang.

Lawrence memberitahu, dua hari lalu, seorang warden letak kereta telah diserang oleh pemilik kenderaan berhubung saman letak kereta.

Kakitangan wanita itu mengalami kecederaan di bahagian paha setelah dipukul menggunakan kayu hoki oleh seorang remaja perempuan.

Serangan dilakukan tanpa disedari oleh mangsa setelah mengenakan saman kepada kenderaaan remaja berkenaan atas kesalahan tidak mempamerakan kupon di kawasan letak kereta pusat komersil Pelita di sini.

Remaja itu kemudian melarikan diri menggunakan kenderaan rakannya dan meninggalkan kenderaannya di tempat kejadian. Menurut Lawrence, kes serangan itu telah dilaporkan kepada balai polis untuk siasatan lanjut.

“Kita memandang serius isu ini dan mahu kes dibicarakan di mahkamah. Ini merupakan kes pertama tahun ini melibatkan serangan,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau menyarankan penduduk Miri untuk hadir beramai-ramai semasa sesi khas bertemu pihak MBM yang diadakan pada setiap hari Rabu minggu ketiga.

Mereka dipelawa untuk hadir ke MBM pada 15 Julai ini bermula jam 9 hingga 12 tengahari untuk mengemukakan masalah dan cadangan mereka kepada MBM.

Selain itu, mereka juga boleh berhubung terus dengan Jabatan Perhubungan Awam tentang apa jua isu seperti sampah, parit dan jalan.

borneopost

No comments: