Sepasang kekasih yang sedang berjalan-jalan di tepi pantai berhampiran landasan kapal terbang Lutong terkejut apabila menemui janin bayi yang disimpan dalam kotak kasut.
Menurut sumber, pasangan itu sedang bersiar-siar di pantai sekitar jam 6.30 petang semalam dan menemui sebuah kotak berbalut plastik.
Curiga dengan kandungan kotak berkenaan, mereka lalu membukanya dan terkejut apabila menemui janin bayi lelaki berusia antara tiga hingga empat bulan.
Bertindak daripada maklumat yang diterima, sepasukan polis bergegas ke tempat penemuan sekitar jam 7 malam dan membawa kotak mengandungi janin itu ke Hospital Miri untuk siasatan.
Hospital Miri pagi tadi ketika dihubungi mengesahkan bahawa janin bayi lelaki terbabit dipercayai baru digugurkan.
Hospital Miri turut memaklumkan sebelum ini terdapat seorang wanita mengalami keguguran tidak jauh dari lokasi kejadian dan terpaksa mendapat rawatan rapi di Hospital Miri kerana pendarahan teruk.
Wanita berusia 23 itu dikatakan mengalami keguguran dan meninggalkan janin bayi itu di bawah sinki rumahnya.
Dalam kes berasingan, seorang murid perempuan Tahun 1 maut selepas digilis oleh sebuah kereta Perodua Kancil ketika sedang bermain dihadapan rumahnya.
Dalam kejadian sekitar jam 6 petang semalam di Quadruplex Permyjaya, mangsa dikatakan sedang bermain bersama beberapa anak jiran apabila sebuah kereta Kancil yang dipandu seorang wanita datang terus menggilis mangsa menggunakan tayar hadapan.
Mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian perut dikejarkan ke Hospital Miri untuk mendapatkan rawatan dan disahkan meninggal dunia sekitar jam 9 malam hari sama.
Mangsa yang berkurunan Melanau dan Kenyah serta merupakan anak kelima dari enam beradik disifatkan oleh ahli keluarganya sebagai seorang kanak-kanak pintar dan cerdik.
berita sarawak
masdarwahid: gambar di atas gambar hiasan
No comments:
Post a Comment